Piala Antara Kelab Dunia – Inter Milan 3 Seongnam 0

Posted by admin | Piala Antara Kelab Dunia | Thursday 16 December 2010 7:29 am


Seperti diramalkan, Inter selaku juara Eropah tiada masalah untuk mengatasi kelab dari Korea, Seongnam Ilhwa FC, 3-0. Inter akan bertemu juara Afrika, TP Mazembe yang mengalahkan Internacional, 2-0 dalam pertemuan separuh akhir terdahulu.

Gol gol Inter Milan dijaringkan oleh Dejan STANKOVIC seawal minit ke 3, Javier ZANETTI minit ke 32 dan Diego MILITO minit ke 73.

Piala Antara Kelab Dunia – Mazembe kejutkan Internacional

Posted by admin | Piala Antara Kelab Dunia | Wednesday 15 December 2010 8:13 pm


TP Mazembe membuat kejutan besar dalam kejohanan kali ini apabila mengetepikan gergasi Brazil, Internacional 2 – 0. Seluruh Afrika bersama kami, begitulah luahan penjaga gol pelik mereka, Kidiaba yang sekali lagi bertindak cemerlang di sebalik aksi pelik beliau  ketika meraikan kemenangan kelab dari Congo itu.

Gol pertama Mazembe hadir pada minit 53 ke hasil sepakan lencong cantik Milota Kabangu. Internacional juga mempunyai beberapa peluang terbaik namun ketangkasan Kadiaba menafikan mereka. Mazembe menambah gol ke dua pada minit ke 85 hasil gerakan menarik Kaluyituka.

Keputusan ini membawa TP Mazembe ke perlawanan akhir untuk bertemu pemenang antara Inter Milan dari Itali atau Seongnam, Korea.

FIFA Piala Antara Kelab Dunia UAE 2010

Posted by admin | Piala Antara Kelab Dunia | Sunday 12 December 2010 1:20 pm

Di sebalik kemeriahan dan debaran Suzuki Cup yang melanda Asia Tenggara, di UAE juga sedang berlangsung piala antara kelab terbaik dunia dari 08-18 Disember 2010.

Kelab-kelab yang beraksi adalah kelab yang terbaik mewakili benua masing-masing. Eropah di wakili juara Liga Juara-juara, Inter MIlan. Mexico diwakili Pachuca yang tewas pada perlawanan suku akhir kepada wakil Afrika TP Mazembe dari negara Congo menerusi aksi menarik kedua-dua pasukan. TPM menang 1-0 dibantu aksi menarik penjaga gol mereka Muteba KIDIABA.

Al-Wahda yang mewakili benua Arab tewas dengan jaringan besar kepada kelab dari Asia Seongnam Ilhwa Chunma F.C (Korea) 4-1 pada satu lagi pertemuan yang mejanjikan kelas dunia.

Brazil diwakili kelab gergasi mereka  Sport Club Internacional yang menjuarai Copa Sudamericana. Satu lagi pasukan ialah pasukan yang kian meningkat naik dari Papua New Guinea yang baru ditubuhkan tujuh tahun yang lalu.

Seongnam akan bertemu tugas berat apabila dijadualkan bertemu juara eropah, Inter Milan pada peringkat separuh akhir dan satu lagi separuh akhir akan menyaksikan kelab Afrika, TPM bertemu juara Copa, Internacional. Inter Milan dan Internacional layak ke separuh akhir secara automatik sebagai pasukan pilihan. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 14 & 15 Disember dan kemuncak kejohanan ini akan berlangsung pada 18 Disember 2010.

Antara pasukan yang pernah menjulang piala ini ialah:

2009 – FC Barcelona
2008 – Manchester United
2007 – AC Milan
2006 – Internacional
2005 – Liverpool
2000 – Corinthians

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz