FIFA Piala Antara Kelab Dunia UAE 2010

Posted by admin | Piala Antara Kelab Dunia | Sunday 12 December 2010 1:20 pm

Di sebalik kemeriahan dan debaran Suzuki Cup yang melanda Asia Tenggara, di UAE juga sedang berlangsung piala antara kelab terbaik dunia dari 08-18 Disember 2010.

Kelab-kelab yang beraksi adalah kelab yang terbaik mewakili benua masing-masing. Eropah di wakili juara Liga Juara-juara, Inter MIlan. Mexico diwakili Pachuca yang tewas pada perlawanan suku akhir kepada wakil Afrika TP Mazembe dari negara Congo menerusi aksi menarik kedua-dua pasukan. TPM menang 1-0 dibantu aksi menarik penjaga gol mereka Muteba KIDIABA.

Al-Wahda yang mewakili benua Arab tewas dengan jaringan besar kepada kelab dari Asia Seongnam Ilhwa Chunma F.C (Korea) 4-1 pada satu lagi pertemuan yang mejanjikan kelas dunia.

Brazil diwakili kelab gergasi mereka  Sport Club Internacional yang menjuarai Copa Sudamericana. Satu lagi pasukan ialah pasukan yang kian meningkat naik dari Papua New Guinea yang baru ditubuhkan tujuh tahun yang lalu.

Seongnam akan bertemu tugas berat apabila dijadualkan bertemu juara eropah, Inter Milan pada peringkat separuh akhir dan satu lagi separuh akhir akan menyaksikan kelab Afrika, TPM bertemu juara Copa, Internacional. Inter Milan dan Internacional layak ke separuh akhir secara automatik sebagai pasukan pilihan. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 14 & 15 Disember dan kemuncak kejohanan ini akan berlangsung pada 18 Disember 2010.

Antara pasukan yang pernah menjulang piala ini ialah:

2009 – FC Barcelona
2008 – Manchester United
2007 – AC Milan
2006 – Internacional
2005 – Liverpool
2000 – Corinthians

Kelantan Juara Piala Emas Raja-Raja 2010

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 12 December 2010 12:39 am

Kelantan melengkapkan musim kegemilang bolasepak mereka apabila menjuarai piala Emas Raja-Raja 2010 yang juga edisi ke 70 menewaskan Kedah melalui penentuan sepakan penalti 4-3.

Bermain di padang yang becak membataskan pergerakan lancar kedua-dua pasukan dan penentuan 90 minit gagal mencari pemenang dan tambahan masa 30 minit juga gagal menentukan juara 2010 itu.

Wira Kelantan dalam sepakan penalti itu nyata milik penjaga gol mereka Shahrizan yang menyelamatkan 2 sepakan penalti. Kedah sekali lagi terpaksa berputih mata setelah musim lepas mereka juga gagal mendakap piala tersebut apabila tewas 2-0 kepada Perlis.

Materazzi, Zidane, Berdamai?

Posted by admin | Spanish La Liga | Saturday 11 December 2010 6:30 pm

Benarkah Zinedine Zidane dan Marco Materazzi sudah berdamai? Begitulah yang dinyatakan oleh Marco Materazzi sendiri kepada wartawan. Insiden beliau dan Zidane pada final piala dunia 2006 lalu menyaksikan Zidane menghantuk kepalanya ke dada Materazzi.

Materazzi mendakwa beliau sudah berjabat tangan dengan pemain tengah Perancis itu di hotel penginapan pasukan Real Madrid ketika kunjungan Real ke San Siro bagi liga juara-juara menetang AC Milan. Beliau ke sana untuk mengucapkan tahniah kepada bekas bos beliau, Jose Maurinho, manakala Zidane kini merupakan penasihat di bekas kelab lamanya itu.

Dalam kes menghantuk kepala ke dada Materazzi dulu, Zidane mendakwa Materazzi menghina adiknya. Sehingga kini cerita itu masih misteri dan perseteruan antara mereka berdua masih belum diuraikan dengan tepat.

Ronaldinho ke LIverpool?

Posted by admin | Barclays Premier League | Friday 10 December 2010 8:57 pm


Ada desas-desus bertiup kencang bagi perpindahan Januari ini. Liverpool yang kini sedang bergelut dengan prestasi turun naik mereka menyimpan minat terhadap pemain tengah AC Milan, Ronaldinho dan juga penyerang Ajax, Luis Suarez.

Agak menarik untuk melihat kelibat Ronaldinho di BPL musim ini walaupun aksi beliau  tidak sehebat ketika bersama Barcelona dulu namun sentuhan magis beliau mungkin akan menjadi di Liverpool.

Ronaldinho berpindah dari Barcelona ke AC Milan pada tahun 2008 setelah prestasi beliau bersama kelab Catalan itu semakin menurun. Di Barcelona beliau berjaya membantu kelab tersebut meraih Liga Juara-Juara serta mengatasi seteru utama mereka dalam LA Liga, Real Madrid. Di Barcelona beliau menjaringkan 70 gol dalam 145 penampilan.

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Liverpool ialah penyerang sensasi Ajax Amsterdam, Luis Suarez. Namun semua ini adalah khabar angin dan peminat bolasepak seluruh dunia sudah pasti ternanti-nanti musim perpindahan yang akan dibuka Januari nanti.

Piala AFF Suzuki 2010 – Malaysia vs Vietnam

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 9 December 2010 9:36 pm

Malaysia akan menentang Vietnam pada separuh akhir Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung pada 15 Disember ini di Bukit Jalil dan pusingan kedua akan berlangsung di Hanoi 3 hari selepas itu. Sudah pasti harapan jutaan peminat Malaysia begitu tinggi terhadap barisan muda K.Rajagobal. Semestinya bukan tugas mudah buat barisan bawah 23 tahun Malaysia untuk mengatasi Vietnam yang mempamerkan aksi mantap ketika menewaskan Singapura 1-0 dalam peringkat kumpulan.

Vietnam sudah pasti akan bermatian untuk mengatasi Malaysia bagi membalas dendam kekalahan 1-0 di Sukan Sea Loas lalu yang juga di peringkat separuh akhir.

Namun kita tidak boleh perkecilkan kemampuan pemain muda kita apatah lagi adunan dengan pemain senior seperti Amri dan Idlan akan menguatkan lagi skuad Harimau Malaya.

Skuad Malaysia harus mengemaskan lagi permainan jika mahu menang dengan Vietnam terutama bahagian pertahanan yang dilihat begitu alpa ketika pihak lawan membuat serangan balas di samping kawalan dan hantaran yang tepat perlu ditingkatkan. Semoga Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua semenjak 1996 di mana Malaysia tewas 1-0 kepada Thailand.

Liga Juara-Juara – Real benam Auxerre

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 9 December 2010 2:31 pm


Karim Benzema menjaringkan hatrick pertama beliau semenjak 3 tahun lalu dalam perlawanan pelengkap jadual kumpulan G untuk Madrid menang bergaya ke atas Auxerre 4-0.

Benzema meledak 3 gol pada minit 12, 72 dan 88. Satu gol lagi dijaringkan oleh Ronaldo pada minit ke 48. Gol tersebut merupakan gol keempat Ronaldo dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Benzema yang sebelum ini dikhabarkan akan dijual pada musim perpindahan Januari nanti membalas dengan persembahan bergaya dan ini memungkinkan pengurusan Real Madrid terpaksa memikirkan semula akan keputusan itu. Benzema semenjak akhir-akhir ini semakin menemui sentuhan sebenar beliau semenjak membantu Perancis menewaskan England dalam perlawanan persahabatan di Wembley lalu.

Real Madrid meminpin kumpulan G dengan 16 mata. AC Milan turut berjaya melangkah ke peringkat 16 pasukan terakhir walaupun tewas kepada Ajax 0-2 di San Siro.

Vietnam, Philipina Mara Ke Separuh Akhir

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 9 December 2010 12:01 am


Vietnam dan Filipina mengiringi Indonesia dan Malaysia ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010. Dalam pertemuan penuh mendebarkan, Vietnam berjaya menewaskan Singapura walaupun mereka terpaksa bermain dengan 10 orang. Singapura gagal mengunakan kelebihan itu dan ketangkasan penjaga gol Vietnam menafikan mereka tiket ke separuh akhir untuk bertemu Malaysia. Gol minit ke 31 itu sudah cukup membawa Vietnam ke separuh akhir pada 15 dan 16 Disember ini. Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Vietnam untuk pusingan pertama dan pusingan kedua berlangsung pada 18 dan 19 Disember ini.

Satu lagi pertemuan Philipina sekadar seri dengan Myanmar namun keputusan itu sudah cukup untuk membawa Philipina membuat kejutan besar untuk melangkah ke separuh akhir bertemu Indonesia. Kejayaan Philipina menafikan gergasi Asia Tenggara Singapura yang rata-rata dibarisi pemain import yang diberi kerakyatan.

Final Piala AFF ini juga akan dilangsungkan secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember 2010.

Piala AFF Suzuki 2010 – Malaysia Layak Ke Separuh Akhir

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 8 December 2010 3:02 pm

Debaran penantian 90 minit terakhir akhirnya terjawab. Dengan bantuan dua jaringan Bambang Pamungkas membantu Malaysia layak ke separuh akhir piala AFF Suzuki 2010. Indonesia menang ke atas Thailand dengan dua jaringan Bambang membenam cabaran pasukan pilihan, Thailand 2-1. Penalti Bambang pada minit ke 81 dan 88 memadam pendahuluan Thailand minit ke 68. Kemenangan itu menyaksikan Indonesia layak dengan mata penuh.

Malaysia mara ke perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 hasil kemenangan bergaya ke atas Loas 5-1. Namun Malaysia tersentak dengan gol penyamaan dari penyerang Loas, L. Singto minit ke 8 yang memadamkan pendahuluan selesa hasil jaringan Amri Yayah pada minit ke 4. Gol itu memberi keyakinan kepada pemain-pemain Loas yang bijak mengatur permainan dan kerap kali mengacam kubu pertahanan Malaysia. Malaysia membuat serangan balas dan lorongan cantik kapten, Syafiq Rahim pada minit ke 40 disempurnakan dengan mudah sekali lagi oleh Amri Yahyah.

Separuh masa kedua Malaysia memperkemaskan permainan dan hasilnya 2 gol lagi terhasil hasil dari kesilapan pertahanan Loas dan mudah disempurnakan oleh Amirulhadi, 74 dan Nor Sharul Idlan, 77. Gol terakhir Malaysia hadir pada minit ke 90 hasil dari kelam kabut di pintu gol Laos.

« Previous Page
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz