Piala Asia Qatar – Jepun mengatasi tuan rumah, Qatar 3-2

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 22 January 2011 11:05 pm

Jepun menepati ramalan untuk layak ke separuh akhir Piala Asia Qatar. Bermain dengan 10 orang tidak mematahkan semangat The Blue Samurai untuk menundukkan pasukan tuan rumah Qatar. Gol minit-minit akhir dari Masahiko Inoha memberikan Jepun tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 3-2 di Stadium Al Gharafa.
Permulaan yang baik buat Qatar apabila Sebastian Soria membuka jaringan pada minit ke 12 hasil larian dari tepi sebelah kiri gol Jepun sebelum memperdayakan pertahanan Jepun dan melepaskan rembatan yang gagal ditepis penjaga gol Jepun. Namun demikian Jepun menyamakan kedudukan satu sama melalui Shinji Kagawa minit ke 28.

Malang buat pasukan jepun apabila pertahanan mereka Maya Yoshida dilayangkan kad kuning kedua apabila beliau mengasari Yuesf Ahmed dan sepakan percuma yang diambil Fabio Cesar memberikan gol pendahuluan buat pasukan bimbingan Bruno Metsu itu. Ini kali kedua Jepun terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam aksi Piala Asia kali ini.

Semangat Blue Samurai nyata sesuai dengan pasukan jepun itu apabila sekali lagi mereka menyamakan kedudukan melalui Kagawa sekali lagi. Kagawa yang bermain di Bundesliga untuk Borussia Dortmund nyata tampil cemerlang pada perlawanan tersebut. Gol kemenangan Jepun dihadiahkan oleh Inoha pada minit ke 89.

“ Mental pasukan nyata sukar setelah Qatar mencetak gol kedua mereka”. Ulas Kagawa yang menjaringkan dua gol untuk memberikan Jepun lalauan tepat merangkul Piala Asia pertama buat mereka.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Uzbekistan menewaskan Jordon dengan keputusan 2-1.

Piala Asia Qatar – Keputusan penuh peringkat kumpulan

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Thursday 20 January 2011 3:13 pm

Nashat Akram – Iraq

Lapan  pasukan yang layak ke peringkat suku akhir sudah diketahui setelah berakhirnya perlawanan dalam peringkat kumpulan.. Gergasi-gergasi Asia awal-awal lagi sudah menepati ramalan untuk melangkah ke suku akhir. Kejutan paling besar ialah tersingkirnya jura tiga kali Arab Saudi pada edisi kali ini. Kempen Arab Saudi berakhir apabila dimalukan Jepun dengan kekalahan besar 5 0. Juara bertahan Iraq juga layak setelah menewaskan Korea Utara pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Iraq menang 1 0 untuk bertemu Soccerros pada peringkat suku akhir nanti.

Pemain Legenda Rivaldo- Dimana mereka sekarang?

Posted by admin | Pemain Legenda | Tuesday 18 January 2011 10:06 am

Sedikit imbasan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan pemain-pemain hebat yang pernah mewarnai dunia bolasepak suatu waktu dulu. Rivaldo, satu nama yang tidak asing lagi pernah menjulang Piala Dunia Fifa bersama Brazil pada edisi 2002 bersama dengan Ronaldo dan Ronaldinho. Gandingan mereka bertiga membentuk 3R yang begitu digeruni.

Rivaldo kini beraksi bersama kelab Mogi Mirim EC di Brazil. Beliau pernah menyarung jersi kelab Catalan, Barcelona pada tahun 1997 hingga 2002 sebelum berpindah ke Inter Milan. Selepas itu beliau menghabiskan masa dengan bermain untuk kelab Cruzeiro, Olympiacos, AEK Athens,Bunyodkor dan terkini di Mogi Mirim.

BPL -MU Spurs sekadar seri

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 17 January 2011 6:54 pm

Manchester United berjaya memanjangkan rekod tanpa kalah mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini kepada 21 perlawanan apabila pertemuan menarik pasukan teratas liga di White Hart Lane berkesudahan seri satu sama. Mempamerkan permainan menarik kedua-dua pasukan gagal menembusi gawang untuk berpuas hati denagn satu mata.

United terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam 16 minit terakhir apabila Rafael dibuang padang untuk kesalahan kedua. Walaupun pertahanan dari Brazil itu dibuang padang namun United kekal bertahan untuk merampas kembali kedudukan liga mengatasi Manchester City dengan perbezaan gol. Rafael dikenakan dua kad kuning apabila menjatuhkan pertahanan Spurs,Benoit Assou-Ekotto dan sebelum itu beliau juga dilayangkan kad kuning apabila mengasari  Wilson Palacios . Keputusan pengadil mengundang rasa berang kepada pengurus United, Alex Ferguson

Tottenham yang berharap dapat menumpaskan United buat kali pertama semenjak Mei 2001 gagal memecah kebuntuan disebalik aksi yang menghiburkan dipamer oleh skuad Redknapp itu. dalam pada itu Wayne Rooney beberapa kali membuat percubaan menarik ke arah penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes namun berjaya digagalkan dan Rafael van der Vaart juga berjaya menguji Van Der Sar namun juga gagal memecah kebuntuan.

Keputusan seri itu menyaksikan Spurs berada ditangga kelima satu mata dibelakang Chelsea dengan 38 mata.
Pertemuan itu menyaksikan pemain veteran United, Ryan Giggs membuat penampilan ke 600 bersama United, hanya enam kali dibelakang legenda United Sir Bobby Charlton.

“Ianya sebuah perlawanan yang sukar. Tottenham sebuah pasukan yang cukup bagus tetapi mereka kurang membuat cubaan menentang kami. Satu keputusan yang layak untuk kami, jadi saya tidak boleh komplen apa-apa. Pertahanan kami juga bertindak baik dan seri keputusan yang adil bagi kami”. Sir Alex Ferguson, jurulatih Manchester United.

Keputusan lain menyaksikan Everton sekadar seri dua sama dengan Liverpool.

Ringkas – Keputusan terkini BPL 16 Jan 2011

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 17 January 2011 12:05 am

Piala Asia Qatar – Kedudukan pasukan

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 16 January 2011 11:42 pm

Setelah berakhir dua perlawanan bagi setiap pasukan berikut dipaparkan kedudukan terkini setiap kumpulan. Arab Saudi menjadi pasukan pertama yang terkeluar untuk ke pusingan suku akhir dan Iran sudah pun menjamin tempat ke pusingan seterusnya. Dalam kumpulan A, Uzbekistan sudah sebelah kaki ke suku akhir dan hanya perlu seri menentang China pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

sumber:goal.com

Liga Perdana Inggeris – Merseyside Derby The Reds dan Everton

Posted by admin | Barclays Premier League | Saturday 15 January 2011 12:14 pm

Everton akan bertandang ke Liverpool dalam pertembungan setempat dalam Liga Perdana Inggeris setelah mereka menang di Goodison Park 2-0 pada awal musim. Pertembungan Merseyside Derby ini pasti menarik kerana kedua-dua pasukan berkongsi 25 mata berkelebihan jaringan untuk Everton dikedudukan tangga ke 12 dan Liverpool setangga di bawah.

Musim yang penuh dengan kemerosotan pasukan Liverpool dengan hanya tujuh kemenangan saja dicatat dalam 21 perlawanan. Menerima kunjungan Everton pastinya sesuatu tugas yang sukar apatah lagi mereka baru saja terima kekalahan ke 10 musim ini kepada kelab kurang ternama, Blackpool 2-1. Permulaan yang kurang baik buat pengurus baru Liverpool, Kenny Dalglish

Manakala Everton pasti akan bermatian untuk mencatat kemenangan bagi menamatkan musim ini mengatasi The Reds untuk kali pertama sepanjang tempoh sembilan tahun. Liverpool dan Everton sudah bertemu sesama sendiri sebanyak 215 kali dan kemenangan di Anfield ini pasti memberi kelebihan untuk mereka menamatkan liga mengatasi musuh setempat itu.

“Kami tidak pernah menang di Anfield tetapi kami berharap dapat mengakhirinya kali ini”, ujar Moyes. Everton mengatasi Liverpool di Goodison Park pada Oktober lalu dan mencari untuk kemenangan berganda menyamai rekod musim 1984-1985 di mana mereka muncul juara liga.

Kenny Dalglish yang baru mengambil alih Liverpool kalah dalam kedua-dua perlawanan pertamanya dan berharap pertemuan ahad ini memberi kemenangan pertama buat beliau setelah kembali semula ke Anfield sebagai pengurus setelah 20 tahun mengantikan Roy Hodgson yang dipecat minggu lalu.

Moyes pula menyatakan beliau tidak berasa bimbang bertandang ke Anfield kali ini. “ Jika Kenny yang bermain saya perlu bimbang kerana sebagai pemain beliau seorang pemain yang saya kagumi”. “Sebagai pengurus saya tidak berfikir itu memberi banyak perbezaan – tetapi dia juga seorang pengurus hebat”. Tambah pengurus berbangsa Scotland itu lagi.

Pertembungan Merseyside derby telah menjadi perlawanan yang panas apabila 10 kad merah dilayangkan dalam 12 perlawanan terakhir. Dalam perlawanan musim lalu Everton kehilangan Steven Pienaar dan Liverpool kehilangan Sotirios Kyrgiakos apabila kedua-duanya dilayangkan kad merah.

Pastinya pertemuan dua jiran tetangga ini memberi aksi yang menarik apatah lagi Fernando torres mula mendapat sentuhan pembunuhnya kembali. Bermain di laman sendiri Liverpool tidak rela berputih mata lagi. Tugas sukar menanti mereka apabila kapten, Gerrad digantung kerana kad merah dan Carragher pula masih dalam kecederaan.

Liverpool: Reina, Kelly, Skrtel, Agger, Aurelio, Lucas, Meireles, Johnson, Rodriguez, Kuyt, Torres, Gulacsi, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen, Shelvey, Cole, Ngog, Babel, Jovanovic, Pacheco.

Everton: Howard, Neville, Hibbert, Heitinga, Distin, Baines, Coleman, Pienaar, Osman, Rodwell, Fellaini, Arteta, Bilyaletdinov, Saha, Beckford, Anichebe, Gueye, Baxter, Duffy, Silva, Mucha.

Piala Asia Qatar – Jepun menang tipis

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Friday 14 January 2011 2:48 pm

Perlawanan yang penuh dengan dramatik antara Jepun dan Syria berlangsung di Stadium Suheim Bin Hamad yang disaksikan oleh 10453 penonton. Jepun yang bermain dengan 10 pemain berjaya mengalahkan Syiria 2-1.

Gol pertama Jepun hadir pada minit ke 35 hasil jaringan kapten mereka Makoto Hasebe minit ke 35 untuk memberi kelebihan kepada Jepun pada separuh masa pertama. Gol berpunca dari rembatan Shinji Kagawa yang memaksa penjaga gol Syria membuat tampanan dan bola jatuh ke kaki Daisuke Matsui sebelum beliau membuka peluang kepada Hasebe yang merembat rendah untuk menewaskan penjaga gol Syria, Mosab Balhous.

Perlawanan nyata menarik kerana kedua-duanya perlu menang setelah pada perlawanan pertama Jepun sekadar seri 1-1 sama dengan Jordon manakala Syria pula membuat kejutan ke atas Arab Saudi untuk menang 2-1.

Memasuki separuh masa kedua, permainan mula menjadi semakin menarik dengan aksi tersusun kedua-dua pasukan. Minit ke 71 satu insiden kontroversi berlaku apabila pengadil menghadiahkan penalti kepada Syria apabila penjaga gol Jepun, Kawashima menjatuhkan pemain Syria dan beliau dilayangkan kad merah. Pemain Jepun membuat bantahan kerana penjaga garisan mengangkat bendera kerana pemain Syria dalam kedudukan offside tetapi pengadil tetap dengan keputusannya. Syria menyamakan kedudukan hasil jaringan Firas Alkatib minit ke 76 yang menewaskan Shusaku Nishikawa yang masuk mengantikan Kawashima.

Jepun yang bermain dengan 10 pemain tetap menguasai permainan dengan membuat serangan demi serangan. Hasilnya 10 minit sebelum tamat permainan mereka dihadiahkan sepakan penalti apabila Shinji Okazaki dijatuhkan oleh dua pertahanan Syria. Honda tidak mengsia-siakan peluang untuk memberi tiga mata berharga kepada Jepun. Syria juga terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Nadim Sabag dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan.

Bermain di Stadium Qatar Sports Club itu Jepun terlebih dahulu mendapat peluang pada minit keenam lagi apabila Atsuto Uchida menyilangkan bola kepada Ryoichi Maeda tetapi tandukan pemain Jubilo Iwata itu sedikit tersasar. Syria juga mendapat peluang terbaik apabila gerakan solo Wael Ayan dari sebelah kiri  gagal disudahkan dengan sempurna oleh Muhammad AL Zino.

Syria yang mendominasi minit-minit akhir perlawanan gagal memecah kebuntuan untuk mencari gol penyamaan.

Imbas kembali pemain terbaik FIFA

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Thursday 13 January 2011 11:25 pm

Arenabolasepak.com mengimbas kembali pemenang-pemenang anugerah pemain terbaik FIFA dan anugerah Ballon D’Or semenjak ianya mula diperkenalkan. Anugerah Ballon D’Or mula diperkenalkan oleh Majalah Bolasepak Perancis, France Football pada 1956 dengan legenda Stanley Matthews menerima anugerah pertama. Antara nama besar yang pernah menerima anugerah ini ialah Alfredo Di Stefano, Raymond Kopa, Eusebio, Johan Cruyff, Franz Beckenbauer dan Michel Platini.

Tahun

Ballon d’Or

FIFA-Pemain Terbaik

1956

Stanley Matthews

1957

Alfredo Di Stefano

1958

Raymond Kopa

1959

Alfredo Di Stefano

1960

Luis Suarez

1961

Omar Sivori

1962

Josef Masopust

1963

Lev Yashin

1964

Denis Law

1965

Eusebio

1966

Bobby Charlton

1967

Florian Albert

1968

George Best

1969

Gianni Rivera

1970

Gerd Mueller

1971

Johan Cruyff

1972

Franz Beckenbauer

1973

Johan Cruyff

1974

Johan Cruyff

1975

Oleg Blokhin

1976

Franz Beckenbauer

1977

Allan Simonsen

1978

Kevin Keegan

1979

Kevin Keegan

1980

Karl-Heinz Rummenigge

1981

Karl-Heinz Rummenigge

1982

Paolo Rossi

1983

Michel Platini

1984

Michel Platini

1985

Michel Platini

1986

Igor Belanov

1987

Ruud Gullit

1988

Marco van Basten

1989

Marco van Basten

1990

Lothar Matthaeus

1991

Jean-Pierre Papin

Lothar Matthaeus

1992

Marco van Basten

Marco van Basten

1993

Roberto Baggio

Roberto Baggio

1994

Hristo Stoichkov

Romario

1995

George Weah

George Weah

1996

Matthias Sammer

Ronaldo

1997

Ronaldo

Ronaldo

1998

Zinedine Zidane

Zinedine Zidane

1999

Rivaldo

Rivaldo

2000

Luis Figo

Zinedine Zidane

2001

Michael Owen

Luis Figo

2002

Ronaldo

Ronaldo

2003

Pavel Nedved

Zinedine Zidane

2004

Andriy Shevchenko

Ronaldinho

2005

Ronaldinho

Ronaldinho

2006

Fabio Cannavaro

Fabio Cannavaro

2007

Kaka

Kaka

2008

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo

2009

Lionel Messi

Lionel Messi

2010

Lionel Messi

Lionel Messi

PM rai skuad Harimau Malaya

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 12 January 2011 10:49 pm

Kejayaan skuad Harimau Malaya menjuarai Piala Aff terus dirai sehinga kini. Kejayaan menamatkan penantian selama 14 tahun untuk mengapai piala berprestij rantau Asia Tenggara harus dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu pelbagai ganjaran dihadiahkan kepada pemain-pemain skuad Harimau Malaya. Kejayaan ini juga turut dirai oleh negeri kelahiran pemain apabila turut menyumbang sedikit saguhati kepada mereka sebagai mengenang jasa kerana mengharumkan nama Negara.

Terkini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan wang ganjaran sebanyak RM65,000.00 kepada setiap pemain skuad Piala AFF dalam majlis meraikan kejayaan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di Putrajaya. Hadiah kemenangan ini diagihkan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara (MSN) berjumlah RM5000.00 dan insentif sumbangan kerajaan berjumlah RM10,000.00. Selain itu kesemua mereka juga turut mendapat hadiah berupa tabungan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun

Dalam ucapan beliau dalam majlis tersebut, beliau berharap pemain-pemain muda ini jangan leka dan jadikan kejayaan ini sebagai batu loncatan untuk terus berjaya dimasa depan. Pemain-pemain diingatkan jangan tenggelam dengan kejayaan ini. Beliau mensasarkan kejayaan Malaysia akan berjaya di peringkat lebih tinggi lagi seperti melangkah ke pusingan akhir Olimpik atau Sukan Asia.

Ketua jurulatih Malaysia, K.Rajagobal turut menerima jumlah habuan yang sama kerana berjaya membimbing skuad Harimau Malaya. Beliau juga turut memberi ingatan kepada semua pemain agar jadikan ganjaran ini sebagai satu motivasi untuk terus kekalkan kecermelangan dan terus fokus kepada setiap perlawanan akan datang.

Diharap dengan ganjaran ini akan lebih memberi semangat kepada semua pemain-pemain untuk terus meningkatkan prestasi bagi mencapai sasaran yang lebih jauh lagi. Kejayaan menjulang Piala AFF ini hanyalah satu permulaan kebangkitan bolasepak Malaysia.

« Previous PageNext Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz