Beckingham Palace untuk dijual

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 26 March 2012 9:43 am

Bintang bola sepak, David Beckham dan isterinya Victoria telah memutuskan untuk menjual kediaman mereka yang terkenal, Beckingham Palace  dengan nilai 18 juta pound (RM88 juta).

Pasangan itu sudah menetap di LA selama lima tahun dan sekarang sudah berhasrat untuk menetap disana selama-lamanya setelah David beckham menyambung lagi kontraknya bersama LA Galaxy.

Mereka juga telah memutuskan untuk menjual rumah mereka di Perancis bernilai  2,5 juta pound  untuk memutuskan hubungan mereka dengan Eropah.

“David dan Victoria mahu menjualnya untuk beberapa tahun tetapi sentiasa tidak kena dengan masanyal. Mereka tidak mahu kehilangan wang, meletakkan rumah mereka untuk dijual semasa kemerosotan dalam pasaran hartanah. Jadi, setelah mendapati ia bernilai dua tahun lalu, mereka memutuskan untuk menjualnya sekarang, “kata seorang sumber.

“Beckhams telah membina rumah LA dan anak-anak mereka menetap di situ,” tambah sumber itu lagi. Pasangan itu membeli Beckhingham Palace seluas 22 ekar pada tahun 1999, tidak lama selepas mereka berkahwin.

Keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Thursday 1 March 2012 9:17 am

Keputusan perlawanan persahabatan:

England 2 – Belanda 3
Spain 5 – Venezuela 0
Chile 0 – Ghana 0
Itali 0 – USA 1
Ireland 1 – Czech 1
Wales 0 – Costa Rica 1
Poland 0 – Portugal 0
Germany 1 – France 2
Greece 1 – Sweden 3
Switzeland 1 – Argentina 3
Denmark 0 – Russia 2
Israel 2 – Ukraine 3
Filiphina 1 – MALAYSIA 1 **sHAKIR aLI MINIT KE 91

Zambia juarai Piala Afrika 2012

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 13 February 2012 9:04 am

Penuh emosi dan kejutan. Zambia muncul juara kejohanan Piala negara-Negara Afrika selepas menewaskan pilihan utama Ivory Coast melalui sepakan penalti. Zambia menang 8-7 selepas kedudukan pada masa sebenar terikat tanpa jaringan.

Hero separuh akhir, Gervinho dan Kolo Toure gagal menyepak masuk untuk skuad gajah itu dan menghadiahkan Zambia kemenangan sulung dan tidak disangka.

20 kelab berpendapatan tertinggi musim 2010-11

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Thursday 9 February 2012 9:55 am

Senarai 20 kelab yang mendapat bayaran tertinggi dunia untuk musim 2010-2011. Antara punca pendapatan kelab-kelab ini adalah dari pungutan hasil tiket perlawanan, hak siaran dan juga tajaan. Real Madrid dan Barcelona terus kukuhkan kedudukan apabila mendahului senarai kelab terkaya dunia menurut laporan Football Money League yang dikeluarkan oleh laporan tahunan Deloitte.

1. Real madrid – €479.5m

2. barcelona – €450.7m

3. Manchester United – €367m

4. Bayern Munich – €321.4m

5. Arsenal – €251.1m

6. Chelsea – €249.8m

7. AC Milan – €235.1m

8. Inter – €211.4m

9. Liverpool – €203.3m

10. SCHALKE 04 – €202.4m

11. Spurs – €181m

12. Man City – €169.6m

13. Juventus – €153.9m

14. Marseille – €150.4m

15. AS Roma – €143.5m

16. Borussia Dortmund – €138.5m

17. Lyon – €132.8m

18. Hamburg – €128.8m

19. Valencia – €116.8m

20. Napoli – €114.9m

Anugerah ketiga Ballon D’or untuk Messi

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Tuesday 10 January 2012 9:07 am

Penyerang licik Barcelona dan Argentina, Lionel Messi sekali lagi dianugerahkan anugerah tertinggi bolasepak apabila sekali lagi memenangi anugerah Ballon D’or buat kali ketiga berturut-turut. Messi menewaskan rakan sekelabnya Xavi dan penyerang Real, Ronaldo.

Penyerang itu diumumkan sebagai pemain terbaik dunia di Zurich menyertai lagenda Perancis, Zidane dan Ronaldo sebagai pemain yang pernah memenangi sebanyak tiga kali namun Messi mencatat rekod tersendiri apabila memenanginya secara berturut-turut untuk menjejaki rekod Platini.

Untuk rekod, pemain-pemain dari kelab Sepanyol memenangi sembilan kali dari sebelas tahun anugerah pemain terbaik mereka ialah Messi tiga kali, Ronaldinho dua, dan empat untuk pemain-pemain Real Madrid Luis Figo, Ronaldo, Zidane dan Fabio Cannavaro.

Jaringan tercantik pula dimenangi oleh penyerang Santos, Neymar

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 30 November 2011 1:54 pm

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011:.

Pemenang-pemenang:

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)

Pertahanan Terbaik: Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (SELANGOR)

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)

Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)

Pemain Muda Terbaik: Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh: Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)

FA terbaik: Selangor

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 30 November 2011 10:12 am

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011 akan diadakan pada 30 November 2011 ini.

Calaon-calonnya:

Penjaga Gol Terbaik
. Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Pertahanan Terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain Tengah Terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Penyerang Terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

Jurulatih Terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

Pemain Muda Terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)

Kelab Terbaik
Kelab Peminat Terbaik
Anugerah Kemasyhuran

Bila Rezeki dah tak ada

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 28 November 2011 10:19 am

SUKAR buat jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menelan kekalahan 3-2 di tangan Bahrain dalam saingan kelayakan Kumpulan C 2012 malam tadi apabila tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam tempoh lima minit.

“Saya tidak tahu nak cakap apa, dalam lima minit segalanya berubah,” kata Kim Swee dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. “Dua gol yang kita peroleh sia-sia selepas kehilangan Affize (Faisal) dan Nazmi (Faiz Mansor).

“Saya tidak punya banyak pilihan pada baki 20 minit terakhir selepas Affize cedera dan Nazmi kekejangan otot. Saya terpaksa meletakkan Shukor (Jusoh) dan penyerang, Ferris (Danial) di bahagian tengah dan ternyata kita gagal mengekang asakan Bahrain walaupun mereka bermain dengan 10 orang.

“Malah Irfan (Fazail) terpaksa menghabiskan permainan dengan buku lali yang tercedera dan ini menunjukkan betapa terdesaknya saya dalam minit-minit terakhir permainan. Walaupun sukar untuk layak, saya harap baki permainan ini digunakan pemain untuk belajar.”

“Saya mahu pemain saya rehat secukupnya selepas perlawanan ini.
“Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya mahu mereka melupakan bola sepak seketika.”

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Shareeda menganggap perlawanan malam tadi cukup menarik dengan lima gol dijaringkan dan dia menganggap, Malaysia dan Bahrain adalah pemenang selepas masing-masing beraksi cemerlang.
“Cuma di dalam bola sepak kita perlu bermain hingga 90 minit dan walaupun kami ketinggalan dua gol, semangat juang anak buah saya untuk memburu tiga mata selepas tewas di tangan Syria dan Jepun, membawa hasil lumayan,” kata Salman.

Selepas mendahului 2-0 menerusi Nazmi (m-30) dan Mahali Jasuli (m-67), Malaysia dikejutkan tiga gol pelawat dalam tempoh lima minit hasil jaringan Saad Saiah Al-Amer (m-81) dan Isa Ahmed Muthanha (m-85, 86).

sumber: bharian.com.my

Theyab Awana – Terbunuh dalam kemalangan

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Tuesday 27 September 2011 10:06 am

Masih ingatkah anda kepada Theyab Awana? Beliau menjadi terkenal setelah mengambil sepakan penalti secara pelik dan berjaya menghasilkan gol. namun demikian beliau telah terbunuh dalam kemalangan Ahad lalu dengan sebuah lori dalam perjalanan pulang dari sesi latihan di Al-Ain untuk persiapan kelayakan olimpik menentang Korea Selatan 11 Oktober nanti.

UEFA Super Cup – Satu lagi trofi buat Barcelona

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Saturday 27 August 2011 9:44 am

Barcelona memulakan kempen 2011/2012 dengan bergaya apabila memenangi Piala Super Eropah apabila menewaskan FC Porto yang juga juara UEFA Champion League 2 0 hasil jaringan Lionel Messi dan belian baru mereka, Fabregas. Ternyata keputusan Fabregas untuk pulang ke kelab Catalan itu merupakan langkah kanan apabila sudah merangkul dua kejuaraan bersama Barcelona dalam tempoh tidak sampai sebulan, berbanding dengan Arsenal yang memakan masa selama enam tahun.

Gol lewat separuh masa pertama dari Messi dan gol pertama dari Fabregas memberikan kejuaraan ke 12 dibawah jurulatih Pep Guardiola. Kejuaraan keempat UEFA Super Cup ini hadir lebih manis buat Messi apabila dinamakan pemain terbaik Eropah dalam undian khamis lalu menewaskan Xavi dan Ronaldo.

Dalam perlawanan itu dua pemain Porto, Rolando dan Guarin dibuang padang akibat menerima dua kad kuning.

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz