
Dua perlawanan akan berlangsung awal pagi nanti. Chelsea akan bertandang ke København, kelab dari Dernmark. Bekas pemain Chelsea, Jesper Grønkjær berkata, sesuatu yang istimewa untuk menentang kelab dari London itu dan yakin juara Denmark itu boleh mengatasi mereka.

FCK menjadi kelab pertama dari Denmark melepasi fasa kumpulan apabila menewaskan Panathinaikos FC 3-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan. Grønkjær, merupakan bekas pemain Chelsea untuk musim 2000 hingga 2004 dan kenangan menarik di Stamford Briedge masih terpahat dalam pemain berusia 33 tahun itu. Ditanya dengan undian bertemu bekas kelabnya, beliau melahirkan perasaan bercampur-campur dan teruja bagi menghadapi bekas kelab lamanya itu.
“ Bagai mimpi menjadi nyata untuk kembali ke England. Kami selalu menonton Premier League setiap sabtu di Denmark dan setiap orang pasti ingin ke Premier League”. Katanya.

Dalam satu lagi perlawanan awal pagi nanti, dua seteru utama dalam kancah Liga Juara-Juara, Real Madrid akan sekali lagi bertemu dengan seteru utama mereka Lyon. Real yang sentiasa gagal menewaskan Lyon berharap dapat menamatkan badi kekalahan tersebut. Rekod pertemuan selalunya memihak kepada kelab dari Perancis itu dan Real kalah dalam tiga pertemuan terakhir di Lyon termasuk saingan peringkat 16 pasukan tahun lalu. Dalam pertemuan itu Lyon menang di Stade de Gerland 1-0 dan mereka seri satu sama di Santiago Bernabéu.
Pemain pertahanan Real, Carvalho akan turun membantu kelab itu melepasi pusingan KO ini. “ Kami tahu akan kepentingan perlawanan ini untuk kelab dan pemain” kata pemain berusia 32 tahun dari Portugal itu. “ Kami akan cuba menjaringkan gol dan dapatkan keputusan yang sebaik mungkin sebelum aksi timbal balik nanti”.
Carvalho sekurang-kurangnya tahu bagaimana untuk menewaskan Lyon kerana beliau pernah membantu FC Porto dalam perlawanan suku akhir musim 2003/2004 juga dibawah pimpinan Mourinho dimana Porto menjulang piala berprestij itu. “ Ianya masih saat terindah dalam karier saya”. Tambahnya lagi.