Goal menakjubkan Neymar

Posted by admin | Brazilian Serie A League | Wednesday 3 August 2011 3:37 pm

Neymar terus membuktikan mengapa beliau menjadi rebutan gergasi-gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmat beliau. Dalam aksi Santos menentang Flamengo yang ditunjangi bekas pemain terbaik dunia dua kali Ronaldinho, Neymar mempamirkan aksi menakjubkan untuk menjaringkan gol cantik buat Santos. Real Madrid sanggup ‘beratur panjang’ untuk mendapatkan khidmat beliau.

Santos mendahului tiga gol sebelum Ronaldinho bangkit menjaringkan tiga gol untuk menerajui kemenangan Flamengo ke atas Santos. Elano menyepak lemah sepakan penalti dan gagal menyamakan kedudukan. Santos 4, Flamengo 5.

Ringkas – Ronaldinho ke Flamengo

Posted by admin | Brazilian Serie A League | Tuesday 11 January 2011 6:37 pm

Bermacam-macam spekulasi timbul berkenaan isu perpindahan Ronaldinho. Bekas pemain Barcelona dan AC Milan itu dikaitkan dengan pelbagai kelab semenjak beliau menyatakan hasrat untuk berpindah dari AC Milan setelah menempuh musim yang kurang berjaya bersama kelab tersebut.

Terdahulu beliau dikaitkan dengan kelab dari Perancis, PSG, Gremio, Palmeiras dan Corinthians dan selepas itu Blackburn juga menyatakan hasrat untuk memancing bekas pemain terbaik dunia dua kali ini.

Akhirnya semua itu terlerai setelah beliau menandatangani kontrak kelab dari negara asalnya, Flamengo sehingga 2014 menamatkan segala spekulasi pemain bintang dari Brazil ini.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz