Piala Suzuki AFF 2010 – Malaysia Cipta Sejarah

Posted by admin | Piala AFF Suzuki | Wednesday 29 December 2010 11:43 pm

Malaysia menamatkan penantian 14 tahun untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Ternyata provokasi dan serangan demi serangan sebelum perlawanan sedikitpun tidak menganggu anak didik Rajagobal untuk mempertahankan kelebihan aggregate 3 0.

Nyata pemain-pemain Malaysia menutup suara-suara sumbang segelintir penyokong Indonesia yang menafikan kemenangan di Stadium Bukit Jalil lalu. Dakwa mereka kemenangan Malaysia 26 Disember lalu hasil bantuan laser dan juga bomoh.

Indonesia turun dengan misi sukar untuk menterbalikkan defisit 3 gol. Mereka mula mengasak seawal sepak mula. Hasilnya minit ke 18 mereka dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disempurnakan oleh kapten mereka, Firman Utina. Khairul Fahmi sekali lagi menampilkan aksi bergaya untuk menyelamatkan sepakan penalti itu.

Separuh masa pertama serangan bertali arus tetapi Khairul Fahmi muncul watak utama dalam menafikan deretan peluang barisan serangan Indonesia. Indonesia sekali lagi hampir memperolehi gol apabila tandukan penyerang Indonesia diselamatkan atas garisan dan terkena palang sebelum melantun keluar. Tindakan susulan Christian Gonzalez selepas itu juga sedikit tersasar keluar.

Gelora Bung Karno berhenti bergelora seketika diminit ke 53 apabila Safee Sali mempamerkan biaa sebenar seorang penyerang apabila merembat kencang menewaskan Markus untuk memberikan bekal selesa buat Malaysia.

Indonesia terus meningkatkan serangan demi serangan hasilnya minit ke 71 mereka memperolehi gol pertama hasil jaringan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha yang mudah menolak masuk apabila tampanan Khairul Fahmi jatuh betul-betul dikaki beliau. Kealpaan benteng pertahanan menghadiahkan gol pertama kepada Indonesia.

Khairul Fahmi sekali lagi tertewas untuk gol ke 2 Indonesia minit ke 81 apabila Muslim Ahmad tertanduk ke gawang sendiri dalam cubaan mengeluarkan bola rembatan dari penyerang Indonesia.

Walaupun tewas 2-1 pasukan Harimau Malaya berjaya merangkul gelaran pertama Piala Suzuki AFF buat kali pertama dan menafikan segala tohmahan liar dan tidak berasas sesetengah pihak. Kejayaan Malaysia ini juga menghadiahkan kekalahan keempat Indonesia di perlawanan akhir. Sekalung tahniah ke atas skuad muda K Rajagobal yang mempamerkan aksi matang untuk bergelar raja bolasepak Asia Tenggara tahun 2010. Tahun 2010 ditutup manis hasil kejayaan bersejarah ini.

Sementara itu Safee Sali muncul penjaring terbanyak kejohanan dan kapten Indonesia, Firman Utina terpilih sebagai pemain paling bernilai.

Tahniah untuk jurulatih K.Rajagobal dan semua barisan pemain-pemain walaupun pada awalnya mereka langsung tidak diletakkan harapan untuk menjuarai kejohanan ini. Teruskan usaha untuk melangkah lebih jauh bagi memertabatkan mutu bolasepak Malaysia. Kejayaan ini membangkitkan ghairah peminat bolasepak Malaysia.

Piala Suzuki AFF 2010 – Indonesia tuduh Malaysia guna bomoh

Posted by admin | Piala AFF Suzuki | Tuesday 28 December 2010 1:27 pm

Kejayaan Malaysia menumbangkan Indonesia masih hangat diperkatakan sana-sini. Pada perlawanan akhir pertama yang menyaksikan Malaysia mudah membenam ego Indonesia.

Namun disebalik kemenangan ini, Malaysia dituduh dengan pelbagai tohmahan yang tidak masuk akal.

Kompas.com, mendakwa pintu gol mereka ditaburi serbuk gatal ketika sesi latihan dan membuatkan penjga gol mereka, Markus mengalami gatal-gatal. Adalah tidak masuk akal dakwaan sedimikian dan menunjukkan mereka tidak berfikiran rasional dan professional. Mereka juga mendakwa bas yang disediakan untuk ke padang latihan juga lambat tiba dan ini menganggu jadual latihan mereka.

Selain dari itu mereka juga mendakwa kekalahan mereka didalangi oleh bomoh dari Malaysia. Nampaknya Indonesia benar-benar tidak dapat mengakui kekalahan mereka setelah cemerlang dalam pusingan awal dan separuh akhir.

Namun demikian isu paling hangat diperkatakan punca kekalahan mereka adalah dari pacaran laser yang menganggu pemain-pemain mereka. Setelah disiasat nyata penyokong-penyokong mereka yang terlebih dahulu ‘mengajar’ penyokong Malaysia menggunakan laser. Namun demikian tindakan penyokong Malaysia menggunakan laser ini adalah satu tindakan yang kurang bijak dan merencatkan sambutan kemenangan Malaysia dan memberi peluang Indonesia menyalahkan lantai apabila tidak tahu menari.

Final kedua berlangsung pada 2912/2010.

Piala Suzuki AFF – Final pertama, Malaysia gah

Posted by admin | Piala AFF Suzuki | Monday 27 December 2010 12:21 am

Permainan sebenar. Itulah yang boleh digambarkan dengan aksi terpuji skuad Harimau Malaya yang rata-rata dibarisi pemain muda. Harus ada rasa bangga diseluruh rakyat Malaysia atas persembahan menarik dan mantap dari keseluruh pemain-pemain Malaysia.

Tiada rasa gentar, tiada hantaran yang tidak tepat. Mereka lakukan aksi yang terbaik pada perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil. 3 0 satu angka yang sudah boleh dianggap cukup selesa untuk dibawa ke Stadium Bung Karno. Semuanya kini terpulang pada pemain untuk menjadikannya satu impian yang menjadi kenyataan.

Persembahan yang cukup bertenaga dari anak muda kita, pertahanan yang begitu berdisiplin berjaya mengekang terus jentera serangan Indonesia yang diketuai oleh Christian Gonzales yang nyata tenggelam dalam aksi pertama ini. Ahmad Muslim mengotakan janjinya untuk meratai terus pergerakan penjaring terbanyak liga Indonesia itu.

Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 60 hasil gerakan bijak dan menghiburkan dari Norshahrul Idlan Talaha yang masih merah inai dijarinya melorong cantik kepada Safee Sali yang mudah menolak masuk menewaskan Markus. Idlan nyata berada dikelas tersendiri apabila mudah memperdaya pertahanan Indonesia untuk Ashaari Samsudin menjaringkan gol kedua pada minit ke67.

Safee terus mengukuhkan kedudukan hasil tandukan ‘free header’ pada minit ke 72 yang nyata mematikan langkah penjaga gol Indonesia, Markus. Tangisan Safee selepas menjaringkan gol itu memang sepatutnya kerana beliau kini mendahului senarai penjaring kejohanan.

Namun tindakan penyokong yang kurang bijak menghala laser ke arah pemain Indonesia sedikit sebanyak mencacatkan keraian malam tadi. Permainan terhenti 5 minit apabila Markus terganggu akan pancaran laser tersebut. Sikap yang agak kurang cerdik ini sepatutnya tidak dilakukan kerana ianya akan menjadi alsan utama kegagalan pasukan Indonesia dan pastinya pasukan negara juga akan terancam bila bertandang ke Bung Karno nanti.

Malaysia nyata mendominasi permainan malam tadi tanpa banyak kesilapan yang dilakukan dan Khairul Fahmi tidak diuji bertubi-tubi namun adakala beliau mengunakan ketangkasan beliau untuk menafikan gol Indonesia.

Sejarah semakin hampir untuk dicipta bolasepak Malaysia untuk menjuarai kali pertama Piala Suzuki AFF 2010 ini.

Piala Suzuki AFF 2010 – Malaysia layak ke final

Posted by admin | Piala AFF Suzuki | Sunday 19 December 2010 11:35 am


Malaysia layak ke final kali kedua selepas kali terakhir melangkah ke pentas final 14 tahun lalu. Di sebalik permainan yang nampak berat sebelah Malaysia gagah bertahan untuk mengekalkan kelebihan agregat 2 0.

Sekalung tahniah di atas kejayaan anak-anak muda Malaysia mengharumkan nama negara. Kekentalan semangat mereka harus dipuji dalam memastikan lakaran sejarah sekali lagi setelah mengakhiri kemarau 20 tahun emas sukan sea tahun lepas.

Namun disebalik kejayaan manis melangkah ke perlawanan akhir 23 dan 26 Disember nanti sedikit rasa terkilan dengan mutu permainan pemain-pemain Malaysia. Pemain gagal mengawal rentak permainan dan sentiasa tertekan di setiap detik. Mereka sudah dilatih untuk menghadapi segala tekanan dan adalah janggal untuk mengatakan mereka bermain dalam tekanan walaupun mungkin ada.

Sebelas pemain, hanya Khairul Fahmi Che Mat yang paling menyerlah dan konsisten sepanjang kejohanan. Ketenangan beliau memberi Malaysia tiket ke final. Hanya satu gol yang membolosi gawang beliau.

Barisan pertahanan muda juga harus dipuji namun sering kali membuat clearence yang tidak sepatutnya walaupun tiada tekanan dari pihak lawan. Hantaran bola yang melulu dan liar merugikan dan pasti memberi ruang buat pihak lawan untuk terus menyusun serangan. Banyak kali kita dapat lihat pemain-pemain Malaysia sekadar membuat tindakan ‘selamat’ dengan membuat hantaran-hantaran seperti itu. Jika serangan pihak lawan tajam sudah pasti gol Malaysia akhirnya pasti akan dibolosi, sebagai contoh ketika menentang China di Sukan Asia lalu.

Pemain tengah juga gagal berfungsi sebagai enjin pasukan. Mereka langsung tidak dapat mengawal bahagian tengah untuk betul-betul berfungsi bagi memberi ruang dan  mencipta peluang kepada penyerang dan juga memngurangkan bebanan bahagian pertahanan. Selalu hilang bola, hantaran yang tidak tepat seharusnya perlu diperbaiki segera menjelang perlawanan akhir nanti. Kita tidak mahu lagi melihat permainan separuh padang.

Penyerang yang dibarisi Safee Sali, Norshahrul bertindak agak baik. Tanpa sokongan sepenuhnya mereka kadang-kadang berjaya mengancam ke gol Vietnam. Peluang yang terhidang seharusnya perlu dimanfaat sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun Malaysia sudah layak ke final Piala AFF Suzuki 2010 bagi mencipta sekali lagi sejarah gemilang bolasepak Malaysia. Cuma segala kelemahan perlu diperbaiki segera agar kejuaraan sulung berjaya digapai. Sekalung tahniah sekali lagi untuk skuad muda K.Rajagobal.

Piala AFF Suzuki – Indonesia selangkah ke perlawanan akhir

Posted by admin | Piala AFF Suzuki | Friday 17 December 2010 11:37 am

Indonesia meraih satu gol penting untuk menempatkan diri ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010. Gol Christian Gonzales pada minit ke 32 membantu Indonesia mengatasi Filiphina 1-0 di tempat lawan walaupun bermain di Stadium Bung karno kerana padang di Filiphina tidak diiktiraf FIFA.

Filiphina yang dibarisi 8 pemain import gagal merebahkan Indonesia yang nyata unggul bermain ‘digelanggang sendiri’. namun begitu Indonesia yang gah menjaringkan 13 gol dalam peringkat kumpulan gagal menemui sasaran untuk memperkukuhkan lagi kedudukan sebelum perlawanan kedua nanti.

Tidak banyak peluang yang diperolehi oleh Indonesia dalam perlawanan tersebut memandangkan pertahanan Filiphina juga mempamerkan tahap disiplin yang tinggi dalam menyerap asakan skuad merah putih itu.

” Mereka beri kami sedikit kelebihan untuk perlawanan kedua hari ahad nanti” Ujar Riedl.

Piala Antara Kelab Dunia – Inter Milan 3 Seongnam 0

Posted by admin | Piala Antara Kelab Dunia | Thursday 16 December 2010 7:29 am


Seperti diramalkan, Inter selaku juara Eropah tiada masalah untuk mengatasi kelab dari Korea, Seongnam Ilhwa FC, 3-0. Inter akan bertemu juara Afrika, TP Mazembe yang mengalahkan Internacional, 2-0 dalam pertemuan separuh akhir terdahulu.

Gol gol Inter Milan dijaringkan oleh Dejan STANKOVIC seawal minit ke 3, Javier ZANETTI minit ke 32 dan Diego MILITO minit ke 73.

Piala AFF – Malaysia tampil meyakinkan

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 16 December 2010 6:56 am


Perlawanan pertama separuh akhir semalam menyaksikan Malaysia tampil lebih meyakinkan untuk menewaskan Vietnam 2-o. Namun demikian pada aksi separuh masa pertama pasukan Malaysia yang lebih banyak bertahan dari serangan bertali arus Vietnam. Khairul Fahmi sekali lagi tampil dengan aksi tebaik beliau untuk menafikan beberapa aksi menyelamat yang berjaya menafikan gol Vietnam.

Separuh masa pertama pemain Malaysia sedikit gugup apabila banyak hantaran-hantaran tidak menjadi begitu juga dengan barisan pertahanan yang lebih kepada membuat ‘clearence’ tanpa hala tuju walaupun tanpa tekanan dari pemain Vietnam.

Malaysia tampil pada separuh kedua dengan lebih meyakinkan apabila mula menguasai bola dan berjaya membuat serangan-serangan balsa pantas ke arah pintu gol Vietnam. Hasilnya pada minit ke 60 Stadium Bukit Jalil bergema dengan sorakan puluhan ribu penyokong apabila tandukan ke belakang Safee Sali berjaya menewaskan penjaga gol Vietnam untuk malaysia mendahului 1-0.

Safee Sali terus menampilkan bisa beliau di hadapan pintu gol apabila menjaringkan gol kedua minit ke 79 apabila bola rembatan dari Shafiq Rahim ditepis penjaga gol Vietnam meleret keluar dan beliau tidak membuat kesilapan untuk meletakkan Malaysia membawa sedikit bekalan selesa apabila bertandang ke Hanaoi nanti. Sekali lagi pujian harus diberi kepada barisan muda pemain-pemain Malaysia. Malaysia 2 Vietnam 0.

Piala Antara Kelab Dunia – Mazembe kejutkan Internacional

Posted by admin | Piala Antara Kelab Dunia | Wednesday 15 December 2010 8:13 pm


TP Mazembe membuat kejutan besar dalam kejohanan kali ini apabila mengetepikan gergasi Brazil, Internacional 2 – 0. Seluruh Afrika bersama kami, begitulah luahan penjaga gol pelik mereka, Kidiaba yang sekali lagi bertindak cemerlang di sebalik aksi pelik beliau  ketika meraikan kemenangan kelab dari Congo itu.

Gol pertama Mazembe hadir pada minit 53 ke hasil sepakan lencong cantik Milota Kabangu. Internacional juga mempunyai beberapa peluang terbaik namun ketangkasan Kadiaba menafikan mereka. Mazembe menambah gol ke dua pada minit ke 85 hasil gerakan menarik Kaluyituka.

Keputusan ini membawa TP Mazembe ke perlawanan akhir untuk bertemu pemenang antara Inter Milan dari Itali atau Seongnam, Korea.

Gol Park lonjak MU, Rooney gagal penalti

Posted by admin | Barclays Premier League | Tuesday 14 December 2010 11:12 am



Park Ji Sung menghadiahkan tiga mata berharga untuk Manchester United hasil tandukan yang melambung melepasi penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny. Gol pada minit ke 40 itu sudah cukup membawa Manchester ke persada liga menolak Arsenal ke tangga kedua. Dalam perlawanan yang didominasi oleh pasukan tuan rumah itu tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Arsenal dalam memecah benteng Red Devils.

Sementara itu Rooney gagal menambah jaringan untuk MU setelah sepakan penalti beliau pada minit ke 74 melambung tinggi melepasi palang yang menambah aksi buruk beliau semenjak kembali dari kecederaan. Peluang sepakan penalti itu terhasil apabila bola terkena tangan Charmak dalam usaha beliau menghalang gerakan Nani.  Manchester terlepas beberapa peluang terbaik mereka melalui cubaan Anderson yang diselamatkan Szczesny dengan sebelah tangan. Nani juga terlepas peluang keemasan apabila tendangan beliau tinggi melepasi palang.

Deretan peluang terhidang gagal disempurnakan untuk mengukuhkan kedudukan tetapi pujian juga harus diberi kepada Vidic yang melakukan aksi menyelamat tepat untuk menafikan gol Chamakh di depan pintu gol yang sudah terbuka. Arsenal juga membuang peluang terbaik mereka melalui Walcott yang gagal menyempurnakan peluang terhidang. Dua ayam tambatan Arsenal, Van Persie dan Fabregas hanya dimasukkan pada minit ke 73 dan 74 untuk mencari gol tetapi keduanya gagal menambah sengat dan Red Devils terus kental bertahan.

” Kami bermain baik malam ini tetapi seharusnya kami boleh bermain lebih baik lagi. Separuh masa pertama kami bermain cemerlang dan kami seharusnya perlu bagus dalam serangan balas pada masa kedua namun mereka bertahan dengan baik” Sir Alex.

Manchester kini mendahului carta dengan 34 mata, 2 mata mengatasi The Gunners.

Liga Sepanyol – Barcelona gah dipuncak, Real mengekori

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 13 December 2010 6:40 pm

Perebutan takhta La Liga terus hangat antara dua musuh tradisi apabila kedua-dua pasukan menang ke atas pencabar masing-masing. Barcelona terus dipuncak apabila mudah meratah Real Sociedad 5 0 di mana dua gol dijaringkan bintang Argentina, Messi untuk berkongsi 17 gol senarai penjaring dengan Ronaldo. Pesaing terdekat, Real Madrid terus mengekori dengan dua mata apabila berjaya mengatasi kelab tercorot, Zaragoza 3-1 melalui jaringan Ozil, Ronaldo dan De Maria.

Barcelona mendahului pada minit ke 9’ hasil jaringan David. Messi 47’, 87’Bojan 90’hasil jaringan XX dan gol kedua menyusul pada minit ke 33’ hasil jaringan Iniesta. Barcelona terus memadamkan cabaran lawannya apabila terus menambah gol ketiga pada minit ke 47, jaringan Messi. Real Sociedad terus sengsara apabila Messi sekali lagi menemui jaring untuk gol ke 2 peribadi pada perlawanan tersebut pada minit ke 87.. Sociedad terus dirundum malang apabila Bojan melengkapkan malam gemilang Barca untuk gol ke 5 pada minit 90’ untuk menutup terus cabaran Real Sociedad.

Barcelona baru saja disuntik modal besar dari Badan Amal dari Qatar dengan nilai yang mencecah 170 juta euro bagi tajaan 5 tahun yang merupakan tajaan terbesar bagi sebuah kelab sukan.

Real Madrid terus mengekori rapat Barcelona setelah berjaya menewaskan Real Zaragoza 3-1. Real yang tumpas kepada Barcelona 5 0 dalam pertembungan El-Clasico 2 minggu lepas meneruskan rentak cemerlang apabila meraih mata penting itu untuk memastikan mereka tidak tercicir jauh dari kelab dari Catalan itu.

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz