Liga Europa – City, Liverpool kandas

Posted by admin | Liga Europa | Friday 18 March 2011 11:19 am

Kelab berbelanja besar, Manchester City terpaksa akur apabila terkeluar dari saingan liga Europa kepada Dynamo Kiev dari Ukraine. Perlawanan timbal balik di City gagal dimanfaatkan sepenuhnya apabila hanya menang 1-0 namun tidak cukup untuk City yang terkeluar dari saingan selepas tewas aggregate 2-1.

Dalam perlawanan itu Mario Balotelli diarah keluar padang oleh pengadil setelah membuat terjahan keras kepada Goran Papov dan alasan bermain dengan 10 pemain menjadi punca utama kekalahan pasukan mereka dakwa Roberto Mancini. Mancini mempersoal layanan kad merah terus kepada pemainnya itu bukannya layangan kad kuning yang sepatutnya.

Satu lagi kelab gergasi Inggeris, Liverpool turut menerima nasib yang sama apabila turut melangkah keluar dari saingan setelah sekadar mencatat keputusan seri di Anfield. Perlawanan peringkat pertama di Portugal mereka tumpas kepada Braga 1-0.

Kenny Dalglish menyifatkan pasukannya kekurangan kreativiti dan nasib apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan itu.

Keputusan penuh:

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz