Manchester City bangkit bergaya

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 14 May 2012 9:48 am

 

Penantian 44 tahun berakhir di 5 minit terakhir.

Penuh emosi di Stadium Etihad apabila Manchester City berjaya bangkit dari ketinggalan 1-2 untuk menang 3-2 dalam masa tambahan. Dua gol dari Edin Dzeko dan Kun Aguero pada minit ke 92 dan 94 memberi kebangkitan menakjubkan buat City.

Zabaleta membuka tirai jaringan pada minit ke 39 dan permulaan yang memberangsangkan itu hanya bertahan seketika apabila Cisse menyamakan kedudukan setelah kesilapan Lescott membuat tandukan lemah kebelakang disambar Cisse yang merembat deras menewaskan Joe Hart minit ke 48.

QPR terpaksa bermain 10 pemain dibalik asakan berterusan City mencari gol kemenangan apabila kapten mereka dibuang padang setelah pengadil mendakwa pemain itu mengasari Tevez pada minit ke 55. Joey Barton dilayangkan kad merah namun bermain 10 pemain dan asakan berterusan City QPR berjaya mencuri satu lagi gol melalui serangan balas menarik dan gol tandukan Jamie Mackie minit ke 66 menambahkan lagi drama di Stadium Etihad.

Manchester City terus mengasak kubu pertahanan QPR dalam usaha mencari gold an hasilnya mereka berjaya menjulang takhta liga setelah menanti 44 tahun.

Sementara itu QPR turut terselamat dari tergelincir ke liga kejuaraan apabila berada ditangga keempat terbawah dibantu hasil keputusan seri Bolton dan Stoke City.

Keputusan penuh perlawanan terakhir:

Chelsea 2 – Blackburn 1

Everton 3 – Newcastle 1

Norwich 2 – Aston Villa 0

Sunderland 0 – MU 1

Swansea 1 – Liverpool 0

Spurs 2 – Fulham 0

West Brom 2 – Arsenal 3

Wigan 3 – Wolve 2

EPL – Man City Juara 2012

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 14 May 2012 12:12 am

Penentuan mahkota EPL 2011/12

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 13 May 2012 5:01 pm

Malam ini bakal menentukan siapa yang layak dinobatkan terbaik di England. Adakah Manchester City atau juara bertahan, Manchester United. Semua perlawanan akan berlangsung serentak jam 10 malam.

Chelsea vs Blackburn

Everton vs Newcastle

MC vs QPR

Norwich vs Aston Villa

Stoke City vs Bolton Wanderers

Sunderland vs MU

Swansea vs Liverpool

Spurs vs Fulham

West Brom vs Arsenal

Wigan vs Wolve

 

Kedudukan liga setelah 37 perlawanan:

EPL, penentuan juara diheret hingga ke akhir liga

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 7 May 2012 9:45 am

Manchester City menewaskan Newcastle di St James park 2-0 hasil dua jaringan yaya Toure. Keadaan itu memberi tekanan kepada penyandang juara, Manchester United namun MU membei tindak balas positif dengan menumpaskan Swansea di Old Trafford dengan jaringan yang sama hasil gol dari Paul Scholes dan Young.

Penentuan juara diheret hingga ke perlawanan terakhir liga apabila masing-masing terikat dengan 86 mata namun kelebihan jaringan berpihak kepada City.

Perlawanan terakhir akan menyaksikan City akan menerima kunjungan QPR manakala MU akan berkunjung ke Sunderland. Dalam pada itu QPR perlu menang bagi mengelakkan terjerumus ke Divisyen 1 kerana mereka boleh dipintas Wigand an Bolton jika tewas.

Chelsea julang Piala FA

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 6 May 2012 11:32 am

The Blues terus mencipta gemilang di bawah kendalian Di Matteo apabila berjaya menjulang Piala FA buat kali ketujuh setelah menewaskan Liverpool 2-1 hasil jaringan Ramires dan Drogba.  Gol Liverpool dijaringkan Andy Carrol minit ke 64.

Mungkin kesilapan Kenny tidak memasukkan Carrol dalam kesebelasan utama kerana pemain itu nyata berbisa dengan jaringan gol kedua namun dinafikan oleh pengadil biarpun bola sudahpun melepasi garisan gol.  Penyerang bernilai £35 juta itu menanduk masuk gol namun tidak dikira oleh penjaga garisan kerana tindakan pantas Cech mengelirukan pengadil yang bertugas malam itu.

Ketinggalan 1 gol memaksa Liverpool meningkatkan permainan dan menguasai perlawanan tetapi tetap gagal menembusi pertahanan Chelsea. Perlawanan itu juga menyaksikan Drogba mencipta rekod jaringan dalam empat final yang berbeza.

“ Secara jujurnya saya tidak tahu mengenainya ( Teknologi garisan gol). Yang saya tahu kami sudah berusaha keras”. Carrol.

Jaringan carrol tidak disahkan pengadil

Akhirnya Torres

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 19 March 2012 10:29 am

Kemarau berpanjangan gol akhirnya terungkai apabila Torres menjaringkan dua gol buat Chelsea dalam perlawanan FA Cup menentang Leicester City. Dalam perlawanan itu Torres menjaringkan gol dalam pada minit ke 67 dan 85. Chelsea menang 5-2.

Chelsea memperolehi gol melalui Gary Cahill minit ke 12 yang kemudiannya membuka bajunya untuk menunjukkan mesej “Pray 4 Muamba” yang rebah tidak sedarkan diri semasa perlawanan Bolton menentang Spurs dalam satu lagi aksi suku akhir. Solomon Kalou menambah gol minit ke 18 dan Raul Meireles minit ke 91 selain dua dari gol daripada Torres untuk mudah melangkah ke separuh akhir. Chelsea bakal berdepan Spurs atau Bolton.

Kemarau lima bulan tanpa jaringan gol akhirnya ditamatkan bekas penyerang Sepanyol itu dan jika rentetan jaringan dilakukan peluang beliau untuk kembali menyarung jersi pasukan Sepanyol mungkin terbuka kembali.

United pintas City

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 12 March 2012 10:33 am

Akhirnya hajat united untuk memintas City berjaya juga setelah mereka menang 2-0 ke atas West Brom di Old Trafford dibantu dengan kekalahan mengejut City kepada kelab Swansea 0-1.

Rooney yang kembali mempamirkan bisa meledak dua gol untuk Manchester United pada minit ke 35 dan 71 untuk menutup seketika mulut jiran mereka yang bising.

Sementara itu Swansea mengejutkan pendahulu liga itu melalui jaringan Luke Moore minit ke 83 sekaligus menolak City ketangga kedua dengan perbezaan satu mata sahaja.

Kedudukan carta:

AVB dipecat Chelsea

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 5 March 2012 12:57 pm

Setelah berkhidmat hampir lapan bulan untuk majikannya, Chelsea akhirnya Andre Villa Boas dipecat ekoran kekalahan sekali lagi kepada West Brom. Pengurus berusia 34 tahun itu dipecat ekoran keputusan yang tidak memberansangkan sejak akhir-akhir ini.

Chelsea yang kini menduduki tangga keenam liga menamakan Roberto Di Matteo sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim ini.

Juan mata yang dibawa Villa-Boas ke Stamford Bridge berterima kasih kepadabekas pengurus Chelsea itu sepanjang beliau berada dikelab.

“Saya ingin ucapkan terima kasih dan doakan beliau sentisa berjaya”. Kami perlu bekerja keras dan pasti hari yang baik akan muncul. Terima kasih kerana menyokong kami”. Mata

Piala Liga – ‘Malaysia’ terlepas kejuaraan pertama

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 27 February 2012 9:30 am

Cardiff City hampir mengapai trofi pertama buat mereka namun dikecewakan oleh sepakan penalti. Biarpun mendahului seawall minit ke 19 melalui Josep Mason Cardiff gagal menahan asakan bertali arus Liverpool dan Martin Skrtel menyamakan kedudukan pada minit 60 hasil kelam kabut didepan pintu gol.

Liverpool seakan berjaya meraih kemenangan dalam masa tambahan apabila Kyut menjaringkan gol minit ke 108 namun semangat juang tinggi skuad burung biru itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 118 melalui Ben Turner.

 

Seri dua sama memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti dan Liverpool berjaya mengapai trofi pertama semenjak enam tahun lepas.

Ironinya, sepupu Gerrard, Anthony yang gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Liverpool berjaya menjulang trofi pertama mereka musim ini. “Seorang bersedih dan seorang lagi bergembira” kata Gerrard kepada BBC yang bersimpati ke atas nasib sepupunya yang menyepak keluar sepakan terakhir Cardiff City.

‘Malaysia’ mln Liverpool

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 26 February 2012 9:19 am

Aksi Cardiff pada final Piala Liga di Wembley jadi detik bersejarah negara

APA jua keputusan final Piala Liga antara Cardiff City dan Liverpool di Stadium Wembley malam ini, kemenangan tetap menjadi milik Malaysia kerana buat pertama kali dalam sejarah, nama negara terpampang di dada 11 pemain kelab milik syarikat tempatan itu.

 Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata, tidak terlintas di fikirannya tiga bulan lalu betapa kelab dari Liga Kejuaraan yang baru diambil alih itu, akan beraksi di Wembley.
 Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini. – Chan Tien Ghee, Pengerusi Cardiff City

“Peluang bermain di Wembley dan menentang pasukan hebat seperti Liverpool adalah satu pencapaian besar buat Cardiff dan Malaysia,” katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berada di London, semalam.

“Malaysia turut meraikan peristiwa bersejarah ini kerana nama negara terpampang di jersi pemain Cardiff, itu boleh dianggap satu kemenangan buat negara.

“Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini.”

Walaupun Cardiff belum mempunyai kumpulan penyokong yang besar di kalangan peminat di Malaysia berbanding Liverpool, Chelsea atau Manchester United, hakikat kelab berkenaan mempunyai pertalian rapat dengan negara, mampu menjadi asas kukuh untuk membentuk kumpulan penyokong yang besar di tanah air.
“Di Wales sendiri, sambutan terhadap Malaysia cukup besar dan sebahagian penduduknya mula mengenali negara kita sejak pemilikan kelab ini pada Mei 2010,” kata Tien Ghee. “Malah pemain Cardiff yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia, menganggap negara sebagai rumah kedua mereka.”

Menyentuh peluang Cardiff melakukan kejutan pada final pertama Piala Liga, Tien Ghee berkata, apa saja boleh berlaku tetapi yang penting skuad kendalian Malky Mackay yang diberi jolokan Bluebirds itu mempamerkan aksi berkualiti malam ini.

“Kami ada peluang dan pemain bersemangat tinggi untuk berjaya. Kami tahu harapan tinggi diletakkan peminat, terutama 32,000 penyokong dari Wales yang hadir ke London. Begitu juga peminat dari Malaysia. Saya harap ia menjadi kenyataan,” katanya.

sumber: bharian online

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz