| Teams | |||
|---|---|---|---|
|
|
||
Demam Euro 2008 sudah mula terasa oleh peminat bolasepak seluruh dunia. Kejohanan kedua terhebat selepas Piala Dunia ini akan bermula 07 Jun nanti. Dipaparkan secara ringkas kumpulan dan jadual perlawanan untuk tatapan peminat Euro 2008 semua. Sudah pasti group C yang paling mencabar kerana di situ terdapat finalis piala dunia lalu, Itali dan Perancis. Adakah aksi hantuk menghantuk akan muncul kembali? Kita nantikan bersama-sama.
Di samping itu pengguguran kapten Real Madrid juga menjadi tajuk hangat di Sepanyol kerana ketika ini, Raul berada ditahap aksi yang memuncak namun masih tidak dapat memikat hati jurulatih Sepanyol, Louis Arragones yang lebih berminat untuk memilih pemain-pemain muda. Sepanyol juga dipenuhi pemain-pemain berkualiti tinggi. Apakah Sepanyol mampu mencipta kejutan kerana di atas kertas mereka mampu memberi cabaran kepda mana-mana saja pasukan yang bertandang ke Switzerland dan Austria ini.



















