Malaysia 0 Arsenal 4 – Rajagobal naik angin

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 14 July 2011 9:32 am

SEMANGAT wira 1975 gagal meresap dalam skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal apabila tumpas 4-0 pada aksi persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal semalam.

Dua gol pada setiap babak The Gunners itu menceritakan betapa masih banyak kelemahan yang perlu dilakukan Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.

Dan apa yang dipamerkan pemain negara nyata mengecewakan Rajagobal.

“Saya kecewa dengan permainan yang ditunjukkan kerana mereka tidak menunjukkan permainan sebenar. Ini menyukarkan saya untuk menilai kemampuan pemain sebelum perlawanan dengan Singapura,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu yang disaksikan lebih 50,000 penonton, kesilapan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menjatuhkan Jack Wilshere membawa padah apabila pengadil, Mohd Yussof Mat Karim menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Bintang Wales, Aaron Ramsey tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan itu menewaskan penjaga gol berpengalaman Mohd Nasril Mat Nourdin di minit kelima.

“Saya mahu pemain bermain dengan agresif pada babak pertama untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, tapi gol awal Arsenal membunuh permainan ini.

“Kita kena terima realiti mereka pasukan hebat, saya harap pemain dapat mempelajari sesuatu,” kata Rajagobal.

Biarpun tanpa bintang Samir Nasri dan Robin Van Persie yang hanya masuk pada babak kedua, The Gunners berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain sayap England, Theo Walcott dengan melambungkan bola memerangkap Nasril.
Arsenal terus selesa pada babak kedua apabila percubaan pemain gantian Carlos Vela gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat yang masuk menggantikan Nasril pada minit ke-58 dan Tomas Rosicky minit ke-90.

Selepas Malaysia, anak buah Wenger akan berlepas ke China bagi meneruskan Jelajah Asia menentang Hangzhou Greentown, Sabtu ini.

Pada kunjungan pertama Arsenal ke negara ini pada 13 Mei 1975 mereka tumpas 2-0 kepada skuad Malaysia bimbingan Datuk M Chandran menerusi jaringan legenda Datuk Mokhtar Dahari.

Dua hari selepas itu giliran Isa Bakar pula mencipta nama dengan menyumbat gol untuk skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua.

Bagaimanapun zaman berubah, skuad The Gunners ternyata lebih hebat apabila menumpaskan Malaysia 2-0 pada 1999.

sumber: hmetro online

Menjelang perlawanan persahabatan vs Arsenal

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 12 July 2011 6:56 pm

“BERMAIN dengan strategi bertahan bukan formula terbaik menentang lawan hebat seperti Arsenal. Jadi, kami akan bermain secara menyerang dan menyerang,” kata jurulatih negara Datuk K Rajagobal menjelang pertemuan aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris itu, malam esok.

Mengakui lebih meminati Manchester United dan menjadikan aksi persahabatan itu sebagai medan menguji pemain, Rajagobal mengharapkan pemain yang melangkah masuk ke Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti turun dengan ‘berhati besar’ dan tidak gentar dengan reputasi lawan itu.

“Saya dan pemain tidak sabar menanti perlawanan ini kerana ia medan terbaik mereka memperagakan aksi masing-masing kerana saya menjadikan perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool (Sabtu) sebagai medan menilai keupayaan menjelang tugasan lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia,” katanya dalam sidang media bersama pengurus Gunners, Arsene Wenger di Subang, semalam.

Rajagobal yang mengakui berkongsi falsafah dengan Wenger mengenai bakat dan potensi pemain muda berjanji mencatur permainan menarik serta menghiburkan, sekali gus cuba memberi tentangan sengit kepada lawan yang diketuai Robin Van Persie.

Penyerang terbanyak Piala AFF, Safee Sali tidak akan diturunkan kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tetapi jurulatih Harimau Malaya itu mengakui ia bukan masalah besar kerana ada beberapa calon pengganti.

“Begitu juga penjaga gol, Khairul Fahmi (Che Mat) yang sudah pulih dan sedia beraksi. Namun, saya mungkin memberi peluang kepada semua pemain untuk mengutip pengalaman berharga dalam perlawanan istimewa dalam karier mereka,” katanya.

Malaysia pernah menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada 1975 hasil jaringan Mokhtar Dahari, tetapi lawan menebus kekalahan itu dengan angka jaringan sama ketika pada 1999 menerusi Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit.

sumber: bharian online

Keputusan mesyuarat FAM

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 12 July 2011 6:44 pm

Terkini – Mesuarat FAM memutuskan 2 pemain import untuk musim 2012 manakala PKNS dan Sarawak layak bermain di Liga Super. Pahang dan Perlis akan beraksi di Liga Perdana.

Copa America – Brazil masih belum selamat

Posted by admin | Copa America | Sunday 10 July 2011 1:12 pm

Brazil memerlukan gol minit ke 90 hasil jaringan Fred untuk menghidupkan sisa-sisa perjuangan mereka apabila sekadar seri dua sama menentang Paraguay. Juara bertahan itu walaubagaimanapun masih belum selamat untuk melangkah ke Separuh akhir dan perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang Ecuador.

Brazil mendahului perlawanan melalui Jadson minit ke 39 sebelum Paraguay menyamakan kedudukan minit ke 55 melalui Roque Santa Cruze. Haedo Valdez memberikan Paraguay pendahulan minit ke 67 sebelum Fred menyelamatkan juara bertahan itu minit-minit akhir perlawanan.

Brazil perlu menang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan jika mahu melangkah ke suku akhir nasib yang sama terjadi kepada pasukan tuan rumah Argentina apabila mereka juga seri dalam dua perlawanan.

Sementara itu dalam aksi kumpulan yang sama, Venuzuela menewaskan Equador 1-0 untuk memimpin kumpulan B.

Copa America – Argentina seri lagi

Posted by admin | Copa America | Thursday 7 July 2011 2:23 pm

Aksi Copa Amereca kali ini terus memberi tamparan hebat buat pasukan tuan rumah, Argentina apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Colombia dalam aksi yang menarik berjaya dipamirkan oleh Colombia, menengelamkan barisan bintang Argentina di Santa Fe. Messi terus gagal menterjemahkan aksi beliau bersama skuad Barcelona dalam skuad Argentina. Perlawanan kedua dalam kumpulan B ini memberikan Argentina dan Colombia berkongsi dua mata selepas kedua-dua pasukan juga seri dalam perlawanan pertama masing-masing.

Dalam perlawanan itu, Colombia nyaris menewaskan tuan rumah apabila mereka mendapat dua peluang keemasan tapi gagal disudahkan barisan penyerang mereka, . Adrian Ramos dan Dayro Moreno.

Kelantan Juara!!

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Thursday 7 July 2011 9:52 am

Kelantan dinobatkan juara Liga Super 2011 setelah menang tipis 2-1 ke atas pasukan tuan rumah, Sabah. Dalam aksi menarik itu Kelantan mendahului 2-0 melalui penyerang sensasi mereka Norshahrul Idlan Talaha seawal minit ke 6 dan minit ke 71. Sabah merapatkan jurang 2-1 melalui pemain gantian mereka, Razlan Oto melalui sepakan melencong yang menewaskan Khairul Fahmi minit ke 76.

Kemenangan ke atas Sabah membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata, meninggalkan Terengganu di tempat kedua dengan 53 mata manakala Selangor yang sekadar seri tanpa jaringan menentang Perak di Ipoh tersingkir ke tangga ketiga apabila ketinggalan empat mata di belakang Kelantan.

Sementara itu Terengganu yang dalam usaha memintas Kelantan membaham Felda United 6-2 di mana Abdul Hadi Yahya menjaringkan empat gol bagi membolehkan beliau layak menerima anugerah kasut emas mengatasi Norshahrul Idlan Talaha dengan beza satu gol.

Kejayaan skuad bergelar The Red Warriors itu menyaksikan mereka menjadi pasukan keenam selepas Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006), Kedah (2007 dan 2008) dan Selangor (2009 dan 2010) menjulangnya.

Perebutan kasut emas 2 penyerang

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 6 July 2011 1:58 pm

Dua penyerang negara yang bergandingan bersama dalam aksi bertemu Taiwan dalam kelayakan piala dunia lalu

akan sama-sama bersaing bagi merebut anugerah kasut emas. Norshahrul Idlan Talaha kini mendahului dengan 16 jaringan diikuti oleh Abdul Hadi Yahya dengan 15 koleksi jaringan.

Sudah pasti kedua-duanya akn cuba mencari gol bagi menambah koleksi jaringan dan membantu pasukan masing-masing mencapai kemenangan bagi merebut kejuaraan liga. Kelantan yang kini mendahului carta dilihat berpeluang cerah merangkul takhta liga buat pertama kali sambil diekori oleh Selangor dan terengganu. Ketiga-tiga pasukan masih berpeluang merebut kejuaraan anda ada pasukan yang tewas malam ini.

“Jika saya menang kedua-duanya (Liga Super dan kasut emas) malam esok (malam ini), ia adalah ubat paling mujarab untuk mengubati kekecewaan tewas pada final Piala FA lalu. Saya yakin rakan sepasukan juga mengerti betapa penting perlawanan malam esok (malam ini) bagi menebus kekecewaan tewas kepada Terengganu di Bukit Jalil, “ Mat Yo”

Bisa Norshahrul, Safee ditagih

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 5 July 2011 2:40 pm

GANDINGAN dua penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali akan menjadi senjata pemusnah apabila menentang Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 23 dan 28 Julai ini.

Kedua-dua pemain yang menjadi tonggak Harimau Malaya untuk memenangi Piala AFF pada penghujung tahun lalu itu tidak beraksi bersama pada dua perlawanan menentang Taiwan di pusingan pertama berikutan kecederaan yang dialami mereka.

Norshahrul mengalami hamstring sejak dua minggu lalu dan terlepas aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, minggu lalu sekali gus memaksa Mohd Safee bergandingan bersama Baddrol Bakhtiar di jentera serangan.

Manakala pada aksi timbal balik di Taipei, malam kelmarin giliran Mohd Safee pula mengalami kecederaan dan menjadi penonton dengan Norshahrul bergandingan bersama Abdul Hadi Yahaya.

Namun Mohd Safee yang juga penyerang Pelita Jaya FC menyatakan, dia bakal kembali pulih sepenuhnya apabila menentang Singapura sekali gus menghadirkan khabar gembira kepada ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.

“Saya berkeyakinan tinggi akan kembali cergas apabila menentang Singapura. Walaupun ranking mereka lebih tinggi saya yakin kami akan mendapat keputusan positif,” kata penyerang berusia 27 tahun itu.

Manakala bagi Norshahrul yang tetap turun beraksi malam kelmarin walaupun dilihat masih belum cergas sepenuhnya bakal mendapat kembali sentuhan terbaiknya dalam masa terdekat.

Baginya tempoh yang panjang untuk membuat persiapan menentang Singapura selepas aksi terakhir Liga Super malam esok akan memberikan kelebihan kepada Harimau Malaya.

sumber: hmetro online

Malaysia Layak kepusingan kedua, Tewas 3-2

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 3 July 2011 9:27 pm

Dua gol cantik dari Aidil minit ke 7 dan Kapten pasukan Syafiq Rahim membawa Malaysia layak ke pusingan kedua untuk bertemu SIngapura pada 23 Julai nanti. Aidil membuat rembatan deras dari sepakan percuma sebelum terkena palang dan Syafiq rahim juga membuat tendangan percuma menarik untuk menewaskan penjaga gol Taiwan. Kedua-dua pemain itu juga menjaringkan gol pada aksi pertama di Bukit Jalil.

Malaysia tetap layak walaupun tewas 3-2 di arena lawan melalui kiraan gol tempat lawan. Dalam aksi sebentar tadi Taiwan dihadiahkan tiga kali sepakan penalti namun salah satunya diselamatkan oleh Sarbinee Alawi. Norsharul juga hampir menjaringkan gol apabila gerakan solonya disudahkan dengan rembatan deras yang hanya mengegar tiang gol.

« Previous Page
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz