
Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi tentang kehebatan Barcelona musim ini. Memperagakan aksi bolasepak menarik dan mudah untuk memperkotak katikkan Manchester United di Wembley. Kekalahan final 2008 gagal ditebus Manchester United.
Messi terus memukau dengan aksi licik apabila mudah melepasi halangan pertahanan MU dan selalu membuat larian dan hantaran berbahaya dan beliau sendiri menjaringkan gol cantik menewaskan van der Sar yang belum melepaskan sebarang gol dalam aksi di tempat lawan kempem musim ini. Perlawanan terakhir ini mungkin menjadi hadiah perpisahan yang sukar diterima oleh penjaga gol Manchester United Erwin van Der Sar yang akan bersara selepas perlawanan semalam.
Barcelona membuka jaringan melalui Pedro minit ke 27 melalui sepakan mengelirukan untuk menwask van Der Sar kesebelah kiri gawang. Pertahanan MU sekali lagi dihukum oleh kelicikan Messiyang membuat rembatan leret minit ke 54. Sebelum itu Rooney menjaringkan gol buat Manchester United pada minit ke 34 melalui gerakan cantik bersama Giggs.
Gol ketiga Barca hadir pada minit ke 69 melalui sepakan melencong menarik dari David Villa yang terus menutup kebangkitan yang cuba dijelmakan MU. Ternyata Barca terlalu ‘hot’ buat pasukan seperti Manchester United. Sehingga kini gaya permainan Barcelona tiada pasukan lain yang mampu untuk mengekang mereka.
Barcelona merangkul kejuaraan keempat di stadium sama bilamana mereka menjuarainya buat kali pertama tahun 1992. Barcelona merangkul hadiah kejuaraan €9 juta manakala MU merangkul €5.6 juta. Dalam perlawanan akhir itu, Lionel Messi merangkul pemain terbaik.
