Gergasi Merah bangkit

Posted by admin | Liga Super Malaysia | Wednesday 11 January 2012 2:55 pm

DUA gol ledakan penyerang import Negeri Sembilan Jean-Emmanuel Effa Owona masih belum cukup membantu pasukannya melakar kemenangan apabila Selangor mencipta kebangkitan untuk mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam.

Effa Owona yang menjaringkan dua gol ketika Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 2-1 untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu lalu terus menceriakan penyokong Hoben Jang Hoben dengan menanduk masuk gol pertama pada minit ke-4 selepas mendapat lambungan Rashid Mahmud.

Anak buah jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah terus meningkatkan tekanan sehingga membuatkan pertahanan Red Giants, Mohd Nasriq Baharom melakukan kekasaran menjatuhkan pemain sayap kanan, Shahurain Abu Samah dalam kotak penalti.

Sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar tenang disempurnakan pemain import dari Cameroon, Effa Owona untuk meletakkan skuad Rusa mendahului 2-0 pada minit ke-34.

Selangor yang dibimbing bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim cuba bangkit mencari gol namun tandukan pemain pertahanan kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar sebelum babak pertama tamat tersasar di depan pintu gol.

Bersambung babak kedua, Selangor yang gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super musim lalu bagaimanapun bangkit merapatkan kedudukan menerusi rembatan leret Amirulhadi Zainal ke sebelah kanan gawang gol menewaskan Mohd Farizal Marlias di minit ke-67.

Gol itu membakar semangat pasukan pelawat yang terus mengganas dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Mohd Safiq Rahim pada minit ke-74 selepas Shahurain melanggar pemain gantian Selangor, Solihin Kanasian dalam kotak penalti.

Meskipun Negeri Sembilan dan Selangor berusaha keras memburu gol kemenangan namun keputusan kekal 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan untuk kedua-dua pasukan akur berkongsi satu mata.

sumber: Hmetro online

Anugerah ketiga Ballon D’or untuk Messi

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Tuesday 10 January 2012 9:07 am

Penyerang licik Barcelona dan Argentina, Lionel Messi sekali lagi dianugerahkan anugerah tertinggi bolasepak apabila sekali lagi memenangi anugerah Ballon D’or buat kali ketiga berturut-turut. Messi menewaskan rakan sekelabnya Xavi dan penyerang Real, Ronaldo.

Penyerang itu diumumkan sebagai pemain terbaik dunia di Zurich menyertai lagenda Perancis, Zidane dan Ronaldo sebagai pemain yang pernah memenangi sebanyak tiga kali namun Messi mencatat rekod tersendiri apabila memenanginya secara berturut-turut untuk menjejaki rekod Platini.

Untuk rekod, pemain-pemain dari kelab Sepanyol memenangi sembilan kali dari sebelas tahun anugerah pemain terbaik mereka ialah Messi tiga kali, Ronaldinho dua, dan empat untuk pemain-pemain Real Madrid Luis Figo, Ronaldo, Zidane dan Fabio Cannavaro.

Jaringan tercantik pula dimenangi oleh penyerang Santos, Neymar

FA Cup – Man U tewaskan Man C

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 8 January 2012 11:03 pm

Apek tak lupa diri

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 1 January 2012 11:32 pm

PENJAGA gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kehidupannya berubah berbanding sebelum dia bergelar pemain bola sepak negara.

Bagaimanapun, dia yang lebih dikenali sebagai Apek tetap tidak lupa diri walaupun menjadi perhatian ramai kerana matlamat asalnya adalah berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hargai sokongan media dan orang ramai kepada saya selama ini, malah saya tidak boleh lari daripada menjadi perhatian atau pandangan serta tumpuan ramai sejak berkecimpung sebagai pemain bola sepak.

“Sebagai pemain, saya akui hidup berubah, tapi ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk berjaya dalam karier bola sepak,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi, barangan dan logo pasukan The Red Warriors (TRW) 2012 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Khairul Fahmi, dia juga tidak tahu bagaimana orang menilainya, tapi berharap diberi sokongan dalam usahanya untuk mencapai kejayaan.

Malah, dia tetap menghormati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hormati apa orang ingin katakan terhadap pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan saya hargai sokongan dan perhatian mereka selama ini.

rmati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hormati apa orang ingin katakan terhadap pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan saya hargai sokongan dan perhatian mereka selama ini.

“Saya tetap beri tumpuan utama kepada karier bola sepak kerana ia adalah pilihan hidup saya. Saya mahu buat yang terbaik sebagai penjaga gol negeri dan kebangsaan,” katanya. Khairul Fahmi berkata, walaupun menjadi perhatian umum, ia tidak menjejaskan tumpuannya dan akan terus berusaha meningkatkan lagi pencapaiannya musim depan. “Bagi saya pengiktirafan pelbagai pihak termasuk akhbar berhubung sumbangan saya kepada bola sepak amat saya hargai dengan baik dan akan berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya tetap fokus dengan tugas saya sebagai penjaga gol pasukan Kelantan dan kebangsaan dan saya harap mampu meningkatkan lagi pencapaian saya musim depan,” katanya.

Bagaimanapun, penjaga gol berasal dari Kampung Cherang, Kota Bharu itu banyak berdiam diri ketika diajukan soalan berkaitan peribadi, sebaliknya senang menjawab pertanyaan mengenai karier bola sepak yang diceburinya.

sumber: metro online

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz