AFC Cup – Kelantan atasi Aye

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 9 May 2012 9:29 am

Finalis piala FA, Kelantan menundukkan kelab dari Myamar, Ayeyawady 1-0 hasil jaringan Nwoha minit ke 46. Keputusan itu meletakkan Kelantan muncul juara kumpulan H dan akan mendapat kelebihan selaku tuan rumah pada aksi peringkat kedua. Tiada aksi timbal balik pada peringkat ini. Pada peringkat kedua nanti, Kelantan akan menentang naib juara kumpulan F pada 23 Mei di Kota Bharu.

Perlawanan perlahan dan berhati-hati dipamerkan skuad The Red Warriors memandangkan mereka hanya perlu seri disamping mereka perlu berhati-hati agar tiada pemain cedera bagi menghadapi aksi akhir menentang SIme Darby 19 Mei ini.

Dalam kumpulan yang sama Arema berjaya membelasah Navibank 6-2 dan turut layak selaku naib juara kumpulan.

Tindakan Annuar kritik Harimau Malaya pelik

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 17 March 2012 10:17 am

PENGKRITIK sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap tindakan Tan Sri Annuar Musa mengkritik prestasi semasa skuad kebangsaan sebagai sesuatu yang pelik kerana kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri.

“Inilah masalahnya kalau orang yang tidak benar-benar memahami sukan memegang jawatan tertinggi dalam persatuan. Kuasadi tangan mereka dan mereka jugalah yang pilih jurulatih serta pengurus. Dia (Annuar) sebagai salah seorang timbalan presiden sepatutnya tahu.

“Selagi Malaysia tidak mengutamakan individu berpengalaman dan berpengetahuan mengendalikan persatuan, selagi itu kita takkan maju. Pemimpin seperti ini hanya pandai cakap saja,” kata Kay Kim ketika dihubungi, semalam.

Berita Harian kelmarin melaporkan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal merangkap pengurus skuad kebangsaan tampil mempertahankan jurulatih, Datuk K Rajagobal serta anak buahnya yang tiba-tiba dikritik Annuar, Selasa lalu.

Namun selepas komennya tersiar di media, Annuar bingkas mempertahankan dirinya menerusi laman Facebook dengan menuduh media sengaja memanipulasi maksud sebenarnya itu.

Sementara itu, sumber dari Wisma FAM memberitahu, Annuar akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam tempoh dua minggu ini kerana kritikan dan kapasitinya sebagai timbalan presiden badan induk itu.

sumber: bharian online

KAFA, Butler berpisah akhirnya

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 29 February 2012 9:56 am

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan kontrak Peter James Butler selaku ketua jurulatih Kelantan berkuatkuasa, semalam selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat khas di Wisma Kafa, Kubang Kerian, semalam.

Perbincangan selama sejam antara Butler dan pihak pengurusan itu akhirnya menemui jalan penyelesaian terbaik apabila kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak tanpa sebarang tuntutan.

 Kontrak Butler bersama KAFA berakhir dan berkuatkuasa hari ini (semalam). KAFA berterima kasih atas sumbangannya terhadap pasukan Kelantan sehingga tempoh ini, kata Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah selepas mesyuarat di Kelantan Trade Centre, (KTC).
 Ketika diminta mengulas adakah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) Bojan Hodak akan dilantik menggantikan Butler sebagai ketua jurulatih, Afandi tidak menolak kemungkinan itu.

Difahamkan dua lagi calon – Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin juga berada dalam senarai pengurusan pasukan ketika ini.

Kami ada calon yang tersenarai dan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri akan mengumumkan dalam masa terdekat siapa akan mengendalikan pasukan, katanya.

Butler sebelum ini mencetuskan isu apabila kelihatan tidak melatih pasukan berikutan perang dingin antara pengendali Inggeris berusia 46 tahun itu dengan pihak pengurusan, termasuk soal pemilihan kesebelasan pemain dan isu pemain import.

sumber: bharian.com.my

Kelayakan Olimpik – janji kami!

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 22 February 2012 9:46 am

Harimau Muda tekad habis-habisan cipta sejarah benam Jepun hari ini

“KAMI sudah gagal ke Olimpik, tetapi kami ada maruah yang perlu dijaga!”

Itu pendorong yang menjadi bekalan buat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan rakan sepasukan menjelang aksi kelayakan Olimpik menentang Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Kita tahu Jepun adalah gergasi Asia dan jurang dengan Malaysia masih jauh, jadi mereka mempunyai reputasi yang perlu dijaga terutama apabila peluang menjuarai kumpulan dicabar sengit oleh Syria.

“Saya rasa tekanan kini lebih kepada Jepun kerana mereka memerlukan jaringan yang besar bagi mengatasi kedudukan Syria. Pada perlawanan pertama dulu, mereka sekadar menang 2-0 dengan Harimau Muda.

“Kami bermain bukan saja untuk negara, tetapi juga untuk peminat tempatan. Jika kemenangan dicapai di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (malam ini), ia akan menjadi hari paling bersejarah buat bola sepak negara.

“Itulah tekad dan azam yang membara dalam diri kami.”
Khairul Fahmi adalah antara tonggak utama yang memastikan gawang negara tidak banyak dibolosi pada perlawanan pertama di Fukuoka sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 17 percubaan tepat diselamatkan penjaga gol utama negara itu dan aksinya turut mendapat perhatian media Jepun. Seorang lagi pemain yang beraksi cemerlang ialah Wan Zack Haikal Wan Nor tetapi pemain sayap itu tidak dapat beraksi malam ini akibat digantung perlawanan.

“Pada perlawanan pertama dulu, kami agak gementar apatah lagi bermain di tempat lawan, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan kami semakin meningkat.

“Janji kami adalah berjuang habis-habisan malam esok (malam ini),” kata Fahmi.

sumber: bharian.com.my

Beri Khairul Fahmi ruang, peluang – Annuar

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 8 February 2012 10:17 am

Annuar anggap kontroversi akan buat Khairul Fahmi lebih matang

“BERI ruang dan peluang buat Apek (Khairul Fahmi Che Mat) mengharungi usia mudanya bersama kerjaya sebagai pemain bola profesional!”

 Itu permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan kontroversi membabitkan penjaga gol Kelantan dan kebangsaan itu satu cabaran yang perlu dilalui dan mampu membuatkan ‘hero Malaya’ itu lebih matang.
 Apek dilanda pelbagai kontroversi termasuk terbaru mengaitkan konon dia menjadi punca hubungan pertunangan anak seorang pengusaha batik terkenal dengan gadis pemilik butik pengantin di Kelantan terputus tetapi Annuar beranggapan, Khairul Fahmi yang popular dalam masa singkat pada usia masih muda memang menjadi perhatian banyak pihak.

“Saya berpendapat Apek sedang melalui cabaran seiring usia dan kerjaya sebagai penjaga gol terkenal tetapi saya yakin pelbagai kontroversi ini akan membuatkan dia (Apek) lebih matang.

“Saya percaya, apa yang berlaku dan apa yang dia lakukan, tidak mempunyai sebarang maksud yang tidak baik,” katanya selepas memantau sesi latihan pemain The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Menurutnya, tidak banyak yang dapat dilakukan pihak pengurusan untuk membantu penjaga gol itu jika kontroversi itu membabitkan peribadi, namun KAFA sentiasa memberi nasihat dan sokongan demi kebaikan kerjayanya.
Akhbar semalam melaporkan, pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, menafikan pertunangannya bersama anak seorang usahawan di Kelantan, terputus disebabkan Khairul Fahmi.

sumber:bharian online

Khairul Fahmi pasang pengawal peribadi

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Monday 6 February 2012 4:17 pm

KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.

 Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.

“Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

“Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.

Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari.
Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

“Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum.

“Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

“Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak peminat Apek keliru dengan pelbagai kontroversi, mereka boleh melayari sesawang kelabpeminatkhairulfahmimalaysia.org atau mendapat maklumat tepat daripada Che Mat sendiri.

“Kita tidak mahu negara kehilangan seorang penjaga gol berkaliber sekiranya anak jati Kelantan ini tiba-tiba membuat keputusan menggantung jersi disebabkan tidak tahan dengan kontroversi negatif,” katanya.

sumber: bharian online

Rasuah – FAM gantung 18 pemain

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Monday 6 February 2012 10:07 am

The Football Association of Malaysia (FAM) mengumumkan 18 pemain telah digantung permainan akibat terbabit dalam isu rasuah. 18 pemain remaja itu digantung 2 hingga 5 tahun. 18 pemain terbabit masing-masing dari negeri Sembilan, T-Team dan MP Muar yang terbabit dalam piala presiden 2011.

Dalam pada itu, jurulatih remaja Negeri Sembilan turut digantung seumur hidup dari terbabit dengan bolasepak apabila turut terbabit dengan gejala terbabit.

“Ia adalah satu kesalahan apabila terlibat dalam gejala penentuan perlawanan dan pemain harus sedar bahawa mereka harus menganggap diri mereka bertuah dibayar hanya untuk bermain bola sepak,” kata Sultan Ahmad.

Ketika Malaysia menuju kegemilangan dalam pentas bolasepak khasnya di Asia Tenggara tiba-tiba muncul lagi gejala yang boleh merosakkan maa depan bolasepak tanahair.

Dalam aksi kelayakan olimpik malam tadi, Malaysia gagal untuk mencari tiga mata apabila tewas kepada Bahrain 2-1 di Manama. Kekalahan ini menyaksikan Malaysia gagal meraih sebarang mata dan dikedudukan tercorot kumpulan.

Apek tak lupa diri

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 1 January 2012 11:32 pm

PENJAGA gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kehidupannya berubah berbanding sebelum dia bergelar pemain bola sepak negara.

Bagaimanapun, dia yang lebih dikenali sebagai Apek tetap tidak lupa diri walaupun menjadi perhatian ramai kerana matlamat asalnya adalah berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hargai sokongan media dan orang ramai kepada saya selama ini, malah saya tidak boleh lari daripada menjadi perhatian atau pandangan serta tumpuan ramai sejak berkecimpung sebagai pemain bola sepak.

“Sebagai pemain, saya akui hidup berubah, tapi ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk berjaya dalam karier bola sepak,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi, barangan dan logo pasukan The Red Warriors (TRW) 2012 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Khairul Fahmi, dia juga tidak tahu bagaimana orang menilainya, tapi berharap diberi sokongan dalam usahanya untuk mencapai kejayaan.

Malah, dia tetap menghormati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hormati apa orang ingin katakan terhadap pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan saya hargai sokongan dan perhatian mereka selama ini.

rmati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.

“Saya hormati apa orang ingin katakan terhadap pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan saya hargai sokongan dan perhatian mereka selama ini.

“Saya tetap beri tumpuan utama kepada karier bola sepak kerana ia adalah pilihan hidup saya. Saya mahu buat yang terbaik sebagai penjaga gol negeri dan kebangsaan,” katanya. Khairul Fahmi berkata, walaupun menjadi perhatian umum, ia tidak menjejaskan tumpuannya dan akan terus berusaha meningkatkan lagi pencapaiannya musim depan. “Bagi saya pengiktirafan pelbagai pihak termasuk akhbar berhubung sumbangan saya kepada bola sepak amat saya hargai dengan baik dan akan berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya tetap fokus dengan tugas saya sebagai penjaga gol pasukan Kelantan dan kebangsaan dan saya harap mampu meningkatkan lagi pencapaian saya musim depan,” katanya.

Bagaimanapun, penjaga gol berasal dari Kampung Cherang, Kota Bharu itu banyak berdiam diri ketika diajukan soalan berkaitan peribadi, sebaliknya senang menjawab pertanyaan mengenai karier bola sepak yang diceburinya.

sumber: metro online

FIFA Ballon d’Or 2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 6 December 2011 10:28 am

Senarai pendek pemain untuk FIFA tahunan Ballon d’or atau anugerah pemain terbaik tahun 2011 telah diumumkan hari ini pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat FIFA di  Perancis. Setiausaha FIFA General Jérôme Valcke, Ketua Bola sepak Perancis, Ketua Pegawai Eksekutif, François Morinière, bekas pemain Perancis, Emmanuel Petit dan Gaëtane Thiney turut hadir dalam majlis tersebut. Messi mungkin boleh mencatat kejayaan hatrik apabila beliau turut dicalonkan dalam kategori pemain terbaik bersama-sama rakan sepasukan Xavi dan bintang Real, Ronaldo.

Pemain terbaik lelaki: Cristiano Ronaldo (Portugal), Lionel Messi (Argentina) dan Xavi (Spain).

Pemain terbaik wanita: Marta (Brazil), Homare Sawa (Japan) dan Abby Wambach (USA)

Jurulatih terbaik pasukan wanita: Alex Ferguson (Scotland), Josep Guardiola (Spain) dan José Mourinho

Jurulatih terbaik pasukan wanita: Bruno Bini (France), Norio Sasaki (Japan) dan Pia Sundhage (Sweden)

Calon-calon yang terpilih adalah dibuat oleh kapten-kapten pasukan dan jurulatih dan dikendalikan oleh Majalah Football France.

Anugerah FIFA Puskás turut dipertandingkan iaitu kategori yang mengiktiraf jaringan tercantik yang dilakukan oleh Lionel Messi (Argentina), Neymar (Brazil) dan Wayne Rooney (England).

Keputusan FIFA Ballon d’Or ini akan diumumkan di Zurich pada 09 januari 2012 nanti.

Kelayakan Olimpik – Malaysia Bahrain

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 26 November 2011 11:09 am

Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluang playoff di Bukit Jalil

BERITA keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.

Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu.

“Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita. “Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati,” kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.

Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).

Aksi playoff secara liga sepusingan bakal membabitkan naib juara Kumpulan A, B dan C itu adalah untuk memilih satu pasukan bagi menghadapi pasukan keempat terbaik Zon Afrika dan pemenangnya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Namun untuk aksi malam esok, Kim Swee tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang cedera hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu manakala peluang Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim yang hanya menjalani latihan ringan semalam, masih 50-50.
“Tanpa Muslim, Fadhli Shas yang sudah pulih daripada demam panas akan bergandingan dengan Amer Saidin. Bukan memandang rendah Bahrain, tapi pemain sudah kembali segar dan bersedia untuk perlawanan itu,” jelas Kim Swee.

sumber: bharian.com.my

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz