Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 30 November 2011 1:54 pm

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011:.

Pemenang-pemenang:

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)

Pertahanan Terbaik: Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (SELANGOR)

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)

Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)

Pemain Muda Terbaik: Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh: Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)

FA terbaik: Selangor

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 30 November 2011 10:12 am

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011 akan diadakan pada 30 November 2011 ini.

Calaon-calonnya:

Penjaga Gol Terbaik
. Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Pertahanan Terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain Tengah Terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Penyerang Terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

Jurulatih Terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

Pemain Muda Terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)

Kelab Terbaik
Kelab Peminat Terbaik
Anugerah Kemasyhuran

Bila Rezeki dah tak ada

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 28 November 2011 10:19 am

SUKAR buat jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menelan kekalahan 3-2 di tangan Bahrain dalam saingan kelayakan Kumpulan C 2012 malam tadi apabila tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam tempoh lima minit.

“Saya tidak tahu nak cakap apa, dalam lima minit segalanya berubah,” kata Kim Swee dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. “Dua gol yang kita peroleh sia-sia selepas kehilangan Affize (Faisal) dan Nazmi (Faiz Mansor).

“Saya tidak punya banyak pilihan pada baki 20 minit terakhir selepas Affize cedera dan Nazmi kekejangan otot. Saya terpaksa meletakkan Shukor (Jusoh) dan penyerang, Ferris (Danial) di bahagian tengah dan ternyata kita gagal mengekang asakan Bahrain walaupun mereka bermain dengan 10 orang.

“Malah Irfan (Fazail) terpaksa menghabiskan permainan dengan buku lali yang tercedera dan ini menunjukkan betapa terdesaknya saya dalam minit-minit terakhir permainan. Walaupun sukar untuk layak, saya harap baki permainan ini digunakan pemain untuk belajar.”

“Saya mahu pemain saya rehat secukupnya selepas perlawanan ini.
“Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya mahu mereka melupakan bola sepak seketika.”

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Shareeda menganggap perlawanan malam tadi cukup menarik dengan lima gol dijaringkan dan dia menganggap, Malaysia dan Bahrain adalah pemenang selepas masing-masing beraksi cemerlang.
“Cuma di dalam bola sepak kita perlu bermain hingga 90 minit dan walaupun kami ketinggalan dua gol, semangat juang anak buah saya untuk memburu tiga mata selepas tewas di tangan Syria dan Jepun, membawa hasil lumayan,” kata Salman.

Selepas mendahului 2-0 menerusi Nazmi (m-30) dan Mahali Jasuli (m-67), Malaysia dikejutkan tiga gol pelawat dalam tempoh lima minit hasil jaringan Saad Saiah Al-Amer (m-81) dan Isa Ahmed Muthanha (m-85, 86).

sumber: bharian.com.my

Kelayakan Olimpik – Malaysia Bahrain

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 26 November 2011 11:09 am

Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluang playoff di Bukit Jalil

BERITA keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.

Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu.

“Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita. “Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati,” kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.

Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).

Aksi playoff secara liga sepusingan bakal membabitkan naib juara Kumpulan A, B dan C itu adalah untuk memilih satu pasukan bagi menghadapi pasukan keempat terbaik Zon Afrika dan pemenangnya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Namun untuk aksi malam esok, Kim Swee tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang cedera hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu manakala peluang Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim yang hanya menjalani latihan ringan semalam, masih 50-50.
“Tanpa Muslim, Fadhli Shas yang sudah pulih daripada demam panas akan bergandingan dengan Amer Saidin. Bukan memandang rendah Bahrain, tapi pemain sudah kembali segar dan bersedia untuk perlawanan itu,” jelas Kim Swee.

sumber: bharian.com.my

Patahnya Sayap Garuda bahana Harimau Muda

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 22 November 2011 10:10 am

Malaysia menang ibu segala emas.

Tahniah!, tahniah!, tahniah!. Persembahan paling mantap dan menarik yang pernah disajikan oleh skuad Harimau Muda sepanjang kejohanan Sukan Sea ini. Biarpun tanpa lima tonggak yang tercedera namun Harimau Muda tidak sesekali menyerah kalah.

Ketinggalan seawal minit kelima sekadar menyemarakkan api semangat skuad Ong Kim Swee untuk bangkit mengatur serangan. Strategi coach Ong meletakkan Asraruddin sebagai pemain sayap nyata menjadi apabila pemain itu berjaya memainkan peranan penting dengan beberapa cubaan dan hasilnya gol penyamaan muncul pada minit ke 33 hasil tandukan mencecah tanah dari beliau.

Nyata sekali malam semalam bukan malam yang indah untuk Ahmad fakir Saarani apabila beliau gagal menyerlah dan melepas beberapa peluang keemasan dan malang menimpa lagi apabila sepakan penalty yang diambil beliau berjaya di tampan penjaga gol Indonesia. Khairul Fahmi muncul menjadi wira apabila menyelamatkan tendangan kelima pemain Garuda Muda. Baddrol tenang menyepak gol kemenangan untuk menyaksikan Malaysia membisukan Garuda di Stadium Gelora mereka dan mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.

Gelora yang diwujudkan di Stadium Bung Karno nyata tidak melemahkan semangat juang pemain muda kita dengan aksi yang cukup kemas. Pemain sudah memberi 200% dalam perlawanan semalam dan Malaysia menang hasil sepakan penalti 4 – 3 setelah kedudukan 120 minit terikat satu sama.

lain-lain artikel: http://www.hmetro.com.my/articles/TuahBaddrol_belangApek/Article

Video dari sokernet.com:

http://sokernet.com/malaysian-football/video-malaysia-vs-indonesia-final-sukan-sea-2011.html

Nasib menang!

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 10 November 2011 11:19 am

Malaysia kembali menghidupkan peluang bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA dimenangi dua tahun lalu apabila mencatat kemenangan ‘nasib’ 2-1 ke atas Thailand pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam.

Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee itu seakan bangkit daripada lamunan dengan melancarkan beberapa percubaan bahaya ke kubu negara gajah putih itu.

Hasilnya, kapten negara, Baddrol Bakhtiar berjaya menggegar jaring lawan menerusi sepakan deras dalam kotak penalti pada minit ke-24. Namun, kelekaan benteng pertahanan negara me­ngundang padah apabila Natarid Thammarossopon menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

Thailand kemudiannya me­nguasai permainan dan memaksa penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat bekerja keras menyelamatkan gawang daripada terus dibolosi.

Namun, Izzat Farris Ramlan muncul hero apabila melepaskan sepakan yang menerjah jaring minit ke-85 walaupun diasak pemain lawan.

Kemenangan itu sekurang-kurangnya memberikan keyakinan buat Kim Swee menghadapi Kemboja, Ahad ini.

sumber: sinar harian online

Benam Thailand!

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 9 November 2011 11:30 am

STRATEGI skuad Harimau Muda, hari ini adalah jelas – serang habis-habisan memburu gol untuk memastikan kemenangan apabila menentang juara 13 kali, Thailand dalam saingan penting, Kumpulan A.

Semoga Malaysia mampu.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz