‘Saya bukan wira’

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Monday 21 May 2012 11:17 am

“SAYA bukan wira, saya cuma menjalankan tugas dan semua pemain sebenarnya berhak mendapat pujian di atas kejayaan ini,” kata penyerang import Kelantan, Mohamed Ghaddar yang menjaringkan gol tunggal kemenangan pasukannya menewaskan Sime Darby 1-0 di pentas Final Piala FA kelmarin.

Biarpun gol itu hadir menerusi sepakan penalti kontroversi pada minit ke-58 selepas pengadil, Suhaizi Shukri menghukum pemain pertahanan Sime Darby, Mohd Fairuz Abd Aziz yang dikatakan menolak Obinha Nwaneri dalam kotak penalti, Ghaddar tidak mahu menjadikan ia satu isu.
Sebaliknya pemain import dari Lubnan itu menganggap pengadil sudah membuat keputusan dan dia gembira dapat menyempurnakan sepakan penalti yang cukup bermakna dalam kariernya biarpun mengakui berasa sedikit tertekan.

“Saya sudah banyak menjaringkan gol menerusi sepakan penalti namun ini paling penting buat saya kerana saya memang bertekad untuk menghadiahkan kemenangan untuk penyokong Kelantan yang datang ke stadium.
“Kami berhak menang kerana kami mendominasi permainan dan mencipta lebih banyak peluang berbanding pasukan lawan, jadi tidak perlu mempertikaikan kemenangan ini,” kata Ghaddar yang berarak bersama rakan sepasukan membawa trofi baru Piala FA mengelilingi stadium selepas majlis penyampaian hadiah.
Kejayaan Kelantan yang disaksikan 85,000 penyokong yang sebilangan besar penyokong The Red Warriors pasti dapat mengubat kekecewaan atas kegagalan pada final 2009 kepada Selangor 1-1 (sepakan penalti 4-1) sebelum tumpas 2-1 di tangan Terengganu tahun lalu.

Piala FA itu yang julung kali dimenangi itu diarak ke seluruh Kota Bharu, melengkapkan transformasi kehebatan gergasi Pantai Timur itu selepas muncul juara Piala Malaysia 2009 dan Liga Super musim lalu.
Bagi Ghaddar, kejayaan menjulang trofi Piala FA masih belum cukup, sebaliknya masih mahu terus memburu kejuaraan musim ini.

sumber:hmetro

Tiket buat penyokong Kijang

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Tuesday 15 May 2012 10:41 am

Pengurus pasukan Kelantan memperagakan Piala Fa yang baru diperkenalkan menggantikan yang lama.

ANAK-ANAK Tanah Merah, Kelantan di Lembah Klang yang mahu memberi sokongan kepada Red Warriors menentang Sime Darby pada final Piala FA berpeluang menyaksikan pertandingan itu secara percuma di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini boleh mendapatkan tiket percuma mulai hari ini sehingga Khamis, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Perodua Noble Twin Sdn Bhd, Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat berhampiran stesen LRT Jalan Jelatek.

Lima ribu tiket disediakan tapi mereka berminat dikenakan syarat tertentu. Keterangan lanjut boleh hubungi Zulkifli di 019-2599909 atau 03-42510955 atau Shukri, 013-9336050.

sumber: hmetro

Piala FA: Kecuaian pertahanan punca Kedah tewas kepada Kelantan

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Wednesday 2 May 2012 12:32 pm

gambar: kredit ammboi.com

ALOR SETAR: Kecuaian benteng pertahanan Kedah merupakan punca utama Kedah sekadar seri 2-2 di Stadium Darul Aman malam tadi, sekaligus melayakkan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 3-3, kata jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan.

Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu dengan Sime Darby dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

“Kami dihukum dengan kesilapan pertahanan pasukan. Saya telah ingatkan pemain dua gol awal tersebut tidak menjamin bahawa dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

“Ini kerana Kelantan amat berbahaya kepada kita sekiranya mereka (pertahanan) beri ruang kepada lawan membolosi gawang Kedah,” kata kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.
Wan Jamak berkata kesilapan pertama berlaku pada minit ke-46, apabila pertahanan Kedah gagal menyekat serangan Kelantan yang mendapat sepakan sudut dan memberi ruang kepada import Kelantan Obinna Nwaneri menjaringkan gol pertama mereka.
Wan Jamak berkata pertahanan Kedah sekali lagi menjadi punca kekalahan pasukan Kedah apabila berlaku salah faham antara pemain pertahanan untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya menyebabkan Mahmoud Ghadar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.

Katanya selain itu faktor kegopohan beberapa pemainnya untuk menjaringkan gol menyebabkan mereka gagal menghasilkan jaringan dengan beberapa peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan baik.

Sementara itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata beliau gembira dengan kejayaan Kelantan mara ke perlawnan akhir Piala FA walaupun mempunyai jadual perlawanan yang padat sebelum ini apabila terpaksa menghadapi Piala AFC menentang Vietnam 24 April lepas. – BERNAMA

Sumber: hmetro.com.my

Kelantan bangkit kecewakan Kedah

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Wednesday 2 May 2012 9:16 am

 

 

Sime Darby mara dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Selayang malam tadi.

Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

Kelantan pula melangkah bergaya selepas mencatat keputusan 2-2 dengan Kedah pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi sekali gus mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pada aksi pertama minggu lalu, kedua-dua pasukan turut mencatat keputusan seri 1-1.

Meskipun terikat dengan agregat 3-3 tetapi Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kedah pernah beraksi di final Piala FA pada tahun 1996, 2007 dan 2008 dengan meraih gelaran sebagai juara, namun pada tahun 2010 mereka dihampakan Negeri Sembilan yang pada masa itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan.

Nasib ternyata tidak menyebelahi anak-anak buah pengendali yang berasal dari Johor itu berdasarkan perkiraan gol ditempat lawan menerusi agregat 3-3.

Kelebihan dua jaringan pada babak pertama menerusi jaringan penyerang licik, Mohd. Khyril Muhymeen Mohd. Zambri yang mampu memberi kelebihan kepada Kedah gagal dipertahankan sehingga wisel penamat.

Sebaliknya Kelantan bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Obinna Nwaneri dan penyerang, Mahmoud Ghadar.

Kedua-dua pasukan yang mahu mencari jaringan awal sebagai gol semangat saling mengasak sebaik wisel dibunyikan pengadil perlawanan, M. Yusof Mat Karim.

Pasukan tuan rumah berpeluang mendahului menerusi Gerc pada minit ke-29, namun diselamatkan penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Usaha skuad Kenari akhirnya berhasil menerusi sepakan percuma Ketua Pasukan, Baddrol Bakhtir yang dikuis cantik Mohd. Khyril Muhymeen pada minit ke-31.

Mohd. Khyril Muhymeen sekali lagi menceriakan lebih 30,000 penyokong skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-42.

Pemain berjersi 18 itu menolak masuk hantaran Mohd. Fazliata Taib yang menerima hantaran Mohd. Khairul Helmi Johari daripada kawasan tengah padang untuk meletakkan pasukan tuan rumah selesa mendahului dua jaringan.

Skuad Kijang memulakan babak kedua dengan langkah kanan apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi pemain import, Obinna Nwaneri yang menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-47.

Mohd. Khyril Muhymeen yang berjaya melepasi pertahanan pasukan pelawat sekali lagi berpeluang melebarkan jaringan dua minit kemudian, namun sepakannya diselamatkan Khairul Fahmi.

Pasukan pelawat selepas itu menggandakan asakan dan akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Mahmoud Ghadar pada minit-61.

sumber: kelate.net

 

Keputusan Piala FA 19 Mac 2011

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Saturday 19 March 2011 11:15 pm

Pasukan yang layak ke separuh akhir: Pahang, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Keputusan penuh: (Keputusan perlawanan pertama dalam kurungan). Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung pada 13 Mei 2011.

Pahang vs Terengganu

Selangor vs Pahang

Keputusan perlawanan Piala FA 15 Mac 2011

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Tuesday 15 March 2011 11:18 pm

Keputusan perlawanan Piala FA 04 Mac 2011

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Saturday 5 March 2011 11:36 am

Ringkas – Piala FA Malaysia 2011

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Friday 4 March 2011 12:59 am

Harimau Muda A 1 – Johor 2

Piala FA 2011 – Kelantan, Harimau Muda A mara

Posted by admin | Piala FA Malaysia | Saturday 19 February 2011 5:12 pm

gambar: berita harian online

Kelantan dan Harimau Muda A berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA apabila menewaskan lawan masing-masing. Dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi, Kelantan dan Terengganu T-Team terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat satu sama sehingga babak masa tambahan.

Gol Kelantan hadir pada minit ke 52 hasil tandukan Rizal Fahmi yang tidak dikawal dipenjuru kanan pintu gol T-Team untuk menewaskan Syamsuri Mustafa. Bekas penyerang Kelantan yang kini menyarung jersi T-Team, Indra Putra menyamakan kedudukan hasil rembatan menarik apabila menerima hantaran lintang Shamsul Kamal Mohamad pada minit ke 61.

Kelantan boleh menamatkan perlawanan pada masa sebenar namun penalti yang dihadiahkan kepada Kelantan gagal disudahkan oleh Norshahrul Idlan. Kelantan dihadiahkan penalti apabila Danial dijatuhkan oleh Indra dan ‘MatYo’ gagal menyempurnakan sepakan tersebut dan memaksa perlawanan dilanjutkan sehingga 120 minit. Gagal mencari gol kemenangan keputusan terpaksa dilakukan melalui sepakan penalti dengan aggregat 6-5/

Di Stadium Shah Alam Harimau Muda A mudah menundukkan SDM Navy 4-0.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz