FIFA Ballon d’Or 2011
Senarai pendek pemain untuk FIFA tahunan Ballon d’or atau anugerah pemain terbaik tahun 2011 telah diumumkan hari ini pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat FIFA di Perancis. Setiausaha FIFA General Jérôme Valcke, Ketua Bola sepak Perancis, Ketua Pegawai Eksekutif, François Morinière, bekas pemain Perancis, Emmanuel Petit dan Gaëtane Thiney turut hadir dalam majlis tersebut. Messi mungkin boleh mencatat kejayaan hatrik apabila beliau turut dicalonkan dalam kategori pemain terbaik bersama-sama rakan sepasukan Xavi dan bintang Real, Ronaldo.
Pemain terbaik lelaki: Cristiano Ronaldo (Portugal), Lionel Messi (Argentina) dan Xavi (Spain).
Pemain terbaik wanita: Marta (Brazil), Homare Sawa (Japan) dan Abby Wambach (USA)
Jurulatih terbaik pasukan wanita: Alex Ferguson (Scotland), Josep Guardiola (Spain) dan José Mourinho
Jurulatih terbaik pasukan wanita: Bruno Bini (France), Norio Sasaki (Japan) dan Pia Sundhage (Sweden)
Calon-calon yang terpilih adalah dibuat oleh kapten-kapten pasukan dan jurulatih dan dikendalikan oleh Majalah Football France.
Anugerah FIFA Puskás turut dipertandingkan iaitu kategori yang mengiktiraf jaringan tercantik yang dilakukan oleh Lionel Messi (Argentina), Neymar (Brazil) dan Wayne Rooney (England).
Keputusan FIFA Ballon d’Or ini akan diumumkan di Zurich pada 09 januari 2012 nanti.
No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI






