Liga Juara-Juara – MU terlalu kuat untuk Schalke04

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 27 April 2011 1:52 pm

Pertembungan pendahulu liga Inggeris, Manchester United dengan Schalke04 di Jerman didominasi sepenuhnya oleh kelab dari EPL itu. Bermain di gelanggang Schalke, Manchester membuka tirai jaringan melalui sentuhan ‘orang lama’ Ryan Giggs minit ke 67. Dua minit kemudian Rooney mengukuhkan kedudukan menjadi 2-0 minit ke 69.

Keputusan itu memberi peluang cerah untuk Red Devils melangkah ke perlawanan akhir di Wembley setelah tugas mudah menanti mereka dalam perlawanan di Old Trafford nanti.

Dua gol United itu dihasilkan dalam situasi yang hampir serupa dimana Giggs dan Rooney bijak membuat larian untuk menewaskan pertahanan Schalke. Namun demikian United seharusnya lebih banyak mencetak gol dalam perlawanan tersebut tetapi deretan peluang gagal menerjah jaring.

Manchester berpeluang cerah untuk melangkah ke final buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun jika berjaya menyekat kebangkitan Schalke dalam pertemuan kedua di Old Trafford nanti. Penjaga gol Schalke, Manuel Neuer menyelamatkan sekurang-kurangnya lima peluang terbaik Manchester sebelum tewas kepada dua gol Rooney dan Giggs.

La Liga – Kedudukan 24 April 2011

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 25 April 2011 1:41 pm

Arsenal sudah boleh lupakan takhta liga

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 25 April 2011 1:35 pm

Secara logiknya Arsenal sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga apabila sekali lagi gagal meraih mata setelah tewas kepada Bolton 2-1. Dengan kedudukan Manchester United yang mendahului dengan sembilan mata adalah agak mustahil Arsenal untuk merampas takhta liga yang kini diterajui United dengan 74 mata diikuti oleh Chelsea 67 mata. Baki perlawanan liga hanya tinggal empat perlawanan lagi. Satu-satunya pasukan yang boleh mengugat Manchester hanyalah Chelsea kini.

Dalam perlawanan itu Arsenal terpaksa berputih mata dengan jaringan minit ke 90 Tamir Cohen. Pemain dari Israel itu menanduk masuk gol kemenangan melepasi jangkauan Wojciech Szczesny yang kemudiannya membuka baju yang mempamerkan gambar mendiang ayahnya yang meninggal akibat kemalangan motosikal Disember lalu.

Bolton mendahului Arsenal melalui jaringan Sturridge yang dipinjam dari Chelsea minit ke 37 sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke 48. Bolton boleh menambah jaringan namun Kevin Davies gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Copa Del Rey – Real Madrid calar ego Barcelona

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 21 April 2011 10:32 am

Real Madrid akhirnya menghapuskan badi tanpa menang ke atas musuh setempat, Barcelona dalam aksi final Piala Raja Sepanyol. Ternyata elemen tuah disebalik aksi yang serba tidak menjadi memberikan kemenangan berharga kepada anak buah Mourinho yang sepanjang 90 minit diperkotak katikkan oleh Barcelona. Namun 90 minit itu mereka mampu bertahan disebalik kekebalan Cassilas menjaga gawangnya dari dibolosi.

Aksi sempurna, hantaran kemas dan cantik, deretan peluang nyata belum menjamin kemenangan buat Barcelona. Ternyata perlawanan akhir awal pagi tadi dikuasai penuh oleh pemain-pemain Barcelona yang bermain mudah untuk memeningkan anak buah Mourinho. Deretan peluang gagal disudahkan dan hasilnya mereka yang meratap sendiri tewas kali pertama kepada Real Madrid dan juga terlepas piala tersebut.

Madrid yang menyaksikan pemain-pemain mereka banyak berlari dan mengejar bola lebih bernasib baik apabila memasuki masa tambahan mereka meningkatkan aksi dan berjaya menghasilkan beberapa peluang keemasan terutamanya sepakan Di Maria yang di tepis penjaga gol Barcelona, Pinto. Kebuntuan gol akhirnya terlerai apabila Ronaldo menanduk cantik bola hantaran silang Di Maria minit ke 102. Selepas itu Real sekali lagi berupaya menghasilkan gol apabila gerakan cantik Adebayor berjaya melepasi benteng Barcelona namun rembatannya ditepis Pinto. Bola yang melantun kepada Ronaldo juga gagal disempurnakan oleh beliau.

Ternyata sikap ‘bersabar’ pemain-pemain Real dalam aksi tersebut membuahkan hasil yang begitu lumayan apabila mereka merangkul piala pertama semenjak 2008.

Namun demikian, Presiden Barcelona Sandro Rosell percaya pasukannya masih boleh berbangga dengan aksi menarik mereka Cuma nasib yang tidak menyebelahi. Real Madrid dan Barcelona akan bertemu lagi dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Liga Super Malaysia – Keputusan 19 April 2011

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 20 April 2011 10:14 am

gambar:bh online.

Selangor terus menghuni persada Liga Super Malaysia setelah menewaskan Sabah 1-0. Gol minit ke 71 itu hasil jaringan Azidan melalui sepakan percuma. Syed Adney melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas rembatan Azidan dan bola meleret masuk melepasi garisan gol.

Namun demikian aksi kedua-dua pasukan begitu hambar dan membosankan dengan bola kerapkali hilang dari kawalan pemain. Hantaran yang serba tidak menjadi dipamerkan oleh kedua-dua pasukan ditambah dengan tempo permainan yang perlahan semenjak sepak mula.

Pastinya aksi sebegitu menimbulkan rasa tidak puas hati penonton seluruh Malaysia ketika kita  dalam laluan memperkasa mutu bolasepak tanahair. Alasan keletihan adalah sesuatu yang tidak boleh digunapakai kepada pemain professional.

Lain-lain keputusan perlawanan:

El Clasico – Penuh dengan drama

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 17 April 2011 11:16 am

Satu daripada empat perlawanan El Clasico menceritakan segalanya: Bolasepak terbaik, kontorversi, emosi, keghairahan dan dua penalty. Pertembungan gaya permainan berbeza di Bernabeu, Real Madrid dengan disiplin teguh menentang Barcelona yang tampil dengan gaya ‘touch football nya.’

Disebalik dominasi Barcelona sepanjang 90minit perlawanan, Real Madrid bangkit untuk meraih satu mata setelah berjaya mengikat Barcelona dengan keputusan satu sama. Bermain 10 pemain setelah Raul Albiol dibuang padang minit ke 52 Real bangkit menyamakan kedudukan minit ke 82 hasil sepakan penalty Ronaldo.

Dalam aksi di Barnebeu itu, Barcelona menunjukkan penguasaan sepanjang perlawanan dan hasilnya mereka dihadiahkan sepakan penalti minit ke 52 setelah Raul Albiol menjatuhkan David Villa dan Albiol juga diperintahkan keluar padang untuk menambahkan duka Real Madrid. Messi mudah menewaskan Casillas.

Walaupun aksi perlawanan dikuasai Barcelona namun Real Madrid lebih berbahaya didepan pintu gol. Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang dan sebelum itu tandukan beliau diselamatkan atas garisan oleh pertahanan Barcelona, Adriano dimana Valdes sudah pun tertewas. Barcelona juga nyaris mendapatkan gol awal apabila Messi bijak melepasi pertahanan dan bola lambungan beliau dapat dibaca oleh Cassilas.

Sami Khedira terlepas peluang minit-minit akhir apabila rembatan beliau diselamatkan Valdes. Villa juga nyaris memberikan gol kemenangan untuk Barcelona tetapi sepakan beliau terkena palang.

Real Madrid dan Barcelona masih ada tiga lagi perlawanan perlu ditempuh sesama mereka dalam tiga minggu ini. Jika dilihat dalam aksi awal pagi tadi Barcelona dilihat berpeluang cerah untuk merangkul Copa del Ray dan juga menewaskan Real dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Rekod pertemuan lalu:

Ringkas – FA Cup England, MC 1 – MU 0

Posted by admin | Uncategorized | Sunday 17 April 2011 11:14 am

Liga Juara-Juara – Real, Schalke ke separuh akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 14 April 2011 11:53 am

FC Schalke 04 2-1 FC Internazionale Milano (agg: 7-3)

Impian juara bertahan, Inter Milan untuk menafikan kelebihan 5-2 Schalke04 tidak kesampaian apabila kelab dari Itali itu tumbang 2-1. Raul menjaringkan gol menarik minit ke 45 untuk meranapkan sisa-sia perjuangan Inter sebelum Motta menyamakan kedudukan minit ke 49 melalui tindakan susulan dari tandukan Lucio. Howedes menutup terus pintu kelayakan buat Inter Milan apabila rembatan deras beliau menerjah gawang.

Raul yang berpindah dari Real Madrid dua musim lalu terus memukau dengan aksi penyudah tajamnya yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Inter Milan sebelum membuat gerakan mengelirukan memperdaya penjaga gol Inter Julio Cesar. Gol tersebut merupakan gol ke 71 beliau dalam kancah Liga Juara-Juara. Schalke04 bakal bertemu Manchester United di separuh akhir dalam memburu kegemilangan kelab dari Jerman itu. Tugas yang sukar buat mereka apabila bertemu pendahulu liga Inggeris yang berada dikemuncak prestasi itu namun mereka telah membuktikan yang segala fantasi boleh menjadi realiti.

Tottenham Hotspur FC 0-1 Real Madrid CF (agg: 0-5)

Satu lagi aksi, Spurs menerima nasib yang serupa dengan Inter Milan apabila mereka juga tewas di laman sendiri 1-0 hasil rembatan padu jarak jauh bintang Portugal, Ronaldo minit ke 50. Rembatan itu sepatutnya tidak menghasilkan gol namun kesilapan penjaga gol mereka, Gomez menghadiahkan real kemenangan di White Hart Lane. Sebenarnya jika dilihat dari segi kelebihan 4-0 Real, Spurs sudah sepatutnya boleh melupakan impian mereka untuk melangkah ke separuh akhir. Namun demikian, pemain sayap mereka, Bale tetap berbangga dengan pencapaian mereka dalam aksi pertama mereka di Liga Juara-Juara.

Real Madrid bakal melayan musuh tradisi di La-Liga, Barcelona yang menjadi tugasan sukar buat anak buah Mourinho apatah lagi mereka tumpas pada aksi liga musim ini kepada kelab catalan itu. Disamping perebutan liga, Real-Barcelona juga bakal bertemu dalam aksi final Copa del Ray.

Liga Juara-Juara – Barcelona, MU ke separuh akhir

Posted by admin | Uncategorized | Wednesday 13 April 2011 1:25 pm

Manchester United FC 2-1 Chelsea FC (agg: 3-1)

Gol di setiap babak oleh Javier Hernández dan Park Ji-Sung memberikan United tiket ke separuh akhir buat kali keempat dalam lima musim. Gol Hernandez minit ke 43 dan Park 77 memadamkan impian Chelsea untuk meraih trofi berprestij itu. Gol saguhati Chelsea dijaringkan oleh Drogba juga minit ke 77 dan belum cukup untuk menafikan United layak ke separuh akhir dengan aggregat 3-1.

Malang mula menimpa Chelsea apabila ramires diperintah keluar padang apabila mendapat kad kuning kedua minit ke 70.

FC Shakhtar Donetsk 0-1 FC Barcelona (agg: 1-6)

Messi terus memukau dalam perlawanan di Donbass Arena apabila menjaringkan gol menarik minit ke 43 untuk memberikan Barcelona layak ke separuh akhir dengan aggregat 6-1. Pasukan yang menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah pemenang antara Spurs dan Real Madrid. Madrid kelihatan berpeluang cerah setelah mendahului dengan aggregat 4-0.

Liga Super Malaysia – Keputusan 09 April 2011

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Sunday 10 April 2011 10:57 am

Kedudukan liga selepas 10 perlawanan

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz