Piala Asia Qatar – Jepun hampakan Soccerros

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 30 January 2011 1:52 am

Ringkas – Jepun menghampakan harapan Soccerroos apabila jaringan Lee minit ke 19 masa tambahan memberikan The Blue Samurai satu lagi kejuaraan. Sepakan epara volley yang menarik dari beliau sudah memadai untuk Jepun mengungguli kuasa bolasepak asia. Jepun menjadi pasukan yang paling berjaya apabila merangkul empat kejuaraan iaitu 1992, 2000, 2004 dan 2011.

Piala Sumbabsih 2011 – Kelantan raih gelaran sulung

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Sunday 30 January 2011 1:06 am

Kelantan muncul juara baru Piala Sumbangsih apabila menewaskan Selangor 2 0 dalam perlawanan menarik di Shah Alam. Walaupun ramai pemain bintang mereka musim lalu telah berhijrah namun gandingan pemain-pemain baru mereka menunjukkan prestasi yang menarik.

Kelantan yang memburu piala ketiga berturut-turut nampak cuba merealisasikannya apabila mengawal permainan dari awal babak pertama lagi. Hasilnya mereka mendapat tendangan percuma seawal minit pertama apabila Idlan dijatuhkan betul-betul di luar garisan gol. Namun sepakan Badri Radzi sedikit tersasar.

Asakan bertali arus di awal-awal permainan menghasilkan penalti untuk Kelantan apabila pemain pertahanan Selangor, Mohd Razman Roslan menarik penyerang Kelantan Nurul Azuan Roya dari belakang dan pemain paling berharga musim lalu, Norshahrul tidak mengsia-siakan peluang tersebut untuk meletak Kelantan 1 0 hanya tujuh minit permainan berlangsung. Kelantan sekali lagi mendapat peluang apabila tendangan percuma Danial dari luar kotak penalti ditepis Iqbal yang lebih bersedia kali ini.

Selangor mendapat peluang terbaik mereka apabila tandukan kebelakang Amri berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi namun berjaya ditanduk keluar oleh Shakir Shaari untuk menafikan peluang terbaik Selangor.

Permainan yang disambung pada separuh masa kedua menyaksikan pasukan Selangor lebih banyak mengawal permainan namun gagal menembusi benteng pertahanan Kelantan yang bertindak baik mengekang penyerang terbaik Negara ketika ini, Safee Sali. Safee nyaris memberi gol penyamaan apabila tandukan beliau terkena palang gol di mana Khairul Fahmi sudah pun tertewas.

Insiden yang tidak mahu dilihat terjadi juga apabila ada segelintir penyokong membaling objek ke padang disamping dentuman mercun turut mengegakkan stadium. Pengadil perlawanan Yusof Karim terpaksa memberhentikan perlawanan kira-kira lima minit lebih bagi menenangkan keadaan stadium yang semakin panas.

Minit ke 72 menyaksikan Kelantan memperolehi gol kedua mereka melalui sepakan percuma cantik dari Piya yang berjaya memperdayakan Iqbal yang salah percaturan dan bola mencecah jarring untuk memberi bekal selesa kepada Kelantan untuk menamatkan permainan. Kelantan berjaya membawa pulang piala terbaru mereka ke dalam almari koleksi pasukan berkenaan.

Kunci kejayaan pasukan Kelantan adalah terletak kepada kerjasama pasukan yang begitu baik disamping jentera tengah mereka berfungsi bagi membantu menyerap asakan dan membuat serangan. Shakir Shaari dan Badri dilihat menjadi nadi utama pasukan Kelantan dan kegagalan Hardi, Syafiq dan Amri menjenterai bahagian tengah menjadi punca kegagalan Selangor meraih kejayaan. Tiga tonggak Selangor ini dilihat gagal bermain baik seperti perlawanan terdahulu.

Penjaga gol Kelantan yang juga penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi dinamakan pemain terbaik perlawanan meneruskan aksi cemerlang beliau bersma-sama pasukan negara. The Red Warriors menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama.

Piala Sumbangsih – Selangor Kelantan janji persaingan sengit

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 29 January 2011 11:31 am

Juara lapan kali Selangor bakal berentap dengan juara Piala Malaysia dalam aksi perebutan Piala Sumbangsih yang menandakan juga bermulanya Liga Super Malaysia musim 2011.

Selangor yang turun selaku pasukan pilihan dilihat lebih kuat apatah lagi mereka bakal bermain di halaman sendiri. Dengan tahap penyerang sensasi mereka Safee Sali yang menjadi penjaring Piala AFF Selangor tampil lebih garang kali ini. Pasukan Selangor dibarisi ramai pemain-pemain yang menjuarai kejohanan itu Disember lalu.

Namun demikian kem Selangor dilihat tidak bermegah dengan kelebihan itu dan melihat Kelantan merupakan ancaman besar kepada mereka apatah lagi mereka di suntik dengan kehadiran Datuk M karathu yang menjadi pengganti B Sathianathan yang digantung selama enam bulan oleh FAM. Karathu pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993.

Kelantan juga hadir dengan skuad yang dilanda kecederaan apabila tiga tonggak mereka S Chanturu, Subramaniam dan Norsharul Idlan Talaha masih belum pulih sepenuhnya. Namun Idlan mungkin diturunkan apabila pemain itu menunjukkan tahap kecergasan yang makin baik.

Kehadiran penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi pasti menjadi tumpuan dan ianya menjadi tonik terbaik untuk Kelantan menyekat kemaraan jentera serangan Selangor. Prestasi menakjubkan beliau semasa kejohanan Piala AFF lalu pastinya ditagih skuad The Red Warriors untuk membantu Kelantan meraih Piala Sumbangsih buat kali pertama.

Yang pastinya pertembungan Red Giants dan Red Warriors mengundang rasa teruja kedua-dua penyokong pasukan terbabit apatah lagi keduanya mempunyai penyokong yang fanatik dan dipenuhi warna-warni dengan gelagat masing-masing.

Seorang peminat TRW, En Anuar, 32 tahun yang ditemui wakil arenabolasepak memaklumkan beliau menempah 25 helai t shirt yang didesign khas untuk perlawanan malam ini bersama-sama rakan di Shah Alam.

Selangor merupakan juara Liga Super musim lalu dan Kelantan tiba selaku juara Piala Malaysia.

Lain-lain perlawanan Liga super 29/11/2011 ialah Terengganu bertemu Sabah, KL bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, N9 bertemu Harimau Muda A dan Pahang menerima kunjungan Perlis.

Piala Asia Qatar – Korea 3 Uzbekistan 2

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 29 January 2011 1:18 am

La Liga – fakta ringkas

Posted by admin | Spanish La Liga | Saturday 29 January 2011 1:10 am

Sepanyol muncul juara baru piala dunia FIFA 2010 setelah menewaskan Belanda 1-0 hasil jaringan Iniesta yang bermain untuk Barcelona. Tidak lengkap rasanya jika kita tidak review sedikit sebanyak info mengenai liga Sepanyol ataupun lebih dikenali sebagai La Liga. Berikut adalah fakta-fakta menarik yang diambil dari la Liga untuk musim 2010/2011.

1. Penonton paling ramai: 98,000 – Barcelona vs Real Madrid.

2. Penonton paling sedikit: 6,000 – Getafe v Real Zaragoza

3. Purata setiap perlawanan: 28,876.

4. Jumlah keseluruhan penonton: 5,746,395

5. Kemenangan besar tuan rumah: Barcelona 5-0 Real Madrid, Real Madrid 6-1 Deportivo La Coruña, Barcelona 5-0 Sevilla FC, Barcelona 5-0 Real Sociedad, Real Madrid 6-1 Racing Santander.

6. Kekalah besar tuan rumah: Almeria 0-8 Barcelona

7. Kemenangan berturut-turut: Barcelona 14 perlawanan

8. Kekalahan berturut-turut: Sevilla FC, 11 perlawanan

9. Kemenangan dengan 1- 0: 73 perlawanan.

10. Kemenangan terbanyak: Barcelona 18 perlawanan

11. Kekalahan paling sikit: Barcelona, Real Madrid 1 perlawanan

12. Pasukan paling banyak kalah: Málaga 13 perlawanan

13. Pasukan paling sedikit seri: Barcelona , Espanyol, Real Sociedad

14. Jaringan paling banyak: Barcelona 64 gol

15. Jaringan paling sedikit: Deportivo La Coruña, Racing Santander 15 gol

16. Penjaring terbanyak: Ronaldo, Real Madrid 22 gol

17. Pemain paling banyak dikenakan kad: Alberto Botía , Sporting Gijon – 9 kad kuning 1 merah

BPL – Perpindahan pemain Januari 2011

Posted by admin | Barclays Premier League | Thursday 27 January 2011 4:23 pm

Edin Dzeko merupakan pemain paling mahal dalam tempoh perpindahan januari bagi kelab-kelab di BPL. Beliau dibeli Manchester City dari Wolfburgh dengan anggaran yuran perpindahan mencecah 27 juta pound dan merupakan rekod pemain termahal bagi pemain dari Bosnia dan juga rekod perpindahan termahal untuk Bundesliga. Memberi impak segera bagi Manchester City apabila berjaya membatu kelab barunya menewaskan Wolves.

1. Arsenal
In: Ryo Miyaichi (free agent)
Out: Havard Nordtveit (Borussia Moenchengladbach, tidak dinyatakan), Vito Mannone (Hull City, pinjaman), Wellington (Levante, pinjaman), Ryo Miyaichi (Feyenoord, pinjaman), Aaron Ramsey (Cardiff City, pinjaman), Jay Emmanuel-Thomas (Cardiff City, pinjaman), Henri Lansbury (Norwich City, pinjaman)

2. Aston Villa
In: Kyle Walker (Tottenham Hotspur, pinjaman), Jean Makoun (Lyon), Darren Bent (Sunderland, £18m)
Out: James Collins (Shrewsbury, tidak dinyatakan), Steve Sidwell (Fulham, tidak dinyatakan), Shane Lowry (Sheffield United, pinjaman), Andreas Weimann (Watford, pinjaman), John Carew (Stoke City, pinjaman), Jonathan Hogg (Portsmouth, pinjaman)

3. Birmingham City In: David Bentley (pinjaman, Tottenham Hotspur)
Masuk: Garry O’Connor (Barnsley, free), Michel (AEK Athens, pinjaman), Marcus Bent (Sheffield United, pinjaman)

4. Blackburn Rovers IN: Roque Santa Cruz (Manchester City, pinjaman), Jermaine Jones (Schalke, pinjaman)
OUT: Alex Marrow (Crystal Palace, tidak dinyatakan), Armine Linganzi (Preston North End, pinjaman), Nick Blackman (Aberdeen, pinjaman), Pascal Chimbonda (Queens Park Rangers, free), Alan Judge (Notts County, tidak dinyatakan). Aaron Dorran (Inverness, pinjaman)

5. Blackpool IN:
OUT: Dekel Keinan (Cardiff City, tidak dinyatakan)

6. Bolton Wanderers
IN: David Wheater (Middlesbrough, tidak dinyatakan)
OUT:

7. Chelsea
IN:
OUT: Ben Gordon (Scunthorpe United, pinjaman), Gael Kakuta (Fulham, pinjaman)

8. Everton
IN:
OUT: Yakubu (Leicester City, pinjaman), Zac Thompson (Leeds United, free), Steven Pienaar (Tottenham Hotspur, tidak dinyatakan)

9. Fulham IN: Steve Sidwell (Aston Villa, tidak dinyatakan), Gael Kakuta (Chelsea, pinjaman)
OUT: Frederik Stoor (Valerenga, tidak dinyatakan), Rob Milsom (Aberdeen, tidak dinyatakan), David Elm (Elfsborg, tidak dinyatakan)

10. Liverpool
IN:
OUT: Charles Itandje (Atromitos, free), Andras Simon (dilepaskan), Nathan Eccleston (Charlton Athletic, pinjaman), Stephen Darby (Notts County, pinjaman), Ryan Babel (Hoffenheim, tidak dinyatakan), David Amoo (MK Dons, pinjaman)

11. Manchester City
IN: Gai Assulin (free agent), Edin Dzeko (Wolfsburg, 27 juta pound)
OUT: Ben Mee (Leicester City, pinjaman), Wayne Bridge (West Ham United, pinjaman), Roque Santa Cruz (Blackburn Rovers, pinjaman), Abdisalam Ibrahim (Scunthorpe United, pinjaman), Javan Vidal (Chesterfield, pinjaman), Emmanuel Adebayor (Real Madrid, pinjaman)

12. Manchester United
IN: Anders Lindegaard (Aalesunds, tidak dinyatakan)
OUT: James Chester (Hull City, tidak dinyatakan), Ben Amos (Oldham Athletic, pinjaman), Corry Evans (Hull City, pinjaman), Federico Macheda (Sampdoria, pinjaman)

13. Newcastle United
IN: Hatem Ben Arfa (Marseille, tidak dinyatakan)
OUT: Tamas Kadar (Huddersfield Town, pinjaman), Wayne Routledge (QPR, pinjaman)

14. Stoke City
IN: Jermaine Pennant (Real Zaragoza, £1.725m), John Carew (Aston Villa, pinjaman)
OUT: Liam Lawrence (Portsmouth, tidak dinyatakan)

15. Sunderland
IN:
OUT: Liam Noble (Carlisle United, pinjaman), Matt Kilgallon (Doncaster Rovers, pinjaman), George McCartney (Leeds United, pinjaman), Darren Bent (Aston Villa, £18m)

16. Tottenham Hotspur
IN: Bongani Khumalo (Supersport United, £1.5m), Steven Pienaar (Everton, tidak dinyatakan)
OUT: John Obika (Peterborough United, pinjaman), Harry Kane (Leyton Orient, pinjaman), David Bentley (pinjaman, Birmingham City), Kyle Walker (Aston Villa, pinjaman), Andros Townsend (Watford, pinjaman)

17. West Bromwich Albion
IN:
OUT: Leon Barnett (Norwich City, tidak dinyatakan), Luke Moore (Swansea City, tidak dinyatakan), Joe Mattock (Sheffield United, pinjaman), Ishmael Miller (Queens Park Rangers, pinjaman), Romaine Sawyers (Port Vale, pinjaman), Kayleden Brown (Port Vale, pinjaman)

18. West Ham United
IN: Wayne Bridge (Manchester City, loan), Gary O’Neil (Middlesbrough, tidak dinyatakan)
OUT: Valon Behrami (Fiorentina, tidak dinyatakan)

19. Wigan Athletic
IN: Adrian Lopez (free agent)
OUT: Mauro Boselli (Genoa, pinjaman)

20. Wolverhampton Wanderers
IN: Adam Hammill (Barnsley, tidak dinyatakan)
OUT: Jelle van Damme (Standard Liege, £2.5m), John Dunleavy (Barnet, pinjaman), Greg Halford (Portsmouth, pinjaman), Matt Hill (dilepaskan)

Piala Asia Qatar – Australia Jepun berentap di final

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Wednesday 26 January 2011 1:35 pm

Dua pasukan pilihan, Jepun dan Australia menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir apabila menumpaskan lawan masing-masing pada separuh akhir malam tadi.

Enam pemain menjaringkan enam gol dalam aksi perlawanan separuh akhir antara Australia dan Uzbekistan yang menyaksikan Socceroos mudah menempah tiket ke final yang bakal bertemu juara tiga kali, Jepun. Gol-gol Australia dijaringkan oleh H. Kewell 5, S. Ognenovsk, 35, D. Carney 65, B. Emerton 74, C. Valeri 82 dan R. Kruse minit ke 83. Untuk rekod pemain Australian Sasa Ognenovsk adalah pemain terbaik Asia tahun lalu. Uzbekistan yang berada diranking 108 dunia nyata tidak mampu untuk bertahan dengan asakan pemain-pemain Australia yang rata-rata bermain di kelab-kelab Eropah.

Australia berpeluang meraih kejuaraan buat kali pertama selepas gagal dalam edisi pertama penyertaan mereka pada tahun 2007. Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia merupakan  pengajur bersama edisi tersebut.

Jepun sebelum itu menewaskan Korea Selatan melalui sepakan penalti selepas perlawanan terikat dua sama. Korea Selatan mendahului Jepun melalui jaringan Sung-Yueng KI minit ke 23 menerusi sepakan penalti. Jepun kemudiannya menyamakan kedudukan 13 minit melalui jaringan Ryoichi Maeda. Kedudukan satu sama memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan dan pada minit ke 98 Jepun mendahului Korea Selatan menerusi jaringan Hajime Hosogai. Gol tersebut seakan memihak kepada Jepun  untuk menghabiskan permainan dalam masa tambahan namun gol minit ke 120 dari penyerang Korea Jae-Won Hwang memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Malang buat pasukan Korea apabila mereka gagal menjaringkan sebarang sepakan penalty yang diambil dan Jepun menyempurnakan sepakan penalti mereka melalui Keisuke Honda, Shinji Okazaki dan Yasuyuki Konno.

Dalam pada itu Uzbekistan dan Korea Selatan akan berentap bagi tempat ketiga dan keempat dimana pemenang tempat ketiga akan layak automatik untuk edisi 2015 nanti.

La Liga – Real menang tipis ke atas Mallorca

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 24 January 2011 4:25 pm

Real Madrid terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Barcelona apabila menumpaskan Mallorca dengan kemenangan tipis 1-0. Real kini ketinggalan 4 mata di belakang kelab dari Catalan itu.Benzema memberi Real Madrid kemenangan penting dan membuktikan kontroversi yang membabitkan perpindahan beliau adalah tidak tepat.

Jose Mourinho membuat permulaan perlawanan dengan merehatkan Xabi Alonso dan Ozil yang masuk mengantikan Gaga dan Kaka minit ke 48 bagi memberikan rehat yang mengcukupi kepada pemain-pemainnya bagi mengharungi Copa del Rey yang memasuki perlawanan separuh akhir rabu nanti. Real membuat permulaan perlahan apabila jarang sekali mengancam ke pintu gol Mallorca yang sekali sekala berjaya mengasak ke kubu Real Madrid.

Babak kedua Mourinho memasukkan Ozil dan Alonso bagi mengantikan Gago dan Kaka dan kemasukan dua pemain itu segera memberi kesan kepada permainan Real Madrid. Kemasukan Ozil memberi kesan kepada jentera serangan Real dengan larian-larian pantas beliau disamping corak permainan Alonso yang berjaya mengemudi bahagian tengah dan pantas membuat serangan balas. Namun demikian gol pertama yang dicari oleh kedua-dua pasukan belum muncul sehinggalah gol dari Karim Benzema pada minit ke 60.

Cristiano Ronaldo hampir menjaringkan gol kedua melalui tendangan percuma namun sedikit tersasar dari pintu gol Mallorca. Ronaldo sekali lagi mendapat peluang melalui tandukan namun juga tersasar. Mallorca juga berjaya mendapat peluang  melalui Webo dan Nsue namun digagalkan oleh Iker Casillas.

Dalam perlawanan itu  Sergio Ramos membuat penampilan ke 180 dalam liga buat The Whites yang memasuki musim keenam beliau bersama-sama gergasi Sepanyol itu. Ironinya Iker Cassilas juga membuat penampilan ke 180 dengan lawan yang sama, hari yang sama di venue yang sama juga untuk musim yang keenam bersama Real Madrid. Ramos merupakan pemain ke 39 yang membuat kemunculan yang mencecah 180 perlawanan liga buat Real Madrid.

Rekod pemain paling banyak berasksi untuk real Madrid masih lagi dipegang oleh bekas penyerang mereka, Raul Gonzales yang kini beraksi untuk Schalke 04. raul bermain sebanyak 550 perlawanan dan sukar untuk mana-mana pemain mengatasi rekod tersebut.

Piala Asia Qatar – Socceroos, Taeguk mara

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 23 January 2011 6:59 pm

Australian dan Jepun menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir apabila menundukkan lawan masing-masing. Kedua-dua pasukan terpaksa menunggu hingga masa tambahan untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir. Korea Selatan menumpaskan Iran 1-0 manakala Australia menundukkan juara bertahan Iraq juga dengan 1-o.

Harry Kewell muncul wira buat Socceroos apabila tandukannya minit ke 118 mengegar jarring menewaskan penjaga gol Iraq, Mohammed Kassid. Hantaran lintang dari Matt Mckay ditanduk kemas Kewell untuk membawa Australia ke separuh akhir menetang Uzbekistan 25 Januari ini. Ini kejayaan pertama Australia melangkah ke separuh akhir dalam Piala AFC setelah tahun 2007 mereka gagal melangkah jauh apabila tumpas kepada jepun di suku akhir.

Kewell yang kini bermain untuk kelab Turki Galataray berkata beliau sungguh gembira kerana perlawanan diakhiri tanpa penentuan sepakan penalti. “ Perlawanan ini sangat sukar dan tiada perlawanan yang mudah di Asia dan ianya terbukti dengan perlawanan tadi. Saya percaya bahawa kami sudah bekerja keras untuk menang dan saya berbangga dengan semua pemain”. Ujar Kewell.

Australia dihidang dengan deretan peluang keemasan namun gagal disudahkan sehinggalah hantaran dari Mckay ini tepat jatuh kepada Kewell untuk menanduk mudah melepasi jangkauan Kassid.

Sementara itu, satu lagi pasukan pilihan, Korea Selatan juga mara apabila menewaskan satu lagi gergasi Asia yang juga juara tiga kali, Iran 1-0. Jaringan pemain gantian Yoon Bit-garam memberikan Taeguk Warriors tiket ke separuh akhir. Menanti mereka di separuh akhir ialah rakan Piala dunia 2002 mereka, Jepun.

Pertemuan suku akhir edisi ini mengulangi edisi 2007 dan kedua-dua pasukan juga buntu mencari gol dalam 90 minit permainan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kedua-dua separuh akhir antara Australia Uzbekistan dan Jepun Korea akan dilangsungkan pada 25 Januari nanti.

Pasukan paling berjaya Piala Asia

Piala Asia Qatar – Park memburu rekod gemilang

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 22 January 2011 11:16 pm

Park Ji-sung meraih kegemilangan bersama Manchester United. Kapten Korea itu bakal mencipta rekod peribadi apabila turun menentang Iran sabtu ini. Perlawanan menentang Iran akan memberikan Park caps ke 99 mewakili Korea Selatan. Tiada malagi mana-mana pemain Korea yang melakukan penampilan sebanyak itu semenjak 1960 lagi.

Pemain tengah Manchester itu berharap dapat mengatasi Iran dan itu memberi peluang kepada beliau meraih penampilan ke 100 secara peribadi dan membantu Korea untuk menjulang Piala Asia 2011 ini.

“Jelas itu akan menjadi kehormatan besar untuk bermain perlawanan ke-100 untuk pasukan kebangsaan pada perlawanan besar seperti Piala Asia AFC,” kata Park, 29,.

Pemain tengah Manchester United itu sebelum ini mengisyaratkan bersara daripada bolasepak antarabangsa selepas Piala Asia AFC tetapi laporan media baru-baru ini mengatakan dia masih dalam dilema. Untuk memutuskannya.

“Ini akan menjadi Piala Asia yang sangat istimewa bagi saya,” Ujar Park kepada media setibanya di sini sebelum memulakan perlawanan.

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz