Info Menarik

Posted by admin | | Saturday 11 December 2010 3:14 pm

1. Paraguay memenangi pingat perak pada sukan Olimpik Greece 2004.

2. Brazil memenangi Piala Dunia kedua pada 17 Jun 1962 yang dianjurkan Chili menewaskan Czechoslovaquia (sekarang dikenali Republik Czech)

3. Jepun memenangi pingat gangsa sukan Olimpik Mexico pada tahun 1968.

4. Everald “Gally” Commings ialah pemain Trinidad yang paling terkenal dan berpengalaman. Beliau beraksi di liga Amerika Selatan sekitar tahun 1970.

5. Kuwait layak pertama kali ke pusiangan akhir piala dunia tahun 1982.

6. Pada tahun 1950, Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA tetapi mereka tewas pada perlawnan akhir kepada Uruguay 2-1.

7. Jose Luis Chilavert adalah pemain Paraguay yang paling terkenal yang bermain pada abad ke 20. Dilahirkan pada 20 Julai 1965 di Luque, Paraguay. Sebagaimana Oscar Schmidt (pemain basketball Brazil) dan Raul Ramirez (Pemain tennis Mexico), Jose Luis”Chila” Chilavert merupakan ahli sukan terbaik pernah dilahirkan di Amerika latin. Beliau bermain untuk kelab di Argentina (San Lorenzo) dan Sepanyol (Zaragoza).

8. Uruguay memenangi Piala Dunia FIFA pada tahun 1930 mengalahkan Argentina 4-2 dalam final di Montevideo, ibu negara Uruguay.

9. Pasukan dari Eropah yang memenangi Piala Dunia FIFA yang pertama ialah Jerman Barat (Jerman) pada Piala Dunia 1954.

10. Cameroon memenangi pinga emas sukan Olimpik pada tahun 2000 menewaskan Speanyol 5-3.

11. Edson Arantes do Nascimento, yang lebih dikenali “Pele”, bermain untuk 4 Piala Dunia FIFA (Sweden-1958, Chile-1962, England-1966, dan Mexico-1970). Beliau menjaringkan lebih 1200 gol sepanjang kariernya sebelum bersara pada tahun 1977.

12. Nigeria menwaskan Argentina 3-2 dan memenangi pingat emas sukan Olimpik USA 1996.

13. Angola layak ke pusingan akhir FIFA Piala Dunia 2006. Mereka antara 10 negara termiskin yang pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA seperti Ivory Coast. Sistem pendidikan mereka antara paling teruk di dunia.

14.  Pada 1994 Bolivia menewaskan Brazil 3-1 dalam kelayakan Piala Dunia FIFA.

15. Korea Selatan berjaya ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA sebanyak 8 kali iaitu 1954, 1986,1990, 1994, 1998, 2002, 2006 dan 2010.

16. Hungary pernah memenangi pingat emas sukan Olimpik sebanyak tiga kali pada 1952, 1964 dan 1968.

17. Antara pemain kelahiran Brazil yang bermain untuk negara lain ialah Antonio Naelson – Mexico, Alessandro “Alex” Santos – Jepun, Mario Senna – Sepanyol dan Francileudo dos Santos – Tunisia.

18. Ronaldo telah membeli sebuah Lamborghini special edition Aventador LP700-4 bernilai €340,000 sempena harijadinya yang ke 27

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz