January 06 2009
Idea-idea menarik ini diambil dari majalah Gila-Gila keluaran September 2007. Kalau mahu bolasepak kita disegani di seluruh dunia FAM bolehlah cuba tip-tip yang disenaraikan di bawah ini.
- Bagi latihan yang berat-berat sikit
- Badan mesti tegap, sasa, ganas
- Dari rebung lagi kena bentuk
- Cari pemain, jurulatih dan penggiat sukan bolasepak di serata ceruk kedai kopi. Ramai yang bijak pandai di situ.
- Bagi mereka makan segala pil, kopi, teh dan serba mak nenek Tongkat Ali banyak-banyak.
- Hantar yang berbakat ke luar negara. Mak bapak pun kenalah bagi semangat pada anak-anak.
- Sekiranya berjaya merangkul kejuaraan di peringkat tertinggi, berilah gelaran yang best-best. Datuk ke, Panglima ke..
- Panggil pemain-pemain terbail luar negara main di sini, nak lagi best bagi warganegara terus.
- Cari pemain yang betul-betul cintakan bola, sayangkan negara, bukannya kerana gaji semata-mata.
- Pemain mesti kalis kutuk.
- Main bola bukan sekadar dengan kaki tapi kena pakai otak jugak.
- Andai kata dapat score sebijik, pakat-pakatlah berkerumun di pintu gol sendiri.
- Mintalah bantuan bomoh kita yang mengaku hebat-hebat belaka.
- Saling tegur menegur untuk kebaikan bersama. Jurulatih tegur pemain, pemain tegur jurulatih, pemain tegur pengurusan..(boleh ke?)
- Ambillah peluang jadi tuan rumah piala dunia walaupun mungkin dibelasah berdozen-dozen.
Itulah dia serba sedikit tip yang mungkin boleh digunapakai oleh pemain-pemain bolasepak kita. Majulah sukan untuk negara.




















KELANTAN 4 - 