Shinji Okazaki dipikat Stuggart

Posted by admin | Germany Bundesliga | Saturday 5 February 2011 10:52 pm

Stuttgart menandatangani Shinji Okazaki yang cemerlang membantu Jepun muncul juara Piala Asia Qatar lalu dan beliau menjadi pemain terbaru dari Jepun menyertai Bundesliga.

Striker Jepun itu menjadi pemain keenam berhijrah ke Jerman selepas Piala Dunia Afrika 2010 lalu dan melonjakkan nama Jepun antara negara yang melahirkan pemain-pemain berbakat dan membantu melonjakkan benua Asia secara amnya. Menepis tanggapan sebelum ini bahawa pemain dari Asia gagal untuk menembusi persaingan di Eropah. Antara pemain Jepun yang berjaya di Bundesliga ialah Shinji Kagawa yang bermain untuk Borussia Dortmund dan sudahpun menjaringkan lapan gol untuk kelab tersebut.

Atsuto Uchida, Kisho Yano, Tomoaki Makino dan Hajime Hosogai antara nama lain yang mengikut jejak Kagawa. Dortmund mendapatkan Kogawa dengan yuran perpindahan hanya € 350.000. sahaja.

Stuttgart menunggu kontrak Okazaki bersama kelab J-League Shimizu S-Pulse berakhir dan mereka akan mendapatkan pemain tersebut secara percuma.
“Saya tidak akan rugi dan saya yakin akan bermain baik saya. Kenikmatan lebih dari tekanan,” kata striker itu kepada wartawan sebelum meninggalkan lapangan terbang Narita Tokyo, jumaat lalu.

Okazaki menjaringkan tiga gol dalam perlawanan menentang Arab Saudi dalam kempen Piala Asia Qatar lalu di mana Jepun menang 5 0 dalam perlawanan tersebut dan jaringan tersebut merupakan hatrick ketiga beliau bersama Blue Samurai.

Kelab Jerman, FC Koln juga mendapatkan pertahanan pemain Jepun, Makino secara percuma selain Wolfsburg menandatangani kapten Jepun Makoto Hesebe yang diperolehi juga secara percuma.

Nilai kagawa dikatakan sehingga kini bernilai $12 juta namun Atletico Madrid dan Manchester United dikhabarkan menawarkan dua kali ganda untuk mendapatkan beliau.

Perpindahan Pemain Januari 2011

Posted by admin | Germany Bundesliga,Italian Serie A,Spanish La Liga | Wednesday 5 January 2011 12:28 pm

Pintu perpindahan pemain-pemain dalam liga-liga ternama Eropah mula dibuka. Kelab-kelab bolasepak mula berkira-kira untuk mendapatkan pemain masing-masing bagi memperkuatkan saingan dalam liga domestik dan juga kancah Eropah. Berikut disenaraikan kemungkinan perpindahan pemain bagi Januari 2011.

Serie A Italy

AC Milan sudah pun mula mengikat kontrak dengan ‘budak jahat’ Antonio Cassano dari Samprodia. Manakala mereka akan melepaskan Ronaldinho yang ingin kembali ke kelab asalnya, Gremio. Namun khabar angin PSG yang mahu mendapatkan khidmatnya.  Sudah pasti kelibatnya di Eropah akan dirindui jika benar beliau kembali ke Gremio.

Roque Santa Cruz, pemain Manchester City juga beria –ia untuk bermain di Itali setelah tempatnya di Man City tidak terjamin dengan kehadiran ramai bintang-bintang. Antara kelab yang berminat mendapatkannya ialah Juventus dan Lazio.

La Liga Sepanyol

Gergasi La Liga ingin mendapatkan penyerang baru bagi saingan 2011 ini. Penyerang ini pastinya sebagai sandaran baru selepas kecederaan Gonzalo Higuain. Karim Benzema pula dikatakan akan dilepaskan kelab serba putih itu. Calon yang sedang hangat dikatakan ialah penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente.

Musuh setempat Real, Barcelona juga memancing pemain baru mereka dari PSV Eindhoven, Ibrahim Afellay.

Bundesliga Jerman

Juara bertahan, Bayern Munich yang kini bergelut untuk mempertahankan kejuaraan telah cuba memikat pemain dari Hoffenheim, Luiz Gustavo bagi mengantikan Mark van Bommel yang semakin berusia. Mereka juga mungkin mendapatkan bintang Swiss Xherdan Shaquiri bagi menguatkan saingan mereka musim 2011.

Pasti banyak lagi perpindahan yang akan berlaku dalam pintu perpindahan Januari ini. Kami akan bawakan senarai ringkas perpindahan pemain lengkap nanti.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz