Piala Malayisa 2012 – Kelantan menang tipis

Posted by admin | Piala Malaysia | Sunday 7 October 2012 3:20 pm

Kelantan belum selesa, Nasriq dilayang kad merah

Peluang beraksi di gelanggang sendiri di perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pertama dimanfaatkan dengan baik oleh Kelantan apabila meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Selangor, malam tadi

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Norfarhan apabila bijak menyambar kesilapan pemain Selangor Fitri Syazwan dari kawasan tengah dan merembat kencang menewaskan Norazlan.

Kelantan akan bertandang ke Shah Alam bagi pusiangan kedua separuh akhir Jumaat ini.

Tahniah Negeri Sembilan – Juara 2011 Piala Malaysia edisi 85

Posted by admin | Piala Malaysia | Saturday 29 October 2011 11:46 pm

Negeri sembilan nyata memerlukan 10 minit terakhir untuk memastikan Piala Malaysia kembali ke negeri itu untuk kali kedua dalam tiga percubaan. Gol sensasi penyerang mereka, Hai – O membolehkan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia edisi ke 85 setelah mereka kecewa di tangan Kelantan tahun lepas.

Namun disebalik kejayaan itu, terima kasih kepada Sharbinee yang sekali mengundang rasa tidak puas hati penyokong Terengganu yang menghadiahkan gol penyamaan kepada Skuad Hoben hasil sepakan jarak jauh S Kunanlan dan beliau gagal menangkap kemas bola yang tiada ancaman dari mana-mana pemain sebelum menerjah jaring minit ke 81. Asha’ari memeberikan sinar buat Peteh minit ke 63 namun gagal memberikan Terengganu kejuaraan kali kedua setelah kali pertama pada tahun 2001.

Hairudin Omar nyata menjadi rakyat Terengganu yang menghampakan negeri sendiri hasil rembatan cantik untuk gol kedua Negeri Sembilan minit ke 86 yang menjadi pemain pertama mencatat sejarah selaku pemain yang menjaringkan gol dalam tiga aksi final berturut-turut.

Negeri Sembilan meraih kejayaan cukup manis ini untuk bertemu kelantan pada aksi Piala Sumbangsih 2012 pada Januari nanti.

Juara Bertahan Tumbang

Posted by admin | Piala Malaysia | Saturday 15 October 2011 1:13 pm

KELANTAN 2
Azamuddin Mohd Akil (m-54)
Muhd Badhri Radzi (pen m-70)

TERENGGANU 2
Mohamad Ashaari Shamsuddin (m-18, 39)

Terengganu layak ke separuh akhir menerusi agregat 5-3.

KOTA BHARU – Juara bertahan, Kelantan menamatkan cabaran lebih awal dalam kempen Piala Malaysia musim ini setelah tewas menerusi agregat 5-3 kepada musuh tradisinya, Terengganu.

Dalam aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi, Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mencipta kebangkitan setelah sekadar seri 2-2 dengan Terengganu.

Dua gol dalam babak pertama menerusi jaringan pemain kebangsaan, Mohamad Ashaari Shamsuddin pada m-18 dan 39 perlawanan meruntuhkan semangat juang barisan pemain Kelantan untuk mencipta kejutan luar biasa dalam perlawanan malam tadi.

Seawal minit keempat, Kelantan yang turun dengan misi memburu dua gol memulakan ancaman apabila hantaran lintang Khairan Eruan Razali di tanduk Azamuddin Mohd Akil cantik namun sedikit tersasar di atas pintu gol Terengganu.

Enam minit kemudian, giliran Terengganu pula melakukan percubaan pertama ke pintu gol Kelantan menerusi rembatan kencang pemain tengahnya, Joseph Kalang Tie dari jarak 30 meter tinggi namun melewati pintu gol.

Selang seminit kemudian, Kelantan hampir memperolehi gol pembukaan yang dinanti-nantikan menerusi percubaan Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi namun rembatan kencangnya daripada luar kotak penalti terkena palang gol pasukan pelawat.

Begitupun, tujuh minit kemudian, Terengganu mengejutkan tuan rumah apabila apabila pemain sayapnya, Mohamad Ashaari Samsuddin menjaringkan gol pertama untuk pasukannya.

Berpunca hantaran jauh oleh Abdul Hadi Yahaya dari tengah padang, Mohamad Ashaari bijak melepasi perangkap ofsaid barisan pertahanan Kelantan sebelum merembat kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama pasukannya.

Ternyata gol tersebut memberikan tekanan kepada anak buah Datuk M Karathu untuk kembali memburu gol penyamaan. Pada m-20, Muhd Badhri yang tidak dikawal oleh pemain pasukan pelawat sekali lagi mempersiakan peluang terbaiknya apabila memilih untuk menyepak tinggi melepasi jangkauan pintu gol Terengganu.

Sebaliknya Terengganu kembali mengganas seminit kemudian, menerusi gerakan solo Abdul Manaf Mamat yang berjaya memperdayakan S Subramaniam namun rembatan derasnya pula diselamatkan Khairul Fahmi.

Peluang terbaik Kelantan untuk menyamakan kedudukan hadir sekali lagi pada m-25 kali ini menerusi rembatan kencang Norshahrul Idlan Talaha namun tindakan bijak penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli melayangkan badan meneyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.

Badi kesukaran untuk menjaringkan gol terus menghantui Kelantan pada m-37 apabila sepakan percuma Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid daripada luar kotak penalti hanya singgah di tiang gol Terengganu.

Namun dua minit kemudian, Mohamad Ashaari memastikan kedudukan agregat berubah menjadi 5-1 apabila meledakkan gol kedua untuk pasukannya. Abdul Hadi sekali lagi menjadi inspirasi kepada jaringan tersebut apabila hantarannya bijak dimanfaatkan oleh Mohamad Ashaari yang merembat kencang di dalam kotak penalti untuk gol kedua.

Bersambung babak kedua, Kelantan yang dilihat semakin tertekan terus melipat gandakan asakan dan kesilapan Mohd Sharbinee Allawee yang gagal menangkap kemas bola dihukum oleh Azamuddin menerusi tolakan mudahnya untuk gol pertama Kelantan pada m-54.

Ternyata gol tersebut membakar semangat juang barisan pemain Kelantan namun masih tidak cukup untuk diterjemahkan dalam bentuk jaringan apabila percubaan Muhd Badhri pada m-57 diselamatkan Mohd Sharbinee Allawee manakala tandukan S Subramaniam empat minit kemudian tersasar disebelah kiri pintu gol Terengganu.

Pada m-70, pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan setelah bola terkena tangan Ketua Pasukan Terengganu, Mohd Mazuki Yusoff. Sepakan yang diambil Muhd Badhri menerjah penjuru kiri berjaya menghasilkan gol penyamaan untuk Kelantan.

Ternyata gol kedua tersebut kembali membakar semangat namun ketangkasan Mohd Sharbinee Allawee di gawangnya terus menafikan hajat Kelantan untuk menambahkan jaringan apabila percubaan Norshahrul Idlan Talaha pada m-72 dan sepakan percuma Mohd Rizal Fahmi lima minit kemudian terlalu mudah diselamatkan oleh beliau.

Sebaliknya pasukan Terengganu yang banyak bertahan dan hanya sekali-sekala melakukan serangan pada babak kedua turut berpeluang untuk menambahkan jaringan pada masa kecederaan namun percubaan pemain gantian, Mohamad Zharif Hasna diselamatkan Khairul Fahmi sebelum pengadil meniupkan wisel perlawanan mengesahkan juara Piala FA musim ini mara ke separuh akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zaman Wan Mustapha (Mohd Izuan Salahuddin), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Khairan Eruan Razali (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu (Muhammad Ramzul Zahini Adenan), Azamuddin Mohd Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Nik Zu Aziz Nawawi, Mohd Marzuki Yusoff (KP), Mohd Faizal Mohamad, Ahmad Nordin Alias, Joseph Kalang Tie (Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin), Reeshafiq Alwi, Mohamad Ashaari Shamsuddin (Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi), Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahaya (Mohamad Zharif Hasna).

FORMASI : 4-4-2

sumber: kelate.net

Kelantan kukuh kedudukan

Posted by admin | Piala Malaysia | Sunday 11 September 2011 5:29 pm

Terengganu NS, KL turut menang, Selangor bangkit benam Polis

KELANTAN, Terengganu dan Selangor – terus mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan masing-masing apabila aksi Piala Malaysia bersambung malam tadi tetapi pasukan pilihan, Kedah tersembam di tangan Sabah di Stadium Likas.

Dalam saingan Kumpulan A, Sabah dan Perak berkongsi tangga teratas dengan jumlah mata dan jaringan sama selepas masing-masing merakam kemenangan 2-1 ke atas Kedah dan Johor malam tadi.

Di Stadium Likas, Sabah mengubati kekecewaan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Perak Selasa lalu dengan menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) tatkala Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat. Di Stadium Perak, tuan rumah yang turun tanpa lima tonggak digantung, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan.

Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman apabila menjadikan Sime Darby FC sebagai belasahan dengan kemenangan besar
5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian.
Shukor Adan menambah derita Sime Darby dengan gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkap pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang mendahului seawal minit pertama menerusi Ashaari Samsudin, dipaksa bekerja keras juara Liga Perdana, PKNS yang dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).

Saingan Kumpulan C menyaksikan FELDA United merampas tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium MBPJ Kelana Jaya, manakala Kelantan menundukkan Johor FC 2-1.

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Johor FC 2-0 Selasa lalu, dan kali ini Nizam Abu Bakar menjadi wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Di Stadium Likas, Sabah mengubati kekecewaan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Perak Selasa lalu dengan menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) tatkala Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat.

Di Stadium Perak, tuan rumah yang turun tanpa lima tonggak digantung, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan.

Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman apabila menjadikan Sime Darby FC sebagai belasahan dengan kemenangan besar
5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian.
Shukor Adan menambah derita Sime Darby dengan gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkap pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang mendahului seawal minit pertama menerusi Ashaari Samsudin, dipaksa bekerja keras juara Liga Perdana, PKNS yang dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).

Saingan Kumpulan C menyaksikan FELDA United merampas tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium MBPJ Kelana Jaya, manakala Kelantan menundukkan Johor FC 2-1.

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Johor FC 2-0 Selasa lalu, dan kali ini Nizam Abu Bakar menjadi wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Shakir Shaari mengikat kedudukan sebelum Ramzul memberikan tiga mata buat juara bertahan itu pada minit ke-88.

Dalam saingan Kumpulan D, juara 32 kali, Selangor kembali menemui sentuhan apabila menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Tindakan penyerang Fadzli Saari menukar but sebaik babak kedua membawa tuah apabila menolak masuk lorongan Amirulhadi Zainal pada minit ke-46 untuk gol pertama tuan rumah sebelum meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil hantaran Safiq Rahim yang baru seminit masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur terus selesa di tangga teratas Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua dengan Yong Kuong Yong muncul wira meledak dua gol (m-26, 47) ketika menewaskan T-Team 2-1.

sumber: bharian online.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz