Juara La Liga sah milik Real Madrid.

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 3 May 2012 9:03 am

Los Blancos memberi tindakbalas positif ke atas kejayaan Barcelona menewaskan Malaga dengan membenam Athletic Bilboa 3-0 digelanggang lawan. Ozil, Higuan dan Ronaldo menjaringkan gol untuk kejayaan ke 32 liga buat Real Madrid.

Real Madrid menamatkan pengusaan Barcelona di Sepanyol untuk meraih gelaran keempat liga apabila mengesahkan kejuaraan milik mereka biarpun perlawanan masih lagi berbaki dua perlawanan. Mendahului tujuh mata Barcelona sudah tidak mampu untuk mengejar mereka.

Namun demikian dalam perlawanan terdahulu Barcelona memberi amaran awal kepada Los Blancos apabila mudah menewaskan Malaga 4-0 dengan Messi menjaringkan hatrik untuk memecah rekod Eropah dengan 68 jaringan semusim.

Jose Mourinho juga mencatat rekod peribadi apabila membantu empat kelab yang berbeza muncul juara liga untuk Porto, Chelsea, Inter dan Real Madrid.

La Liga – Real teruskan penguasaan

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 1 April 2012 6:29 pm

Real Madrid kekal enam mata mengatasi pencabar utama La Liga, Barcelona selepas kemenangan selesa 5-1 ke atas Osasuna di Reyno de Navarra.
Karim Benzema menjaringkan gol pertama setelah menyambung hantaran cantik Ronaldo dengan merembat kencang ke penjuru kanan gol sebelum Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain melbarkan jurang untuk Madrid sebelum rehat. Osasuna mendekatkan jjurang gol melalui tandukan pada awal separuh kedua melalui Nino, tetapi Ronaldo dan Higuain menambahkan dua lagi gol untuk Real untuk mengakhiri enam kemenangan berturut-turut Osasuna.

Real madrid kini telah mencapai sasaran kelab dengan 100 gol untuk musim ini dan hanya 7 gol memisahkan dari rekod kelab semusim.

Carta liga:

Senarai penjaring terbanyak:

Mourinho cari rumah di London

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 1 March 2012 12:30 pm

LONDON: Jose Mourinho kini sedang mencari sebuah rumah baru di London, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa jurulatih Real Madrid itu bakal kembali menjadi pengurus Chelsea.

Namun dikhabarkan juga Mourinho menjadi sasaran Tottenham kerana pengurusnya, Harry Redknapp mungkin mengosongkan jawatan itu untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan England.

 Mourinho yang pasukan bimbingannya ketika ini sedang mengungguli tangga teratas Liga Sepanyol pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Bernabeu pada musim panas ini dan kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris.

Dia yang digelar ‘The Special One’ turut mendakwa masih mempunyai urusan yang belum selesai di Stamford Bridge dan dipercayai mampu membentuk semula kerjasama dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Mourinho pernah membawa Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga sebanyak dua kali serta trofi Piala FA sekali sepanjang tiga tahun menjadi pengurus kelab London itu.

Pengendali dari Portugal itu difahamkan sudah meninjau lima buah rumah di sekitar kawasan Knightsbridge dan Mayfair di London serta dilihat sedang makan di Chelsea, kelmarin.

Mourinho sebelum ini meninggalkan Chelsea pada 2007 selepas tiada lagi persefahaman dengan Abramovich tetapi kemudian menjalin semula hubungan baik dengan hartawan Russia itu.
Pengurus Chelsea ketika ini, Andre Villas-Boas sedar dia mungkin akan dipecat jika gagal mengubah nasib pasukan itu yang terumbang-ambing musim ini. – Agensi

sumber: bharian.com.my

Ronaldo cetak hatrik, Real 4 – Levante 2

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 13 February 2012 9:18 am

Bintang Portugal, Ronaldo sekali lagi mempamirkan penyudah berbisa apabila mencatatkan hatrik untuk membantu Real Madrid menewaskan Levante 4-2 di laman sendiri. Gol melalui penalti minit ke 45 memulakan malam penuh menjadi buat Ronaldo apabila menyumbangkan dua gol lagi pada minit 50 dan 57. Satu lagi gol disumbangkan Karim Benzema minit ke 66. Namun demikian Levante lebih dahulu mengejutkan tuan rumah pada minit ke 5 melalui Cabral. Malang buat Levante apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain dan menentang pasukan seperti Real Madrid dengan kekurangan pemain bukanlah sesuatu yang mudah.

Real Madrid kini makin selesa meninggalkan Barcelona 10 mata dihadapan setelah Barcelona tewas mengejut kepada Osasuna. Biarpun Osasuna tidak pernah menewaskan Barcelona sebelum ini dan rekod 19-0 nyata tidak memberikan kelebihan buat Barca apabila menang 3-2.

Levante teruskan rekod tanpa kalah

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 27 October 2011 2:00 pm

Kaka temui lagi sentuhan dalam aksi la Liga, bantu Real tewaskan Villareal 3-0. Dua gol lagi dari Di maria dan Benzema. Levante teruskan penguasaan liga. Rekod 102 tahun untuk berjaya mendahului liga.

Ronaldo catat hatrik ketiga, Barcelona seri

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 23 October 2011 11:38 am

Cristiano Ronaldo mencatat hatrik ketiga dalam La Liga apabila membantu real Madrid menewaskan Malaga 4 0. Kemenangan itu memberikan mereka satu mata mengatasi Barcelona sebagai pendahulu liga yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla.

Sebelum itu Gonzalo Higuain menjaringkan gol dalam empat penampilan berturut-turut untuk Real Madrid apabila memecah kebuntuan pada minit ke 11 lagi. Sebelum Ronaldo mencetak hatrik bagi berkongsi penjaring terbanyak bersama Lionel Messi.

Real Madrid, Manchester United mengamuk

Posted by admin | Barclays Premier League,Spanish La Liga | Monday 29 August 2011 9:45 am

Real madrid membuka tirai La Liga dengan bergaya apabila membelasah Zaragoza 6-0 di arena lawan. Ronaldo menjaringkan hatrik pertama pada aksi pertama liga apabila menjaringkan tiga gol.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke 24 sebelum Marcelo menjaringkan gol kedua pada minit ke 28. Xabi Alonso juga menjaringkan gol pada perlawanan tersebut pada minit ke 64 sebelum Ronaldo sekali lagi menambah duka Zaragoza untuk gol kedua peribadi pada minit ke 71. Gole kelima Real hadir pada minit ke 82 melalui Kaka dan Ronaldo melengkapkan hatriknya tiga minit sebelum berakhir perlawanan.

Sementara itu Manchester United juga turut berpesta gol apabila membuat kemenangan menakjubkan ke atas Arsenal apabila membelasah The Gunners 8-2 dan sudah pasti tekanan semakin dirasai pengurus Arsenal, Arsene Wenger apabila kehilangan ramai tonggak musim ini. Rooney turut mencatat hatrik pertamanya apabila menjaringkan gol pada minit 41, 64 dan 82. Young, Nani, Welbeck, Park turut menyumbang gol dalam aksi berat sebelah itu.

Kekalahan itu adalah yang terburuk buat Arsenal semenjak 1896.

Spanish Super Cup 2011

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 18 August 2011 9:32 am

Spanish Super Cup – Real madrid terus kempunan untuk menewaskan musuh utama mereka apabila sekali lagi tumpas dalam perebutan Piala Super Sepanyol itu. Dua gol dari Messi menjadi penyelamat buat Barcelona apabila berjaya menundukkan Real Madrid 3-2 di laman sendiri bagi menjadikan kedudukan aggregate 5-4. Namun demikian satu petanda baik buat peminat Real ialah pasukan itu melihatkan peningkatan ketara apabila berjaya menyaingi permainan Barcelona.

Perjuangan Real nampak seakan berlarutan ke masa tambahan sebelum Messi muncul wira apabila menjaringkan gol minit ke 87 untuk terus menghampakan peminat-peminat Real Madrid.  Iniesta membuka tirai jaringan minit ke 15 sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke 20. Messi menjaringkan gol pendahuluan seminit sebelum separuh masa berakhir.

Kaka yang masuk mengantikan Ozil membuat sepakan sudut yang menyaksikan Benzema menyamakan kedudukan minit ke 83. Kedudukan seakan-akan berlangsung ke masa tambahan sebelum Messi menjaringkan gol peribadi beliau yang juga gol kemenangan untuk Barcelona.

Pemain dan penyokong Real Madrid sudah pasti tidak berpuas hati kerana gelagat pengadil yang seolah-olah memihak kepada pasukan tuan rumah apabila deretan kad kuning dilayangkan kepada pemain-pemain Real sebelum layangan dua kada merah kepada pemain Real dan Barcelona juga menerima nasib yang sama apabila David Villa dilayangkan kad merah.

Pastinya satu saingan lebih sengit musim ini apabila tirai La Liga dibuka ahad ini kerana jurang antara Barcelona dan real makin mengecil jika dilihat kepada dua perlawanan tersebut.

Spanish Super Cup – Real 2, Barca 2

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 15 August 2011 9:19 am

Real Madrid dan Barcelona berkongsi jaringan dalam perlawanan pertama Spanish Super Cup apabila kedua-dua pasukan seri dua sama. Gol Real Madrid dijaringkan oleh Metsu Ozil dan Xabi Alonso manakala gol Barcelona pula dijaringkan oleh David Villa dan Messi.

Perlawanan kedua akan berlangsung rabu nanti ( 17 Ogos 2011).

Spanish Super Cup – Real Madrid vs Barcelona

Posted by admin | Spanish La Liga | Saturday 13 August 2011 9:46 am

Real Madrid vs FC Barcelona (Spanish Supercup) Final
August, 14, 2011. 22:00h.14.8.2011
Santiago Bernabeu, Madrid
August 14 – Real Madrid vs FC Barcelona – Madrid
August 17 (17\8\2011)- FC Barcelona vs Real Madrid – Barcelona.
Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz