Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 30 June 2011 10:24 am
Ringkas: Real Madrid menandatangani bekas pertahanan Lens, Raphael Varane dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan. Pemain bawah 21 tahun itu akan bermain untuk Real Madrid sehingga 2017 mengikut kontrak yang dinyatakan.
Varane menjadi pemain keempat yang mengikat kontrak dengan gergasi Sepanyol itu untuk musim depan selepas Nuri Sahin, Hamit Altintop dan Jose Maria Callejon.
Zinedine Zidane memuji Varane dengan menyatakan beliau mempunyai persamaan dengan bekas pertahanan Perancis, Laurent Blanc.
Kata benteng negara ‘tidur’ pada separuh masa kedua temui Taiwan
LEGA tetapi kecewa. Itu reaksi ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia yang menyaksikan skuad negara menang 2-1 ke atas Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
“Selepas mendahului dua gol, barisan pertahanan ‘tidur’ sehingga membolehkan Taiwan memperoleh gol di tempat lawan,” kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan malam tadi. “Kita sepatutnya mendapat dua gol lagi pada babak kedua menerusi Baddrol Bakhtiar tetapi gagal disempurnakan. Sebaliknya kita membiarkan lawan mengasak dan mendapat bekalan satu gol di tempat lawan.
“Saya jangkakan perlawanan di Taiwan Ahad ini akan lebih sengit dan saya tetap yakin pemain kita akan berusaha lebih keras memastikan kemenangan pusingan ini. Walaupun kemenangan ini tipis, ia tetap satu kemenangan dan kita mempunyai kelebihan apabila bertandang ke sana.”
Secara keseluruhan, Rajagobal berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang berehat panjang selepas kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki tujuh bulan lalu. “Ini permulaan baik buat skuad negara dan saya optimis dengan peluang kita pada pusingan awal ini.”
Sementara itu, jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung mengakui kehebatan anak buah Rajagobal dan bertekad mahu menebus kekalahan malam tadi dalam pertemuan timbal balik di laman sendiri nanti.
“Jelas pasukan Malaysia lebih baik berbanding kami,” kata Chih-Tsung. “Kami terpaksa bertahan pada malam ini (malam tadi) walaupun kelebihan pasukan ini ialah permainan menyerang.
“Kami benar-benar mahu memenangi pusingan kelayakan ini dan saya pasti apabila di Taiwan nanti, kami berupaya mempamerkan permainan sebenar untuk mencapai sasaran. Sekurang-kurangnya matlamat awal mendapat gol di sini sudah tercapai.”
SINGAPURA: Pemain sayap Manchester United, Nani menegaskan dia ‘tidak akan ke mana-mana’ walaupun dengan kehadiran pemain antarabangsa England, Ashley Young ke Old Trafford.
Pemain Portugal berusia 24 tahun itu berkata dia akan bekerja keras mencari tempat dalam kesebelasan pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas Young berpindah ke kelab berkenaan dengan nilai AS$25 (RM75 juta), minggu lalu.
“Sudah pasti saya tidak akan ke mana-mana,” kata Nani kepada akhbar Straits Times semasa lawatan ke Singapura. “Saingan mencari tempat dalam pasukan akan bertambah hebat dan dengan kelab seperti United anda harus lebih waspada dan dahagakan lebih banyak trofi.”
Kehadiran Young sudah mencetus spekulasi mengenai masa depan Nani selepas dia dikaitkan dengan Real Madrid dan Inter Milan.
Pemain lincah itu berkata dia belum berbincang mengenai peranannya bagi musim baru dengan pengurus pasukan, Alex Ferguson yang kini dalam proses membina pasukan selepas tewas kepada Barcelona 3-1 dalam final Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.
“United mengerti apa yang baik untuk pasukan selepas mereka mendapatkan tandatangan Young,” kata Nani.
“KAMI sudah bersedia dari segi mental dan fizikal!”
Itu keyakinan dilaungkan kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir menentang Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. “Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.
“Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”
Ketua pasukan Taiwan, Chen Yu Lian pula mengharapkan perlawanan nanti menjadi yang terbaik untuk mereka selepas gigih berlatih sekian lama.
“Misi kami ke Kuala Lumpur adalah untuk membawa pulang tiga mata sebelum membuat penentuan di laman sendiri Ahad ini,” kata bek kiri pasukan.
Safiq juga berharap beberapa pemain skuad Olimpik yang turut mengisi skuad senior untuk pusingan kelayakan ini dapat mengulangi persembahan cemerlang seperti ketika menewaskan Lubnan 23 Jun lalu.
“Saya dan rakan sepasukan berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk terus meletak negara di landasan kemenangan,” kata Safiq.
“Semangat kami cukup tinggi terutama apabila beraksi di depan penyokong sendiri.
“Kemenangan esok (malam ini) pasti memberi nafas baru baru buat bola sepak negara, terutama selepas skuad Olimpik turut cemerlang melakar kejayaan ke peringkat kelayakan terakhir.
“Kami akan cuba mencari bekal selesa sebelum bertandang ke Taiwan untuk perlawanan kedua Ahad ini.”
Kelantan selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan liga pertama selepas pasukan bimbingan Dato Karathu itu berjaya menewaskan Perak 1-0. Gol sumbangan Norshahrul Idlan Talaha itu memberikan mata berharga bagi merealisasikan impian pasukan The Red Warriors itu setelah gagal merangkul gelaran pertama Piala FA lalu.
Perlawanan terakhir bertemu Sabah akan menentukan adakah skuad dari Pantai Timur itu bakal dinobatkan juara baru liga bolasepak tempatan. Satu mata mungkin sudah mengcukupi memandangkan mereka mempunyai perbezaan jaringan yang agak besar.
Dalam perlawanan malam tadi, Norshahrul Idlan gagal menyempurnakan penalty namun beliau akhirnya berjaya menebus kesilapan itu apabila membuat rembatan separa volley untuk menewaskan penjaga gol Perak pada minit ke 53. Daudsu memainkan peranan dalam gol tersebut apabila membuat hantaran cantik kepada Norshahrul.
Keletihan jelas terpancar pada aksi skuad Kijang apabila menampilkan aksi yang sederhana saja namun demikian masih berjaya mengusai perlawanan dengan menyaksikan banyak peluang terbaik dilepaskan begitu saja. Penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan tidak banyak diuji dalam perlawanan tersebut.
Sementara itu Selangor dan Terengganu terus memberi tekanan kepada Kelantan apabila masing-masing turut mencatat kemenangan penting ke atas lawan masing semalam.
Perlawanan terakhir liga akan dilangsungkan pada 6 Julai nanti.
Kemenangan bergaya 3-0 ke atas musuh sejiran, Terengganu memberikan kedudukan kukuh untuk Kelantan merangkul kejuaraan liga pertama. Berbaki dua perlawanan kelantan perlu meraih kemenangan bagi baki perlawanan tertbabit yang melibatkan pertemuan dengan Perak di gelanggang sendiri dan Sabah di tempat lawan.
Pada perlawanan malam tadi kedua-dua pasukan bermain menampilkan aksi bertenaga sebelum pasukan pelawat memecah kebuntuan minit kelapan apabila lorongan Mohd Daudsu mudah disudahkan oleh Izwan SOlahuddin.
Kesilapan penjaga gol Terengganu yang meluru keluar memberikan gol kedua buat Kelantan apabila Norshahrul Idlan Talaha mudah menolak masuk ke gawang Terengganu yang tidak dikawal. Keghairahan Terengganu mencari gol saguhati memakan diri apabila serangan balas dari kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi membuat lorongan jauh untuk Norshahrul sekali lagi menyudahkan gerakan untuk gol Kelantan minit ke 90.
Kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi pada perlawanan akhir Piala Fa 2011 pada 11 Jun 2011 nanti.
Sementara itu Selangor berpesta gol membelasah Perlis 7-1 untuk memintas kedudukan Terengganu ditangga kedua liga.