
Tak dapat saya bayangkan betapa kecewanya perasaan saya ini tatkala melihat kekalahan pasukan Turki awal pagi tadi. Turki tewas 2-3 kepada Jerman. Apatah lagi perasaan pemain-pemain Turki sendiri pasti lebih kecewa. Perasaan kecewa ini tidaklah terasa sangat bilamana pasukan Malaysia tewas kepada pasukan lawan.
Turki mendominasi perlawanan dari minit pertama hinggalah ke wisel penamat. Hantaran menarik dan kemas disajikan oleh mereka namun nyata tuah tidak menyebelahi mereka. Turki membuka gol pada minit ke 22 hasil jaringan Ugur Boral dan Schwensteiger menyamakan kedudukan pada minit ke 26.
Jerman mendahului Turki 2-1 hasil jaringan Klose pada minit ke79 dan nyata semangat yang ditunjukkan Turki tidak pernah pudar dan hasilnya Semih Seturk menghasilkan gol penyamaan pada minit ke 86. Perlawanan seakan-akan berlanjutan ke masa tambahan sehinggalah kelekaan barisan pertahanan membolehkan Lahm menjaingkan gol kemenangan pada 90 dan sekali lagi mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila sepakan percuma pada minit-minit akhir nyaris-nyaris memberi satu lagi keajaiban namun sepakan tersebut hanya menyingahi palang gol. Statistik menunjukkan penguasaan Turki 55% berbanding Jerman 45% dengan Turki 11 rembatan ke arah gol berbanding hanya 3 dari jerman. Namun statistik saja tidak mengcukupi apabila Jerman nyata lebih bernasib baik untuk mara.
Walaubagaimanapun Turki harus diberi pujian kerana sepanjang kejohanan Euro 2008 ini berlangsung mereka sentiasa memberi persembahan menarik dan berkelas tinggi. Ketiadaan ramai tonggak termasuk Nihat memberi kesan terhadap kemaraan mereka ke peringkat akhir.



















