Posted by admin | Italian Serie A | Saturday 13 August 2011 5:30 pm

Penyerang dari Cameroon, Samuel Eto’o telah pun bersetuju dengan syarat perjanjian dengan kelab dari Rusia, Anzhi Makhachkala yang bakal menyaksikan beliau akan berpindah dari Inter Milan. Mungkin tiada lagi sambutan ala bintang namun sesuatu yang lebih lumayan menanti beliau di sana.

The LifeNews.ru melaporkan penyerang berusia 30 tahun itu telah bersetuju dengan terma kontrak dan akan menandatanganinya sejurus melepasi ujian kesihatan.

Anzhi terpaksa membayar yuran perpindahan kepada Inter Milan sebanyak 40 juta Euro untuk mendapatkan Eto’o. Eto’o bakal menikmati gaji RM1.5 juta seminggu di sana. Gaji paling mahal dalam sejarah pemain bolasepak.

Ringkas – Ronaldinho Sah akan ke Gremio

Posted by admin | Italian Serie A | Friday 7 January 2011 9:41 pm

Bekas pemain terbaik dunia dua kali, Ronaldinho sah akan kembali ke kelab lamanya Gremio. Setelah lebih 10 tahun beraksi di Eropah akhirnya Ronaldinho kembali ke tanahairnya, Brazil mengikut jejak bekas rakan sepasukan dalam skuad negara, Ronaldo.

Keputusan ini telah melenyapkan spekulasi yang beliau akan ke PSG. Corinthians, Palmeiras dan Flamengo masih cuba mengikat perjanjian dengan pemain ini namun Ronaldinho memilih kelab dimana beliau memulakan karier bolasepak pada tahun 1998.

Perpindahan Pemain Januari 2011

Posted by admin | Germany Bundesliga,Italian Serie A,Spanish La Liga | Wednesday 5 January 2011 12:28 pm

Pintu perpindahan pemain-pemain dalam liga-liga ternama Eropah mula dibuka. Kelab-kelab bolasepak mula berkira-kira untuk mendapatkan pemain masing-masing bagi memperkuatkan saingan dalam liga domestik dan juga kancah Eropah. Berikut disenaraikan kemungkinan perpindahan pemain bagi Januari 2011.

Serie A Italy

AC Milan sudah pun mula mengikat kontrak dengan ‘budak jahat’ Antonio Cassano dari Samprodia. Manakala mereka akan melepaskan Ronaldinho yang ingin kembali ke kelab asalnya, Gremio. Namun khabar angin PSG yang mahu mendapatkan khidmatnya.  Sudah pasti kelibatnya di Eropah akan dirindui jika benar beliau kembali ke Gremio.

Roque Santa Cruz, pemain Manchester City juga beria –ia untuk bermain di Itali setelah tempatnya di Man City tidak terjamin dengan kehadiran ramai bintang-bintang. Antara kelab yang berminat mendapatkannya ialah Juventus dan Lazio.

La Liga Sepanyol

Gergasi La Liga ingin mendapatkan penyerang baru bagi saingan 2011 ini. Penyerang ini pastinya sebagai sandaran baru selepas kecederaan Gonzalo Higuain. Karim Benzema pula dikatakan akan dilepaskan kelab serba putih itu. Calon yang sedang hangat dikatakan ialah penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente.

Musuh setempat Real, Barcelona juga memancing pemain baru mereka dari PSV Eindhoven, Ibrahim Afellay.

Bundesliga Jerman

Juara bertahan, Bayern Munich yang kini bergelut untuk mempertahankan kejuaraan telah cuba memikat pemain dari Hoffenheim, Luiz Gustavo bagi mengantikan Mark van Bommel yang semakin berusia. Mereka juga mungkin mendapatkan bintang Swiss Xherdan Shaquiri bagi menguatkan saingan mereka musim 2011.

Pasti banyak lagi perpindahan yang akan berlaku dalam pintu perpindahan Januari ini. Kami akan bawakan senarai ringkas perpindahan pemain lengkap nanti.

Ronaldinho bakal meninggalkan AC Milan

Posted by admin | Italian Serie A | Monday 3 January 2011 2:06 pm

Berita perpindahan bekas dua kali pemain terbaik dunia, Ronaldinho ke kelab asal beliau, Gremio mula bertiup kencang. Ronaldinho kini tidak berada ditahap terbaik di San Siro semenjak melalui prestasi menakjubkan di Barcelona. Aksi memukau beliau di Barcelona gagal dipersembahkan di Milan dan setelah tiga musim di sana beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Gremio kelab di mana beliau mula bermain.

Namun khabar angin itu turut dinafikan dengan berita perpindahan beliau juga ke kelab lamanya, Paris St Germain. Kemuncak prestasi beliau bermula di PSG semenjak berpindah dari Gremio pada tahun 2001 sehingga 2003. Beliau dipikat Barcelona untuk musim 2003 hingga 2008 setelah aksi memukau pada Piala Dunia 2002 yang membentuk gandingan 3R bersama Ronaldo dan Rivaldo.

Ronaldinho pernah meniti zaman kegemilangan dengan terpilih dua kali memenangi anugerah Ballon D’Or dan membantu Barcelona memenangi LA Liga untuk dua musim berturut-turut dan Liga Juara-Juara musim 2005-2006.

Memandangkan Milan telah mendapatkan Cassano, maka pemain berusia 30 tahun itu terpaksa memilih untuk berpindah dan Milan meletakkan harga perpindahan sebanyak €8million jika PSG mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz