Keputusan Liga Juara-Juara 28 September 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 29 September 2011 9:57 am

Keputusan Liga Juara-Juara 28 September 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 28 September 2011 11:27 am

Theyab Awana – Terbunuh dalam kemalangan

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Tuesday 27 September 2011 10:06 am

Masih ingatkah anda kepada Theyab Awana? Beliau menjadi terkenal setelah mengambil sepakan penalti secara pelik dan berjaya menghasilkan gol. namun demikian beliau telah terbunuh dalam kemalangan Ahad lalu dengan sebuah lori dalam perjalanan pulang dari sesi latihan di Al-Ain untuk persiapan kelayakan olimpik menentang Korea Selatan 11 Oktober nanti.

Liga Juara-Juara, Chelsea menang, Barcelona Milan seri

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 14 September 2011 1:57 pm

Torres masih gagal menjaringkan gol disebalik kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Bayern Leverkusen pada aksi pertama peringkat kumpulan di Stamford Bridge. Namun demikian hasil gerakan beliau membolehkan Juan Mata  menjaringkan gol mudah minit ke 92. Gol pertama Chelsea dijaringkan oleh David Luiz minit ke 67.

Luiz membuat penampilan pertama musim ini mengantikan kapten, Terry dan menjaringkan gol pertama 23 minit sebelum masa dalam aksi menentang lawan yang penuh teknik dan skil sebelum Mata memastikan mata penuh pada masa kecederaan.

Torres yang memburu gol pertama beliau bekerja keras sepanjang perlawanan dan hamper menjaringkan gol pada minit ke 10 tapi percubaan beliau diselamatkan oleh Bernd Leno dengan tangan kiri.

Sementara itu Barcelona terus gagal mencatat kemenangan apabila diikat AC Milan di laman sendiri dengan keputusan dua sama. AC Milan menjaringkan gol dalam masa yang agak pelik iaitu minit pertama permainan melalui Pato dan minit terakhir melalui Thiago, 92’. Gol-gol Barcelona dijaringkan oleh Pedro minit ke 36 dan David Villa, 50.

Lain-lain keputusan:

Group E

KRC Genk 0-0 Valencia CF

Group F

Olympiacos FC 0-1 Olympique de Marseille

Borussia Dortmund 1-1 Arsenal FC

Group G

FC Porto 2-1 FC Shakhtar Donetsk

APOEL FC 2-1 FC Zenit St Petersburg

Group H

FK Viktoria Plzeň 1-1 FC BATE Borisov

Liga Juara – Juara – Perlawanan 13 & 14/09/2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 13 September 2011 4:48 pm

Perlawanan 13 September 2011

Kelantan kukuh kedudukan

Posted by admin | Piala Malaysia | Sunday 11 September 2011 5:29 pm

Terengganu NS, KL turut menang, Selangor bangkit benam Polis

KELANTAN, Terengganu dan Selangor – terus mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan masing-masing apabila aksi Piala Malaysia bersambung malam tadi tetapi pasukan pilihan, Kedah tersembam di tangan Sabah di Stadium Likas.

Dalam saingan Kumpulan A, Sabah dan Perak berkongsi tangga teratas dengan jumlah mata dan jaringan sama selepas masing-masing merakam kemenangan 2-1 ke atas Kedah dan Johor malam tadi.

Di Stadium Likas, Sabah mengubati kekecewaan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Perak Selasa lalu dengan menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) tatkala Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat. Di Stadium Perak, tuan rumah yang turun tanpa lima tonggak digantung, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan.

Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman apabila menjadikan Sime Darby FC sebagai belasahan dengan kemenangan besar
5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian.
Shukor Adan menambah derita Sime Darby dengan gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkap pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang mendahului seawal minit pertama menerusi Ashaari Samsudin, dipaksa bekerja keras juara Liga Perdana, PKNS yang dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).

Saingan Kumpulan C menyaksikan FELDA United merampas tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium MBPJ Kelana Jaya, manakala Kelantan menundukkan Johor FC 2-1.

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Johor FC 2-0 Selasa lalu, dan kali ini Nizam Abu Bakar menjadi wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Di Stadium Likas, Sabah mengubati kekecewaan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Perak Selasa lalu dengan menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) tatkala Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat.

Di Stadium Perak, tuan rumah yang turun tanpa lima tonggak digantung, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan.

Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman apabila menjadikan Sime Darby FC sebagai belasahan dengan kemenangan besar
5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian.
Shukor Adan menambah derita Sime Darby dengan gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkap pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang mendahului seawal minit pertama menerusi Ashaari Samsudin, dipaksa bekerja keras juara Liga Perdana, PKNS yang dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).

Saingan Kumpulan C menyaksikan FELDA United merampas tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium MBPJ Kelana Jaya, manakala Kelantan menundukkan Johor FC 2-1.

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Johor FC 2-0 Selasa lalu, dan kali ini Nizam Abu Bakar menjadi wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Shakir Shaari mengikat kedudukan sebelum Ramzul memberikan tiga mata buat juara bertahan itu pada minit ke-88.

Dalam saingan Kumpulan D, juara 32 kali, Selangor kembali menemui sentuhan apabila menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Tindakan penyerang Fadzli Saari menukar but sebaik babak kedua membawa tuah apabila menolak masuk lorongan Amirulhadi Zainal pada minit ke-46 untuk gol pertama tuan rumah sebelum meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil hantaran Safiq Rahim yang baru seminit masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur terus selesa di tangga teratas Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua dengan Yong Kuong Yong muncul wira meledak dua gol (m-26, 47) ketika menewaskan T-Team 2-1.

sumber: bharian online.

Liga Perdana Inggeris – MU makin rakus

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 11 September 2011 5:08 pm

Manchester United terus membuka aksi sempurna liga apabila menjadikan Bolton mangsa terbaru mereka di gelanggang lawan, Reebok Stadium. Rooney sekali lagi tampil dengan aksi penuh bergaya apabila mencatat hatrik kedua dalam liga apabila menjaringkan tiga gol. Hernandez juga memperagakan aksi mengkagumkan apabila menyumbangkan dua gol, gol pertama beliau hadir seawall minit 5 dan menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke 58. Manchester berpesta gol dengan lima kali menemui gawang Bolton.

Rooney menjaringkan gol pada minit ke 20, 25 dan melengkapkan hatriknya pada minit ke 68 untuk mengumpul lapan gol dalam empat perlawanan.

Sementara itu Arsenal menarik nafas lega biarpun hanya menang tipis 1-0 ke atas pendatang baru, Swansea hasil kesilapan penjaga gol mereka sendiri, Micheal Vorm yang melakukan kesilapan memalukan dan mudah untuk Arshavin menolak bola masuk.

Chelsea terus memberi tekanan apabila turut menang 2-1 ke atas Sunderland di Stadium of Light. Dua gol Chelsea dijaringkan oleh Terry dan Sturridge yang menyaksikan penyerang termahal mereka Torres terus gagal menjaringkan gol walaupun masuk mengantikan Mata minit ke 73. Penyerang itu kian terdesak untuk memikat jurulatih Sepanyol dan Boas sendiri.

Kedudukan carta selepas empat perlawanan:

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz