Secara logiknya Arsenal sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga apabila sekali lagi gagal meraih mata setelah tewas kepada Bolton 2-1. Dengan kedudukan Manchester United yang mendahului dengan sembilan mata adalah agak mustahil Arsenal untuk merampas takhta liga yang kini diterajui United dengan 74 mata diikuti oleh Chelsea 67 mata. Baki perlawanan liga hanya tinggal empat perlawanan lagi. Satu-satunya pasukan yang boleh mengugat Manchester hanyalah Chelsea kini.
Dalam perlawanan itu Arsenal terpaksa berputih mata dengan jaringan minit ke 90 Tamir Cohen. Pemain dari Israel itu menanduk masuk gol kemenangan melepasi jangkauan Wojciech Szczesny yang kemudiannya membuka baju yang mempamerkan gambar mendiang ayahnya yang meninggal akibat kemalangan motosikal Disember lalu.
Bolton mendahului Arsenal melalui jaringan Sturridge yang dipinjam dari Chelsea minit ke 37 sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke 48. Bolton boleh menambah jaringan namun Kevin Davies gagal menyempurnakan peluang tersebut.














