Malaysia dapat laluan ‘mudah’

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 31 March 2011 11:31 am

Undian perlawanan pasukan ‘Piala Dunia’ memberi sedikit kelegaan buat pasukana negara apabila diundi Taiwan dalam pusingan pertama kelayakan piala dunia zon Asia. Perlawanan itu dijadualkan akan berlangsung pada 29 Jun dan 3 Julai nanti. Jika Malaysia berjaya melepasi halangan ini pasukan Singapura pula akan menanti pada halangan berikutnya pada 23 dan  28 Julai.

Jurulatih skuad piala dunia Malaysia, K Rajagobal berpuashati dan gembira dengan undian yang dibuat tetapi tetap berhati-hati dan mengingatkan semua ianya tetap tidak mudah menentang pasukan Taiwan yang berada diranking 147 berbanding Malaysia yang kini naik kepada 138. Undian yang dibuat di ibu peajabat AFC itu turut menyaksikan pasukan Olimpik Malaysia juga mendapat bonus awal apabila diundi menentang Lubnan.

Skuad Harimau Muda akan menentang Lubnan yang dijadualkan pada 19 Jun ini.

Undian penuh zon Asia bagi kelayakan Piala Dunia Brazil 2014:

Round 1
Malaysia v Chinese Taipei
Bangladesh v Pakistan
Cambodia v Laos
Sri Lanka v Philippines
Afghanistan v Palestine
Vietnam v Macau
Nepal v Timor Leste
Mongolia v Myanmar

Round 2
Thailand v Afghanistan or Palestine
Lebanon v Bangladesh or Pakistan
China v Cambodia or Laos
Turkmenistan v Indonesia
Kuwait v Sri Lanka or Philippines
Oman v Mongolia or Myanmar
Saudi Arabia v Hong Kong
Iran v Maldives
Syria v Tajikistan
Qatar v Vietnam or Macau
Iraq v Yemen
Singapore v Malaysia or Chinese Taipei
Uzbekistan v Kyrgyzstan
UAE v India
Jordan v Nepal or Timor Leste

First leg, July 23
Second leg, July 28

Round 3
September 2, September 6, October 11, November 11, November 15, 2011 and February 29, 2012

Round 4
June 3, June 8, June 12, September 11, October 16, November 14, 2012, March 26, June 4, June 11, June 18, 2013

Round 5 (AFC playoff)
September 6 and September 10, 2013

Round 6 (Inter-continental playoff)
October 15 and November 19, 2013 (dates to be confirmed by FIFA)

Ronaldinho baru?

Posted by admin | Video Bolasepak | Wednesday 30 March 2011 3:53 pm

Perlawanan persahabatan England Ghana

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 30 March 2011 11:36 am

Penyerang baru Liverpool, Andy carrol menjaringkan gol pertama antarabangsa beliau apabila membantu England mencatatkan keputusan seri satu sama dengan Ghana dalam aksi perlawanan antarabangsa semalam. Carrol, penyerang termahal dari British menjaringkan gol minit ke 43 namun gol minit ke 90 dari Gyan menafikan kemenangan England ke atas Ghana.

Pengurus England, Fabio Capello merehatkan hampir kesemua pemain yang menewaskan Wales minggu lalu dan memberi muka baru bagi mencari kesesuaian dan ianya tidak menghampakan dan berjaya menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan tindakan beliau itu. England hampir mencatat kemenangan walaupun dibarisi pemain-pemain baru itu namun Black Stars berjaya menyamakan kedudukan saat-saat akhir.

Perlawanan yang dilangsungkan di Wembley itu dijadikan Fabio Capello sebagai medan ujian untuk mencari keserasian antara pemain.

Lain-lain keputusan perlawanan persahabatan:

Keputusan Kelayakan Euro 2012

Posted by admin | EUFA EURO 2012 | Wednesday 30 March 2011 11:17 am

Kedudukan pasukan Euro 2012

Posted by admin | EUFA EURO 2012 | Tuesday 29 March 2011 1:40 pm

Malaysia ikat ‘Perancis’

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 26 March 2011 11:06 pm

Malaysia Berjaya mengikat Etoile FC dengan keputusan satu sama, satu keputusan yang boleh dibanggakan. Menentang pasukan dari perancis yang rata-rata bertubuh tegap dan mempunyai kemahiran yang tinggi itu sedikit sebanyak memberikan satu pengajaran yang berguna buat Malaysia untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi nanti.

Malaysia tidak tenggelam punca menentang pasukan yang bermain di Liga S ini malahan mendahului Etoile FC melalui tandukan tajam Ahmad Fakri minit ke 6 lagi. Namun demikian aksi perlawanan persahabatan malam ini banyak dikuasai oleh pasukan Etoile FC yang sering mengasak ke kubu Malaysia. Ketangkasan Fahmi dan nasib tidak menyebelahi mereka apabila dua kali tandukan penyerang Etoile, Toto  terkena palang.

Etoile sekali lagi nyaris menyamakan kedudukan apabila tandukan ke belakang Ahmad Muslim kepada Khairul Fahmi disambar penyerang Etoile tapi bola tersasar di sisi pintu gol Malaysia.

Minit ke 33 Etoile nyaris mendapat gol sekali lagi apabila sepakan penjuru yang diambil Karim Boudjema terus menuju kearah pintu gol dan sekali lagi Fahmi dapat membaca untuk menumbuk bola keluar.

Memasuki babak kedua, khairul Fahmi dibawa keluar dan Sharbinee Alwi masuk menjaga gawang Malaysia. Nyata Sharbinee bertindak cemerlang apabila bertindak baik dengan melayangkan badan dalam keadaan bola sudah seakan-akan masuk.

Minit ke 61 Etoile FC akhirnya Berjaya menembusi gawang Malaysia melalui gerakan cantik Hisham Bouchemlat dan melepaskan rembatan mengelirukan untuk menewaskan Sharbinee. Namun demikian pujian harus diberi kepada Sharbinee yang banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia dari terus dibolosi.

Rizal Fahmi dibawa masuk pada minit ke 76 mengantikan Aidil untuk mengecapi cap pertama beliau bersama  skuad kebangsaan. Ashaari Shamsuddin nyaris memberikan gol kemenangan Malaysia melalui rembatan deras dari luar kotak penalti namun sempat ditepis penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

Secara keseluruhannya Malaysia bermain agak baik dengan hantaran-hantaran pendek dan juga serangan balas menarik dan berbahaya. Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi bermain baik malam ini bagi membuka ruang dan mengkucar-kacirkan pertahanan Etoile FC.

Hasil kutipan tiket dari perlawanan ini akan didermakan kepada mangsa bencana alam di Jepun.

Berita ringkas Arenabolasepak

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 23 March 2011 10:48 pm

- Legenda Brazil, Ronaldo kini menjadi ejen kepada bakat-bakat baru Brazil melalui syarikatnya ‘9ine’

- Penyerang Parma berusia 35 tahun, Herman Crespo menyatakan ada beberapa kelab masih berminat dengannya, namun buat masa sekarang tidak berminat untuk berpindah.

- Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan, bakal berehat tiga minggu

- Lionel Messi menerima bayaran tertinggi dengan €31 juta setahun dan jurulatih real, Mourinho terima bayaran tertinggi selaku jurulatih dengan pendapatan €13.5 juta setahun.

- Messi sempat bertemu timbalan presiden AC Milan Adriano Galliani dalam lawatan komersial namun ianya bukan mengenai perpindahan ke Milan. “ Saya akan habiskan karier di sini dan mungkin di Argentina”. Messi, ungkapan itu menafikan perpindahan itu.

- Ronaldo, bekas penyerang Real, Barcelona dan legenda dari Brazil itu berkata beliau lebih sukakan Real Madrid dari Barcelona dan Mourinho dari Pep Guardiola.

Ronaldo cedera, terlepas aksi menentang Spurs

Posted by admin | Spanish La Liga | Wednesday 23 March 2011 10:20 pm

Real Madrid menerima khabar kurang gembira apabila pemain termahal mereka, Cristiano Ronaldo disahkan mengalami kecederaan dan terpaksa berehat sehingga tiga minggu. Ronaldo mengalami kecederaan ketika membantu Real Madrid menewaskan jiran tetangga mereka, Athletico Madrid 2-1. Kecederaan ini memungkinkan Ronaldo terlepas peluang untuk menentang Spurs dalam aksi liga juara-juara nanti.

Ronaldo disahkan mengalami kecederaan betis setelah membuat imbasan di Sanitas Hospital. Beliau juga mungkin akan terlepas peluang aksi persahabatan antarabangsa menentang Chile dan Finland dan mungkin menentang Sporting Gijon dalam aksi La-Liga.

Namun apa yang membimbangkan jurulatih Real, Mourinho dengan ketiadaan Ronaldo ialah perlawanan menentang Tottenham pada 5 April ini.

Berita ringkas

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Sunday 20 March 2011 12:24 pm

EPL – Manchester United kukuhkan cengkaman. Menang 1-0 ke atas Bolton sementara itu pencabar terdekat, Arsenal sekadar seri dua sama dengan West Brom.

Chelsea harapkan Torres menjadi mala mini bagi membantu mereka tewaskan Manchester City.

Bale menyambung kontraknya selama empat tahun setengah dengan Spurs.

Bekas penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann selesaikan urusan untuk kembali ke pangkuan The Gunners sehingga berakhir musim ini.

La Liga – Barcelona juga terus mendominasi carta apabila menang tipis ke atas Getafe 2-1 manakala Real Madrid terus mengekori rapat apabila menewaskan Atheltico Madrid juga 2-1.

Penyerang Sevilla, Luis Fabiona menandatangani kontrak empat tahun bersama Sao Paulo dengan yuran perpindahan €7.6 juta.

Penyerang Spurs, van Der Vart mengatakan impiannya untuk menentang bekas kelab lamanya, Real Madrid termakbul.

Bundesliga – Borussia Dortmund terus mengepalai liga walaupun sekadar seri dengan FSV Mainz 05

Keputusan Piala FA 19 Mac 2011

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Saturday 19 March 2011 11:15 pm

Pasukan yang layak ke separuh akhir: Pahang, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Keputusan penuh: (Keputusan perlawanan pertama dalam kurungan). Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung pada 13 Mei 2011.

Pahang vs Terengganu

Selangor vs Pahang

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz