Piala Asia Qatar – Jepun hampakan Soccerros

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 30 January 2011 1:52 am

Ringkas – Jepun menghampakan harapan Soccerroos apabila jaringan Lee minit ke 19 masa tambahan memberikan The Blue Samurai satu lagi kejuaraan. Sepakan epara volley yang menarik dari beliau sudah memadai untuk Jepun mengungguli kuasa bolasepak asia. Jepun menjadi pasukan yang paling berjaya apabila merangkul empat kejuaraan iaitu 1992, 2000, 2004 dan 2011.

Piala Asia Qatar – Korea 3 Uzbekistan 2

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 29 January 2011 1:18 am

Piala Asia Qatar – Australia Jepun berentap di final

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Wednesday 26 January 2011 1:35 pm

Dua pasukan pilihan, Jepun dan Australia menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir apabila menumpaskan lawan masing-masing pada separuh akhir malam tadi.

Enam pemain menjaringkan enam gol dalam aksi perlawanan separuh akhir antara Australia dan Uzbekistan yang menyaksikan Socceroos mudah menempah tiket ke final yang bakal bertemu juara tiga kali, Jepun. Gol-gol Australia dijaringkan oleh H. Kewell 5, S. Ognenovsk, 35, D. Carney 65, B. Emerton 74, C. Valeri 82 dan R. Kruse minit ke 83. Untuk rekod pemain Australian Sasa Ognenovsk adalah pemain terbaik Asia tahun lalu. Uzbekistan yang berada diranking 108 dunia nyata tidak mampu untuk bertahan dengan asakan pemain-pemain Australia yang rata-rata bermain di kelab-kelab Eropah.

Australia berpeluang meraih kejuaraan buat kali pertama selepas gagal dalam edisi pertama penyertaan mereka pada tahun 2007. Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia merupakan  pengajur bersama edisi tersebut.

Jepun sebelum itu menewaskan Korea Selatan melalui sepakan penalti selepas perlawanan terikat dua sama. Korea Selatan mendahului Jepun melalui jaringan Sung-Yueng KI minit ke 23 menerusi sepakan penalti. Jepun kemudiannya menyamakan kedudukan 13 minit melalui jaringan Ryoichi Maeda. Kedudukan satu sama memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan dan pada minit ke 98 Jepun mendahului Korea Selatan menerusi jaringan Hajime Hosogai. Gol tersebut seakan memihak kepada Jepun  untuk menghabiskan permainan dalam masa tambahan namun gol minit ke 120 dari penyerang Korea Jae-Won Hwang memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Malang buat pasukan Korea apabila mereka gagal menjaringkan sebarang sepakan penalty yang diambil dan Jepun menyempurnakan sepakan penalti mereka melalui Keisuke Honda, Shinji Okazaki dan Yasuyuki Konno.

Dalam pada itu Uzbekistan dan Korea Selatan akan berentap bagi tempat ketiga dan keempat dimana pemenang tempat ketiga akan layak automatik untuk edisi 2015 nanti.

Piala Asia Qatar – Socceroos, Taeguk mara

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 23 January 2011 6:59 pm

Australian dan Jepun menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir apabila menundukkan lawan masing-masing. Kedua-dua pasukan terpaksa menunggu hingga masa tambahan untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir. Korea Selatan menumpaskan Iran 1-0 manakala Australia menundukkan juara bertahan Iraq juga dengan 1-o.

Harry Kewell muncul wira buat Socceroos apabila tandukannya minit ke 118 mengegar jarring menewaskan penjaga gol Iraq, Mohammed Kassid. Hantaran lintang dari Matt Mckay ditanduk kemas Kewell untuk membawa Australia ke separuh akhir menetang Uzbekistan 25 Januari ini. Ini kejayaan pertama Australia melangkah ke separuh akhir dalam Piala AFC setelah tahun 2007 mereka gagal melangkah jauh apabila tumpas kepada jepun di suku akhir.

Kewell yang kini bermain untuk kelab Turki Galataray berkata beliau sungguh gembira kerana perlawanan diakhiri tanpa penentuan sepakan penalti. “ Perlawanan ini sangat sukar dan tiada perlawanan yang mudah di Asia dan ianya terbukti dengan perlawanan tadi. Saya percaya bahawa kami sudah bekerja keras untuk menang dan saya berbangga dengan semua pemain”. Ujar Kewell.

Australia dihidang dengan deretan peluang keemasan namun gagal disudahkan sehinggalah hantaran dari Mckay ini tepat jatuh kepada Kewell untuk menanduk mudah melepasi jangkauan Kassid.

Sementara itu, satu lagi pasukan pilihan, Korea Selatan juga mara apabila menewaskan satu lagi gergasi Asia yang juga juara tiga kali, Iran 1-0. Jaringan pemain gantian Yoon Bit-garam memberikan Taeguk Warriors tiket ke separuh akhir. Menanti mereka di separuh akhir ialah rakan Piala dunia 2002 mereka, Jepun.

Pertemuan suku akhir edisi ini mengulangi edisi 2007 dan kedua-dua pasukan juga buntu mencari gol dalam 90 minit permainan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kedua-dua separuh akhir antara Australia Uzbekistan dan Jepun Korea akan dilangsungkan pada 25 Januari nanti.

Pasukan paling berjaya Piala Asia

Piala Asia Qatar – Park memburu rekod gemilang

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 22 January 2011 11:16 pm

Park Ji-sung meraih kegemilangan bersama Manchester United. Kapten Korea itu bakal mencipta rekod peribadi apabila turun menentang Iran sabtu ini. Perlawanan menentang Iran akan memberikan Park caps ke 99 mewakili Korea Selatan. Tiada malagi mana-mana pemain Korea yang melakukan penampilan sebanyak itu semenjak 1960 lagi.

Pemain tengah Manchester itu berharap dapat mengatasi Iran dan itu memberi peluang kepada beliau meraih penampilan ke 100 secara peribadi dan membantu Korea untuk menjulang Piala Asia 2011 ini.

“Jelas itu akan menjadi kehormatan besar untuk bermain perlawanan ke-100 untuk pasukan kebangsaan pada perlawanan besar seperti Piala Asia AFC,” kata Park, 29,.

Pemain tengah Manchester United itu sebelum ini mengisyaratkan bersara daripada bolasepak antarabangsa selepas Piala Asia AFC tetapi laporan media baru-baru ini mengatakan dia masih dalam dilema. Untuk memutuskannya.

“Ini akan menjadi Piala Asia yang sangat istimewa bagi saya,” Ujar Park kepada media setibanya di sini sebelum memulakan perlawanan.

Piala Asia Qatar – Jepun mengatasi tuan rumah, Qatar 3-2

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Saturday 22 January 2011 11:05 pm

Jepun menepati ramalan untuk layak ke separuh akhir Piala Asia Qatar. Bermain dengan 10 orang tidak mematahkan semangat The Blue Samurai untuk menundukkan pasukan tuan rumah Qatar. Gol minit-minit akhir dari Masahiko Inoha memberikan Jepun tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 3-2 di Stadium Al Gharafa.
Permulaan yang baik buat Qatar apabila Sebastian Soria membuka jaringan pada minit ke 12 hasil larian dari tepi sebelah kiri gol Jepun sebelum memperdayakan pertahanan Jepun dan melepaskan rembatan yang gagal ditepis penjaga gol Jepun. Namun demikian Jepun menyamakan kedudukan satu sama melalui Shinji Kagawa minit ke 28.

Malang buat pasukan jepun apabila pertahanan mereka Maya Yoshida dilayangkan kad kuning kedua apabila beliau mengasari Yuesf Ahmed dan sepakan percuma yang diambil Fabio Cesar memberikan gol pendahuluan buat pasukan bimbingan Bruno Metsu itu. Ini kali kedua Jepun terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam aksi Piala Asia kali ini.

Semangat Blue Samurai nyata sesuai dengan pasukan jepun itu apabila sekali lagi mereka menyamakan kedudukan melalui Kagawa sekali lagi. Kagawa yang bermain di Bundesliga untuk Borussia Dortmund nyata tampil cemerlang pada perlawanan tersebut. Gol kemenangan Jepun dihadiahkan oleh Inoha pada minit ke 89.

“ Mental pasukan nyata sukar setelah Qatar mencetak gol kedua mereka”. Ulas Kagawa yang menjaringkan dua gol untuk memberikan Jepun lalauan tepat merangkul Piala Asia pertama buat mereka.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Uzbekistan menewaskan Jordon dengan keputusan 2-1.

Piala Asia Qatar – Keputusan penuh peringkat kumpulan

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Thursday 20 January 2011 3:13 pm

Nashat Akram – Iraq

Lapan  pasukan yang layak ke peringkat suku akhir sudah diketahui setelah berakhirnya perlawanan dalam peringkat kumpulan.. Gergasi-gergasi Asia awal-awal lagi sudah menepati ramalan untuk melangkah ke suku akhir. Kejutan paling besar ialah tersingkirnya jura tiga kali Arab Saudi pada edisi kali ini. Kempen Arab Saudi berakhir apabila dimalukan Jepun dengan kekalahan besar 5 0. Juara bertahan Iraq juga layak setelah menewaskan Korea Utara pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Iraq menang 1 0 untuk bertemu Soccerros pada peringkat suku akhir nanti.

Piala Asia Qatar – Kedudukan pasukan

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Sunday 16 January 2011 11:42 pm

Setelah berakhir dua perlawanan bagi setiap pasukan berikut dipaparkan kedudukan terkini setiap kumpulan. Arab Saudi menjadi pasukan pertama yang terkeluar untuk ke pusingan suku akhir dan Iran sudah pun menjamin tempat ke pusingan seterusnya. Dalam kumpulan A, Uzbekistan sudah sebelah kaki ke suku akhir dan hanya perlu seri menentang China pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

sumber:goal.com

Piala Asia Qatar – Jepun menang tipis

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Friday 14 January 2011 2:48 pm

Perlawanan yang penuh dengan dramatik antara Jepun dan Syria berlangsung di Stadium Suheim Bin Hamad yang disaksikan oleh 10453 penonton. Jepun yang bermain dengan 10 pemain berjaya mengalahkan Syiria 2-1.

Gol pertama Jepun hadir pada minit ke 35 hasil jaringan kapten mereka Makoto Hasebe minit ke 35 untuk memberi kelebihan kepada Jepun pada separuh masa pertama. Gol berpunca dari rembatan Shinji Kagawa yang memaksa penjaga gol Syria membuat tampanan dan bola jatuh ke kaki Daisuke Matsui sebelum beliau membuka peluang kepada Hasebe yang merembat rendah untuk menewaskan penjaga gol Syria, Mosab Balhous.

Perlawanan nyata menarik kerana kedua-duanya perlu menang setelah pada perlawanan pertama Jepun sekadar seri 1-1 sama dengan Jordon manakala Syria pula membuat kejutan ke atas Arab Saudi untuk menang 2-1.

Memasuki separuh masa kedua, permainan mula menjadi semakin menarik dengan aksi tersusun kedua-dua pasukan. Minit ke 71 satu insiden kontroversi berlaku apabila pengadil menghadiahkan penalti kepada Syria apabila penjaga gol Jepun, Kawashima menjatuhkan pemain Syria dan beliau dilayangkan kad merah. Pemain Jepun membuat bantahan kerana penjaga garisan mengangkat bendera kerana pemain Syria dalam kedudukan offside tetapi pengadil tetap dengan keputusannya. Syria menyamakan kedudukan hasil jaringan Firas Alkatib minit ke 76 yang menewaskan Shusaku Nishikawa yang masuk mengantikan Kawashima.

Jepun yang bermain dengan 10 pemain tetap menguasai permainan dengan membuat serangan demi serangan. Hasilnya 10 minit sebelum tamat permainan mereka dihadiahkan sepakan penalti apabila Shinji Okazaki dijatuhkan oleh dua pertahanan Syria. Honda tidak mengsia-siakan peluang untuk memberi tiga mata berharga kepada Jepun. Syria juga terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Nadim Sabag dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan.

Bermain di Stadium Qatar Sports Club itu Jepun terlebih dahulu mendapat peluang pada minit keenam lagi apabila Atsuto Uchida menyilangkan bola kepada Ryoichi Maeda tetapi tandukan pemain Jubilo Iwata itu sedikit tersasar. Syria juga mendapat peluang terbaik apabila gerakan solo Wael Ayan dari sebelah kiri  gagal disudahkan dengan sempurna oleh Muhammad AL Zino.

Syria yang mendominasi minit-minit akhir perlawanan gagal memecah kebuntuan untuk mencari gol penyamaan.

Piala Asia Qatar – Ringkas – Keputusan Kumpulan D

Posted by admin | Piala Asia Qatar 2011 | Wednesday 12 January 2011 10:17 am

Korea Utara 0 – Iran 0

Iran 2 – Iraq 1

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz