Archive for the ‘Jersi Bola’ Category

Jersi Bola Baru


Akhirnya saya terbeli juga jersi The Gunners walaupun tidak berapa ngam sangat dengan skuad Arsene Wenger ini. Namun kecantikan design jersi ini berjaya menawan hati saya untuk membelinya sebagai koleksi terbaru jersi-jersi saya. Kesempatan membawa sahabat baik saya nuwa ke Rantau Panjang telah berjaya menarik keluar duit dari poket saya.

Jersi ini tidaklah mahal kerana saya bukanlah orang berada untuk membelinya dari luar negara sebagai koleksi peribadi. Cukuplah sekadar made in golok namun kualitinya tinggi setanding dengan yang original dan yang penting ianya murah.. :lol:

Masih ingat masa dulu-dulu..terpaksa mengumpul duit hingga setengah tahun untuk mendapatkan sehelai jersi (real madrid) yang agak mahalpada masa tu dan hanya boleh dibeli di kedai-kedai sukan dan butik saja.  Tapi sekarang lebih murah dan mudah di dapati di pekan Rantau Panjang ini. Pelbagai koleksi jersi-jersi menarik terdapat di sini seperti Man U,Liverpool, Real Madrid, Barcelona, Brazil dan macam-macam lagilah juga jersi terbaru skuad kebangsaan kita yang agak menarik.

Bagi yang asing dengan Rantau Panjang, ianya merupakan syurga beli-belah dengan harga murah di Kelantan ini. Kepada pelancong-pelancong yang bercuti ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ni sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. pelbagai barangan boleh didapati di sini dari aneka buah-buahan, periuk belanga, pakaian hinggalah kepada kelengkapan perkahwinan.

Kepada rakan-rakan peminat jersi bola yang berminat untuk mendapatkan jersi pasukan kesayangan masing-masing bolehlah emailkan kepada saya kooreen79@yahoo.com.  dan saya cuba untuk dapatkannya. Namun jersi Stoke City takde pulak kelihatan..

Percuma!!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • Fark
  • feedmelinks
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

233,615