Real Madrid, Manchester United mengamuk

Posted by admin | Barclays Premier League,Spanish La Liga | Monday 29 August 2011 9:45 am

Real madrid membuka tirai La Liga dengan bergaya apabila membelasah Zaragoza 6-0 di arena lawan. Ronaldo menjaringkan hatrik pertama pada aksi pertama liga apabila menjaringkan tiga gol.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke 24 sebelum Marcelo menjaringkan gol kedua pada minit ke 28. Xabi Alonso juga menjaringkan gol pada perlawanan tersebut pada minit ke 64 sebelum Ronaldo sekali lagi menambah duka Zaragoza untuk gol kedua peribadi pada minit ke 71. Gole kelima Real hadir pada minit ke 82 melalui Kaka dan Ronaldo melengkapkan hatriknya tiga minit sebelum berakhir perlawanan.

Sementara itu Manchester United juga turut berpesta gol apabila membuat kemenangan menakjubkan ke atas Arsenal apabila membelasah The Gunners 8-2 dan sudah pasti tekanan semakin dirasai pengurus Arsenal, Arsene Wenger apabila kehilangan ramai tonggak musim ini. Rooney turut mencatat hatrik pertamanya apabila menjaringkan gol pada minit 41, 64 dan 82. Young, Nani, Welbeck, Park turut menyumbang gol dalam aksi berat sebelah itu.

Kekalahan itu adalah yang terburuk buat Arsenal semenjak 1896.

UEFA Super Cup – Satu lagi trofi buat Barcelona

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Saturday 27 August 2011 9:44 am

Barcelona memulakan kempen 2011/2012 dengan bergaya apabila memenangi Piala Super Eropah apabila menewaskan FC Porto yang juga juara UEFA Champion League 2 0 hasil jaringan Lionel Messi dan belian baru mereka, Fabregas. Ternyata keputusan Fabregas untuk pulang ke kelab Catalan itu merupakan langkah kanan apabila sudah merangkul dua kejuaraan bersama Barcelona dalam tempoh tidak sampai sebulan, berbanding dengan Arsenal yang memakan masa selama enam tahun.

Gol lewat separuh masa pertama dari Messi dan gol pertama dari Fabregas memberikan kejuaraan ke 12 dibawah jurulatih Pep Guardiola. Kejuaraan keempat UEFA Super Cup ini hadir lebih manis buat Messi apabila dinamakan pemain terbaik Eropah dalam undian khamis lalu menewaskan Xavi dan Ronaldo.

Dalam perlawanan itu dua pemain Porto, Rolando dan Guarin dibuang padang akibat menerima dua kad kuning.

Brazil Juara Piala Dunia B-20

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 22 August 2011 9:34 am

Brazil mencatatkan kemenangan kali kelima piala dunia bawah 20 apabila berjaya menewaskan Portugal pada aksi final semalam. Jaringan hatrick Oscar membolehkan pasukan remaja mereka berjaya menyamakan pencapaian skuad senior Brazil yang memenanginya sebanyak lima kali.

Oscar menjaringkan tiga gol untuk Brazil memalaui minit ke 5, 78 dan pada minit 111dalam aksi masa tambahan apabila masa sebenar terikat dua sama. Portugal mendapat gol melalui tolakan mudah Alex hasil umpanan cantik Olievera minit ke 9 dan Nelson Olievera sendiri cemerlang melalui gerakan sebelah tepi dan merembat deras dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Brazil pada minit keke 59’. lambungan cantik Oscar minit ke 111 memastikan Brazil berjaya meraih gelaran terunggul bawah 20 tahun itu buat kali kelima.

Sementara itu dalam penentuan tempat ketiga, Mexico berjaya menumpaskan Pernacis 3-1.

video aksi final:

Spanish Super Cup 2011

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 18 August 2011 9:32 am

Spanish Super Cup – Real madrid terus kempunan untuk menewaskan musuh utama mereka apabila sekali lagi tumpas dalam perebutan Piala Super Sepanyol itu. Dua gol dari Messi menjadi penyelamat buat Barcelona apabila berjaya menundukkan Real Madrid 3-2 di laman sendiri bagi menjadikan kedudukan aggregate 5-4. Namun demikian satu petanda baik buat peminat Real ialah pasukan itu melihatkan peningkatan ketara apabila berjaya menyaingi permainan Barcelona.

Perjuangan Real nampak seakan berlarutan ke masa tambahan sebelum Messi muncul wira apabila menjaringkan gol minit ke 87 untuk terus menghampakan peminat-peminat Real Madrid.  Iniesta membuka tirai jaringan minit ke 15 sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke 20. Messi menjaringkan gol pendahuluan seminit sebelum separuh masa berakhir.

Kaka yang masuk mengantikan Ozil membuat sepakan sudut yang menyaksikan Benzema menyamakan kedudukan minit ke 83. Kedudukan seakan-akan berlangsung ke masa tambahan sebelum Messi menjaringkan gol peribadi beliau yang juga gol kemenangan untuk Barcelona.

Pemain dan penyokong Real Madrid sudah pasti tidak berpuas hati kerana gelagat pengadil yang seolah-olah memihak kepada pasukan tuan rumah apabila deretan kad kuning dilayangkan kepada pemain-pemain Real sebelum layangan dua kada merah kepada pemain Real dan Barcelona juga menerima nasib yang sama apabila David Villa dilayangkan kad merah.

Pastinya satu saingan lebih sengit musim ini apabila tirai La Liga dibuka ahad ini kerana jurang antara Barcelona dan real makin mengecil jika dilihat kepada dua perlawanan tersebut.

Spanish Super Cup – Real 2, Barca 2

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 15 August 2011 9:19 am

Real Madrid dan Barcelona berkongsi jaringan dalam perlawanan pertama Spanish Super Cup apabila kedua-dua pasukan seri dua sama. Gol Real Madrid dijaringkan oleh Metsu Ozil dan Xabi Alonso manakala gol Barcelona pula dijaringkan oleh David Villa dan Messi.

Perlawanan kedua akan berlangsung rabu nanti ( 17 Ogos 2011).

Posted by admin | Italian Serie A | Saturday 13 August 2011 5:30 pm

Penyerang dari Cameroon, Samuel Eto’o telah pun bersetuju dengan syarat perjanjian dengan kelab dari Rusia, Anzhi Makhachkala yang bakal menyaksikan beliau akan berpindah dari Inter Milan. Mungkin tiada lagi sambutan ala bintang namun sesuatu yang lebih lumayan menanti beliau di sana.

The LifeNews.ru melaporkan penyerang berusia 30 tahun itu telah bersetuju dengan terma kontrak dan akan menandatanganinya sejurus melepasi ujian kesihatan.

Anzhi terpaksa membayar yuran perpindahan kepada Inter Milan sebanyak 40 juta Euro untuk mendapatkan Eto’o. Eto’o bakal menikmati gaji RM1.5 juta seminggu di sana. Gaji paling mahal dalam sejarah pemain bolasepak.

Spanish Super Cup – Real Madrid vs Barcelona

Posted by admin | Spanish La Liga | Saturday 13 August 2011 9:46 am

Real Madrid vs FC Barcelona (Spanish Supercup) Final
August, 14, 2011. 22:00h.14.8.2011
Santiago Bernabeu, Madrid
August 14 – Real Madrid vs FC Barcelona – Madrid
August 17 (17\8\2011)- FC Barcelona vs Real Madrid – Barcelona.

Piala Perisai Komuniti, United raih gelaran pertama

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 8 August 2011 9:38 am

Manchester banbkit dari ketinggalan dua gol diseparuh masa pertama untuk menang 3-2 menentang Manchester City dalam aksi Piala Perisai Komuniti yang menandakan bermulanya tirai 2011/2012 bagi Liga Perdana Inggeris.

Dalam aksi yang menyaksikan dua pasukan setempat itu kedua-dua pasukan mempamirkan aksi pantas dan menghiburkan. Walaupun menguasai permainan pada awal perlawanan, Manchester United dikejutkan dengan dua gol oleh City melalui Joleon Lescott dan Edin Dzeko pada separuh masa pertama sebelum Chris Smalling dan Nani menyamakan kedudukan untuk juara Liga Perdana Inggeris itu pada awal separuh masa kedua.

Ferguson nyata tidak menyembunyikan rasa gembira beliau dengan dua jaringan hebat Nani yang membantu mereka meraih gelaran pertama musim ini.

“Dia merupakan bayang-bayang [Cristiano] Ronaldo semata-mata kerana dia Portugis,” kata Ferguson. “Saya dapat melihat hubungan antara mereka Sesetengah pemain mengambil masa yang lebih lama untuk matang daripada yang lain dan Ronaldo adalah berbeza;. Dia adalah seorang pemain bola sepak luar biasa dan matang serta-merta.” Ujar Ferguson yang membandingkan antara dua pemain dari Portugal itu.

Keputusan undian Piala Malaysia 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Friday 5 August 2011 7:11 pm

* Kumpulan A – Kedah, Perak, Sabah, Johor
* Kumpulan B – Terengganu, N9, PKNS, Sime Darby
* Kumpulan C – Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak
* Kumpulan D – Selangor, Tteam, KL, PDRM

Goal menakjubkan Neymar

Posted by admin | Brazilian Serie A League | Wednesday 3 August 2011 3:37 pm

Neymar terus membuktikan mengapa beliau menjadi rebutan gergasi-gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmat beliau. Dalam aksi Santos menentang Flamengo yang ditunjangi bekas pemain terbaik dunia dua kali Ronaldinho, Neymar mempamirkan aksi menakjubkan untuk menjaringkan gol cantik buat Santos. Real Madrid sanggup ‘beratur panjang’ untuk mendapatkan khidmat beliau.

Santos mendahului tiga gol sebelum Ronaldinho bangkit menjaringkan tiga gol untuk menerajui kemenangan Flamengo ke atas Santos. Elano menyepak lemah sepakan penalti dan gagal menyamakan kedudukan. Santos 4, Flamengo 5.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz