Hero Malaysia putus tunang

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 31 July 2011 2:27 pm

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

  • Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006
  • Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super
  • Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki
  • Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.
  • Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini
  • Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya
  • sumber: hmetro online
  • Maafkan saya: Khairul

    Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 30 July 2011 7:10 pm

    AKSI Khairul Fahmi Che Mat yang tersandar di tiang gol sejurus wisel penamat ditiupkan membuktikan betapa kecewanya penjaga gol itu.

    Selepas tangkas menafikan pelbagai ancaman dari setiap sudut, akhirnya pemain naturalisasi Singapura, Shi Jiayi membolosi gawangnya pada minit ke-71, sekali gus menyaksikan harapan Harimau Malaya yang pada mulanya kembali menyala selepas gol Safee Sali pada minit ke-57, mula padam.

    AKSI Khairul Fahmi Che Mat yang tersandar di tiang gol sejurus wisel penamat ditiupkan membuktikan betapa kecewanya penjaga gol itu.

    Selepas tangkas menafikan pelbagai ancaman dari setiap sudut, akhirnya pemain naturalisasi Singapura, Shi Jiayi membolosi gawangnya pada minit ke-71, sekali gus menyaksikan harapan Harimau Malaya yang pada mulanya kembali menyala selepas gol Safee Sali pada minit ke-57, mula padam.

    “Saya minta maaf kerana gagal menghalang jaringan itu, apalagi tugas menghalang bola daripada memasuki gawang sukar kerana hanya berdepan satu dengan satu pemain lawan itu. Saya akui jaringan itu menyentap terus semangat pasukan yang sedang ghairah memburu gol kedua,” katanya.

    Sebelum jaringan itu, Safee yang mengambil alih tugas kapten daripada Safiq Rahim yang digantung perlawanan, menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila melepaskan rembatan padu untuk meletakkan Malaysia di depan, sekali gus hanya perlu memburu satu gol lagi untuk menyamakan kedudukan agregat.

    Namun semuanya musnah selepas gawang Khairul yang lebih mesra dengan panggilan ‘Apek’ dibocori lawan yang mengikat kedudukan 1-1 dan agregat 4-6.

    “Saya tidak mahu menyalahkan benteng pertahanan kerana semua pemain sudah bekerja keras dan bersemangat untuk menewaskan lawan. Apalagi, kami mahu membalas semula sokongan penyokong yang memenuhi setiap tempat duduk.
    “Nampaknya tuah tidak bersama kami,” katanya yang diturunkan semula selepas tidak beraksi dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar ketika skuad negara tewas 3-5.

    sumber: bharian online

    Peminat harapkan perubahan

    Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Monday 25 July 2011 2:47 pm

    Setelah berkahirnya perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan menentang SIngapura 23 Julai lalu, ramai yang tampil tidak puas hati dengan tektik dan pemilihan pemain oleh Dato Rajagobal, jurulatih skuad Harimau Malaya.

    Rata-rata pengulas sukan, orang-orang lama dalam bolasepak, bekas pemain kebangsaan dan juga pastinya peminat mengkritik K Rajagobal memilih pemain pertahanan yang longlai. Setelah aksi menetang dua kelab EPL, Malaysia melepaskan 10 gol mudah hasil kelalaian pemain pertahanan. Namun benteng ini juga yang dipilh Raja untuk menyerap serangan Singapura dan hasilnya lima gol mudah diperolehi mereka.

    Namun kita masih ada lagi 90 minit dan peminat-peminat Harimau Malaya sudah pastinya mahu melihat kebangkitan Raja dan anak buahnya. Defisit 5-3 pasti boleh dihapuskan oleh anak-anak harimau Malaya ini.

    Harapan jutaan rakyat Malaysia juga mahu Rajagobal menilai semula pemain-pemainnya dan sudah pasti beliau lebih mengenali pemain-pemainnya. Ramai yang masih kecewa mengapa Khairul Fahmi Che Mat tidak diturunkan pada perlawanan penting ini sehingga Naib Presiden FAM sendiri, Dato Hamidin juga menggesa Rajagobal menurunkan Khairul Fahmi pada perlawanan kedua di Bukit Jalil khamis ini. Persoalan juga ditimbulkan mengapa pemain-pemain dari juara liga super Malaysia tidak diturunkan walau seorangpun dari senarai yang ada.

    Kelayakan Piala Dunia – Singapura 5 – Malaysia 3

    Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 23 July 2011 9:53 pm

    Singapura menjaringkan empat gol dalam masa pertama untuk memadamkan jaringan awal Safee Sali 16 saat perlawanan. Ternyata Sarbinee Alawi tidak berada dalam persembahan terbaik apabila mudah melepaskan empat gol mudah untuk Singapura. Bermain di atas padang rumput sintetik memberikan sedikit kelebihan untuk pasukan tuan rumah dalam mengawal bola ke atas Malaysia.

    Sekali lagi masalah pertahanan yang lemah dan lalai mengundang padah buat pasukan harimau Malaya apabila mudah dirobek lima kali dengan gol-gol mudah untuk dilepaskan. Kemasukan Amirulhadi Zainal dan Abdul hadi Yahya memberi sedikit tentangan dan hasilnya dua gol lagi dapat dijaringkan oleh Safee Sali dan Abdul Hadi Yahya bagi membawa bekal pulang 3 gol penting ke Bukit Jalil 28 Julai nanti.

    Malaysia sekurang-kurangnya memerlukan dua gol bagi memadam kelebihan pasukan SIngapura di Bukit Jalil nanti bagi menempatkan dalam kalangan 20 pasukan terbaik Asia dalam peringkat seterusnya.

    video dari sokernet.com:

    Tendangan penalti pelik

    Posted by admin | Video Bolasepak | Tuesday 19 July 2011 3:15 pm

    Real Madrid terlalu gagah buat LA Galaxy

    Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Tuesday 19 July 2011 2:09 pm

    Christiano Ronaldo ‘menunjukkan’ cara bagaimana bermain bola kepada skuad LA Galaxy apabila memberi aksi menghiburkan dalam perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Real Madrid. Real Madrid menang 4-1 dalam aksi di stadium The Home Depot Center — Carson, California.

    Ronaldo, salah satu nama besar dalam bola sepak, teruja apabila disambut meriah oleh peminat yang mencecah lebih 50,000 di Hollywood dengan melakukan penyudah terbaik, menjaringkan gol pada separuh kedua dalam kemenangan kelab Sepanyol itu 4-1 ke atas Los Angeles Galaxy pada malam sabtu lalu.

    Bekas bintang Real, yang kini bermain dengan LA Galaxy turut memuji Ronaldo dengan menyatakan pemain itu selalu memberi persembahan memukau disebalik usaha keras beliau bersama kelab. Ronaldo menjaringkan gol menarik dalam perlawanan itu dengan menewaskan tiga pertahanan La Galaxy.

    “Amazing,” ujar Beckham mengenai gol tersebut. “Beliau boleh lakukan apa saja yang beliau inginkan. Beliau pemain yang hebat. Beliau selalu berusaha keras untuk mencapai ditahp itu”.

    Dalam pada itu, jurulatih real Madrid turut memuji pasukan La Galaxy kerana memberi aksi terbaik mereka dan menghiburkan dan beliau gembira dapat menentang pasukan seperti itu.

    Piala Dunia Wanita 2011 – Jepun Juara

    Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 18 July 2011 9:49 am

    Pemain Jepun, Homare Sawa menjaringkan gol penyamaan lewat dalam masa tambahan dan Amerika Syarikat gagal untuk tiga sepakan penalti bagi menobatkan Jepun, juara Piala Dunia Wanita buat kali pertama dalam sejarah bolasepak jepun. Amerika terpaksa akur dengan nasib yang tidak menyebelahi mereka apabila dua kali mendahului sehingga lewat permainan. Semangat ‘ kamikaze’ Jepun sekali lagi menghadiahkan mereka kejuaraan yang tak ternilai.

    Amerika mempunyai peluang keemasan untuk memenangi gelaran Piala Dunia, tetapi mereka sebaliknya berjalan keluar dengan pingat perak di leher mereka.

    Walaupun menguasai seluruh dan mendahului dua kali, pasukan wanita Amerika Syarikat gagal menahan asakan berterusan Jepun. Selepas aksi 120 minit di Commerzbank Arena, Jepun dan USA terikat dua sama.

    Jepun, yang bermain dengan hati yang berat berikutan gempa bumi dan tsunami hanya empat bulan yang lalu, mengalahkan Amerika Syarikat untuk pertama kalinya dalam sejarah sejak hingga 1986.

    Homare Sawa Jepun adalah wira Jepun dalam penampilan pertama negara itu dalam pentas final dengan menjaringkan gol penyamaan daripada sepakan sudut pada minit ke-116 selepas Abby Wambach memberi USA gol saat-saat akhir sebelum separuh pertama masa tambahan berakhir.

    “Sukar diterima,” kata Sawa. “Kami tidak pernah berputus asa jadi kami mendapati keputusan ini. Saya berlari sehingga akhir permainan dan bermain dengan sekuat saya.”

    Senarai penjaring terbanyak kejohanan:

    Keputusan suku akhir copa america

    Posted by admin | Copa America | Sunday 17 July 2011 10:02 am

    Perlawanan Persahabatan MU vs England New Revolution

    Posted by admin | Barclays Premier League | Thursday 14 July 2011 2:13 pm

    Federico macheda menerima ucapan tahniah dari rakan sepasukan, Owen setelah menjaringkan gol untuk manchester United. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gillette, Foxboro, Manchester menang 4-1 keatas England New Revolution. perlawanan itu sebahagian dari program cabaran bolasepak Herbalife 2011.

    Gambar – Arsenal di Malaysia

    Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia,Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 14 July 2011 2:08 pm

    Next Page »
    soccerine Wordpress Theme

    Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz