Ronaldo umum persaraan
Bekas pemenang tiga kali pemain terbaik FIFA, Ronaldo mengumumkan akan bersara dari arena bolasepak setelah sering mengalami kecederaan dan bergelut dengan kecergasan. Selepas melalui karier yang panjang menerusi Cruzeiro, PSV Eindhoven, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, AC Milan, dan Corinthians, pemain kelahiran Brazil yang berusia 34 tahun itu memutuskan untuk menamatkan kariernya sebagai pemain bolasepak.
Pemain legenda ini memegang rekod sebagai penjaring terbanyak kejohanan piala dunia dengan 15 gol dan hampir kesemua piala sudah berada dalam kabinetnya. Ronaldo memenangi tiga kali pemain terbaik dunia, dua kali Ballon D’Or, anugerah kasut emas Eropah, dua kejuaraan la Liga dan dua kejohanan Copa Americas. Namun demikian hanya satu gelaran yang beliau gagal untuk julang sebagai pemain paling berjaya ialah kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun bermain dengan kelab-kelab ternama.
Ronaldo bergelut dalam kecederaan hampir sepanjang kariernya namun jaringan beliau bersama Brazil sukar diatasi dengan 62 gol dalam 97 penampilan dan 247 gol untuk kelab yang pernah beliau beraksi. Walaupun bergelut dengan kecergasan dan berat badan yang meningkat beliau masih mampu menjaringkan 18 gol dalam 31 perlawanan untuk Corinthians.
Beliau melangkah keluar dari arena bolasepak sebagai seorang legenda yang sukar diganti. Perjalanan gemilang beliau berakhir di Corinthians.
1 Comment »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI





So Ronaldo, one of the best strikers of my time has retired today. If it werent for his injuries, his legacy would be ridiculous. R9 = Elite