Aksi dramatik, Bayern mara

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 26 April 2012 9:26 am

Bayern Munich berjaya mencapai hasrat mereka untuk beraksi di final liga juara-juara dilaman sendiri setelah berjaya mengatasi Real Madrid melalui keputusan sepakan penalti.

Dalam aksi sebenar Ronaldo memberi harapan buat tuan rumah apabila menjaringkan penalty pada minit ke 6 lagi setelah bola terkena tangan pertahanan Bayern, Alaba. Ronaldo sekali lagi memberi kedudukan selesa untuk tuan rumah setelah beliau dengan tenang menjaringkan gol minit ke 16. Segalanya nampak menjadi buat Real Madrid di awal permainan namun kekasaran Pepe ke atas Gomez mengubah segalanya. Bayern dihadiahkan penalti yang disempurnakan oleh Robben bagi menjadikan aggregate 3-3.

Perlawanan gagal ditentukan pemenangnya pada aksi masa tambahan dan penentuan sepakan penalti juga turut memaparkan aksi yang cukup mendebarkan. Real Madrid terlepas dua sepakan pertama mereka apabila Ronaldo dan Kaka gagal menyempurnakan sepakan apabila mudah ditepis oleh Neuer. Cassilas tampil menyelamatkan keadaan apabila turut menafikan dua sepakan Toni Kroos dan Lahm namun disaat genting Ramos menyepak tinggi dan kesempatan itu diterjemahkan kepada kemenangan oleh Bastian Schweinsteiger untuk memberi tiket kepada mereka beraksi difinal menentang Chelsea.

10 pemain Chelsea tumbangkan juara bertahan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 25 April 2012 9:49 am

Bermain 10 pemain, ketinggalan 2-0 namun itu menjadi kenangan manis buat pasukan Chelsea dalam laluan ke final liga juara-juara menewaskan juara bertahan, Barcelona. Ketinggalan 2-0 melalui jaringan Busquets minit ke 35 dan Iniesta 43, Chelsea bangkit menyamakan aggregate melalui gol cantik Ramires dalam masa tambahan separuh masa pertama.

Torres, penyerang yang agak ‘berkarat’ menutup terus peluang Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan apabila menjaringkan gol penyamaan minit ke  92 untuk menjadikan aggregate 3-2.

Pemain terbaik dunia tiga kali, Messi pula terlepas sepakan penalty apabila sepakannya melambung tinggi untuk menggegar gawang. “Kami perlu berterima kasih kepada Messi untuk apa yang telah beliau sumbangkan kepada kelab” ujar Pep Guardiola merujuk kepada kegagalan Messi menjaringkan penalty.

Chelsea terpaksa bermain 10 pemain apabila John terry dilayangkan kad merah minit ke 37 lagi namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan barisan pemain bintang Barcelona.

Chelsea akan ke Munich dan menanti pemenang antara Real Madrid dan Bayern Munich.

“We have done very well in the tournament over the past four years but some you win, some you lose; that’s the beauty of sport”.Josep Guardiola

“The second half wasn’t so much about tactics as passion, pride and desire to get to the final. We knew we were just 45 minutes away” Di Matteo.

Messi catat satu lagi kejayaan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 4 April 2012 9:37 am

Barcelona mara keseparuh akhir setelah menumpaskan AC Milan dengan jaringan 3-1. Terima kasih kepada dua penalty Messi yang turut menyaksikan beliau berjaya memecahkan rekod jaringan terbanyak semusim dengan 14 gol. Dengan 50 gol untuk Liga Juara-Juara menjadi tanda aras baru untuk lain-lain pemain mencapainya. Satu pencapaian yang menakjubkan buat Messi.

Barcelona membuka tirai gol melalui sepakan penalti dari Messi seawal minit ke 11. Milan berjaya menyamakan kedudukan minit ke 32 melalaui Antonio Nocerino. Messi sekali lagi menjaringkan gol memalui sepakan penalty pada minit ke 42 bagi memberikan sedikit kelebihan buat kelab catalan itu. Iniesta mengukuhkan kedudukan buat Baca apabila menjaringkan gol minit ke 53 setelah berjaya melolosi diri dari perangkap offside.

top scorers:

Liga Juara-Juara – suku akhir pertama

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 29 March 2012 10:29 am

Setelah tamat pusingan pertama peringkat suku akhir liga juara-juara, Real Madrid dan Bayern sudah menjamin selangkah ke separuh akhir. Jika tiada kejutan berlaku mereka akan berentap di separuh akhir.

AC Milan dan Barcelona seri dalam aksi pertama. Bermain di San Siro kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gold an peluang kini 50-50 untuk kedua-dua pasukan. Menanti mereka di separuh akhir ialah antara Chelsea dan Benfica. Jika dilihat pada kedudukan sekarang Chelsea lebih berpeluang melangkah ke separuh akhir setelah gol jaringan Kalou minit ke 75 memberikan sedikit kelebihan apabila bermain di gelanggang sendiri nanti.

Gol Gomez 44 dan Robben 69 memberi dua gol berharga di tempat lawan untuk dijadikan bekalan selesa dalam pertemuan kedua nanti. Pemenang antara Bayern dan Marseille akan menentang Real Madrid yang hampir pasti ke separuh akhir setelah menwaskan kelab dari Cyprus, Apoel FC 3-0 digelanggang lawan.

Undian suku akhir liga juara-juara

Posted by admin | Liga Juara Juara | Saturday 17 March 2012 10:32 am

Juara bertahan, Barcelona tidak akan bertembung dengan pendahulu La Liga, Real Madrid kerana kedua-dua pasukan itu awal-awal lagi diasingkan bagi mengelak mereka bertembung disuku akhir. Dalam undian yang dilakukan itu Real Madrid dan Barcelona tidak akan bertemu juga diseparuh akhir andai kedua-duanya layak melepasi suku akhir.

Real Madrid lebih bernasib baik apabila bakal menentang kelab yang membuat kejutan APOEL manakala pertembungan lebih menarik apabila AC Milan sekali lagi akan menentang Barcelona, kelab yang menyingkirkan mereka tahun lalu.

Chelsea yang menjadi satu-satunya kelab Inggeris yang masih bersaing di peringkat Eropah akan bertandang ke Benfica bagi perlawanan pertama dan satu lagi perlawanan akan menyaksikan Marseille menentang Bayern Munich. Perlawanan peringkat suku akhir akan dilangsungkan pada 27-28 Mac dan 3-4 April.

Messi lakar sejarah lagi

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 8 March 2012 9:34 am

Lionel Messi membuktikan yang beliau masih yang terbaik dikancah liga juara-juara apabila sekali lagi mencatat sejarah peribadi dengan menjadi pemain pertama yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan. Barcelona mara ke suku akhir dengan aggregate 10-2 membenam cabaran kelab dari Jerman, batern Laverkusen. Laverkusen yang juga naib juara edisi 2002 nyata hilang arah bagaimana mahu mengekang kelincahan Messi.
Dua gol lagi dijaringkan oleh Tello yang turut mencuri tumpuan melalui jaringan minit ke 55 dan 62.  Messi kini mengumpul 12 gol di kancah Eropah musim ini menyamai rekon Ruud van Nistelroy edisi 2002-03 dan beliau berpeluang cerah untuk memintas berdasarkan prestasi semasa beliau dan Barcelona ketika ini.

Dengan 12 jaringan, 5 jaringan melebehi pesaing terdekat, Mario Gomez dari Bayern Munich Messi adalah calon paling layak menjadi penjaring terbanyak musim ini di arena liga juara-juara.

Dalam satu lagi perlawanan, Apoel mengejutkan gergasi Perancis, Lyon melalui kemenangan sepakan penalty 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat aggregate satu sama.

Arsenal kecundang disebalik kebangkitan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 7 March 2012 10:08 am

Arsenal yang mengharapkan keajaiban seolah-seolah berjaya menghapuskan deficit 4 gol. Keputusan itu nampak menjadi apatah lagi mereka menjaringkan tiga gol diseparuh masa pertama melalui Laurent Koscielny minit ke 7, Tomas Rosicky mint ke 26 dan sepakan penalty van Persi minit ke 43.

Memasuki babak kedua AC Milan nyata mampu bertahan untuk mengelakkan The Gunners membedil jarring mereka. Arsenal yang perlukan satu gol lagi nyata gagal merobek gawang yang dikawal Abbiati untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Arsenal tewas dengan aggregat 3-4.

Liga juara-juara – Napoli benam Chelsea

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 22 February 2012 10:02 am

Kelab kaya dari England, Chelsea terus dirundum malang, kejuaraan liga juara-juara yang pertama makin malap apabila kecundang ditangan Napoli 3-1. Kedudukan Villas Boas makin panas setelah mereka hamper pasti untuk menamatkan musim tanpa sebarang kejuaraan musim ini. Namun kedudukan 3-1 mungkin boleh berubah jika mereka berjaya menumbangkan Napoli di gelanggang sendiri nanti.

Ezequiel Lavezzi menyumbangkan dua gol buat Napoli dan penyerang yang kian meningkat naik prestasinya, Cavani turut menghadiahkan satu gol buat Napoli pada minit ke 47 separuh masa pertama. Namun demikian Chelsea terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan gol minit ke 27 melalui Juan Mata tapi tidak bertahan lama apabila Ezequiel Lavezzi menyamakan kedudukan pada minit ke 39.

Gabungan dua pemain dari Amerika Selatan itu nyata menjadi duri dalam daging buat Chelsea apabila mereka berjumpa di Stamford Bridge nanti.

Sementara itu Real Madrid berjaya mengikat CSKA Moscow di Olimpiyskiy stadion Luzhniki dalam perlawanan sejuk beku. Ronaldo membuka tirai jaringan buat Real minit ke 28 namun CSKA berjaya menyamakan kedudukan disaat-saat akhir minit ke 93 bagi membawa sedikit bekalan ke Santiago nanti.

AC Milan hampir pasti ke suku akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 16 February 2012 10:02 am

AC Milan mempamirkan aksi mantap pada saingan pertama peringkat kalah mati apabila berjaya membenam Arsenal di San Siro 4-0. Kevin Prince Boateng yang kembali dari kecederaan memulakan pesta gol AC Milan pada minit ke 18 sebelum Robinho menemukan jarring dua kali pada minit ke 38 dan 49. Ibrahimovich melegkan malam serba menjadi buat gergasi Itali itu dengan sepakan penalti pada minit ke 79.

Liga Juara-Juara – United, City gagal mara

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 8 December 2011 10:26 am

Manchester United dan City terkeluar dari saingan liga juara-juara apabila masing-masing menghuni ditangga ketiga kumpulan. Dalam kumpulan A city mencatat kemenangan yang tidak bermakna ke atas Bayern Munich tapi gagal mara setelah Napoli berjaya menumpaskan Villareal juga dengan keputusan 2-0.

Manchester United yang hanya perlukan seri di Basel namun dikejutkan apabila tewas kepada kelab dari Switzeland itu dengan keputusan 2-1. United pernah gagal ke pusingan kalah mati pada 2006.

Pasukan yang layak mengikut kumpulan:

kump A – Bayern & Napoli

Kump B – Inter & CSKA

Kump C – Benfica & Basel

Kump D – Real Madrid & Lyon

Kump E – Chelsea & Leverkusen

Kump F – Arsenal & Marseille

Kump G – APOEL & Zenit

Kump H – Barcelona & Milan

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz