Levante teruskan rekod tanpa kalah

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 27 October 2011 2:00 pm

Kaka temui lagi sentuhan dalam aksi la Liga, bantu Real tewaskan Villareal 3-0. Dua gol lagi dari Di maria dan Benzema. Levante teruskan penguasaan liga. Rekod 102 tahun untuk berjaya mendahului liga.

Ronaldo catat hatrik ketiga, Barcelona seri

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 23 October 2011 11:38 am

Cristiano Ronaldo mencatat hatrik ketiga dalam La Liga apabila membantu real Madrid menewaskan Malaga 4 0. Kemenangan itu memberikan mereka satu mata mengatasi Barcelona sebagai pendahulu liga yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla.

Sebelum itu Gonzalo Higuain menjaringkan gol dalam empat penampilan berturut-turut untuk Real Madrid apabila memecah kebuntuan pada minit ke 11 lagi. Sebelum Ronaldo mencetak hatrik bagi berkongsi penjaring terbanyak bersama Lionel Messi.

Spanish Super Cup 2011

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 18 August 2011 9:32 am

Spanish Super Cup – Real madrid terus kempunan untuk menewaskan musuh utama mereka apabila sekali lagi tumpas dalam perebutan Piala Super Sepanyol itu. Dua gol dari Messi menjadi penyelamat buat Barcelona apabila berjaya menundukkan Real Madrid 3-2 di laman sendiri bagi menjadikan kedudukan aggregate 5-4. Namun demikian satu petanda baik buat peminat Real ialah pasukan itu melihatkan peningkatan ketara apabila berjaya menyaingi permainan Barcelona.

Perjuangan Real nampak seakan berlarutan ke masa tambahan sebelum Messi muncul wira apabila menjaringkan gol minit ke 87 untuk terus menghampakan peminat-peminat Real Madrid.  Iniesta membuka tirai jaringan minit ke 15 sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke 20. Messi menjaringkan gol pendahuluan seminit sebelum separuh masa berakhir.

Kaka yang masuk mengantikan Ozil membuat sepakan sudut yang menyaksikan Benzema menyamakan kedudukan minit ke 83. Kedudukan seakan-akan berlangsung ke masa tambahan sebelum Messi menjaringkan gol peribadi beliau yang juga gol kemenangan untuk Barcelona.

Pemain dan penyokong Real Madrid sudah pasti tidak berpuas hati kerana gelagat pengadil yang seolah-olah memihak kepada pasukan tuan rumah apabila deretan kad kuning dilayangkan kepada pemain-pemain Real sebelum layangan dua kada merah kepada pemain Real dan Barcelona juga menerima nasib yang sama apabila David Villa dilayangkan kad merah.

Pastinya satu saingan lebih sengit musim ini apabila tirai La Liga dibuka ahad ini kerana jurang antara Barcelona dan real makin mengecil jika dilihat kepada dua perlawanan tersebut.

Juara Liga-Liga sekitar Eropah 2010/2011

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Monday 30 May 2011 7:31 pm

Liga Juara-Juara: Barcelona

Juara Liga Europa: Porto

Liga Sepanyol: Barcelona

EPL: Manchester United

Serie A: AC Milan

Liga Belanda: Ajax Amsterdam

Liga Jerman: Borussia Dortmund

Liga Perancis: Lille

La Liga – Kedudukan 24 April 2011

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 25 April 2011 1:41 pm

Copa Del Rey – Real Madrid calar ego Barcelona

Posted by admin | Spanish La Liga | Thursday 21 April 2011 10:32 am

Real Madrid akhirnya menghapuskan badi tanpa menang ke atas musuh setempat, Barcelona dalam aksi final Piala Raja Sepanyol. Ternyata elemen tuah disebalik aksi yang serba tidak menjadi memberikan kemenangan berharga kepada anak buah Mourinho yang sepanjang 90 minit diperkotak katikkan oleh Barcelona. Namun 90 minit itu mereka mampu bertahan disebalik kekebalan Cassilas menjaga gawangnya dari dibolosi.

Aksi sempurna, hantaran kemas dan cantik, deretan peluang nyata belum menjamin kemenangan buat Barcelona. Ternyata perlawanan akhir awal pagi tadi dikuasai penuh oleh pemain-pemain Barcelona yang bermain mudah untuk memeningkan anak buah Mourinho. Deretan peluang gagal disudahkan dan hasilnya mereka yang meratap sendiri tewas kali pertama kepada Real Madrid dan juga terlepas piala tersebut.

Madrid yang menyaksikan pemain-pemain mereka banyak berlari dan mengejar bola lebih bernasib baik apabila memasuki masa tambahan mereka meningkatkan aksi dan berjaya menghasilkan beberapa peluang keemasan terutamanya sepakan Di Maria yang di tepis penjaga gol Barcelona, Pinto. Kebuntuan gol akhirnya terlerai apabila Ronaldo menanduk cantik bola hantaran silang Di Maria minit ke 102. Selepas itu Real sekali lagi berupaya menghasilkan gol apabila gerakan cantik Adebayor berjaya melepasi benteng Barcelona namun rembatannya ditepis Pinto. Bola yang melantun kepada Ronaldo juga gagal disempurnakan oleh beliau.

Ternyata sikap ‘bersabar’ pemain-pemain Real dalam aksi tersebut membuahkan hasil yang begitu lumayan apabila mereka merangkul piala pertama semenjak 2008.

Namun demikian, Presiden Barcelona Sandro Rosell percaya pasukannya masih boleh berbangga dengan aksi menarik mereka Cuma nasib yang tidak menyebelahi. Real Madrid dan Barcelona akan bertemu lagi dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

El Clasico – Penuh dengan drama

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 17 April 2011 11:16 am

Satu daripada empat perlawanan El Clasico menceritakan segalanya: Bolasepak terbaik, kontorversi, emosi, keghairahan dan dua penalty. Pertembungan gaya permainan berbeza di Bernabeu, Real Madrid dengan disiplin teguh menentang Barcelona yang tampil dengan gaya ‘touch football nya.’

Disebalik dominasi Barcelona sepanjang 90minit perlawanan, Real Madrid bangkit untuk meraih satu mata setelah berjaya mengikat Barcelona dengan keputusan satu sama. Bermain 10 pemain setelah Raul Albiol dibuang padang minit ke 52 Real bangkit menyamakan kedudukan minit ke 82 hasil sepakan penalty Ronaldo.

Dalam aksi di Barnebeu itu, Barcelona menunjukkan penguasaan sepanjang perlawanan dan hasilnya mereka dihadiahkan sepakan penalti minit ke 52 setelah Raul Albiol menjatuhkan David Villa dan Albiol juga diperintahkan keluar padang untuk menambahkan duka Real Madrid. Messi mudah menewaskan Casillas.

Walaupun aksi perlawanan dikuasai Barcelona namun Real Madrid lebih berbahaya didepan pintu gol. Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang dan sebelum itu tandukan beliau diselamatkan atas garisan oleh pertahanan Barcelona, Adriano dimana Valdes sudah pun tertewas. Barcelona juga nyaris mendapatkan gol awal apabila Messi bijak melepasi pertahanan dan bola lambungan beliau dapat dibaca oleh Cassilas.

Sami Khedira terlepas peluang minit-minit akhir apabila rembatan beliau diselamatkan Valdes. Villa juga nyaris memberikan gol kemenangan untuk Barcelona tetapi sepakan beliau terkena palang.

Real Madrid dan Barcelona masih ada tiga lagi perlawanan perlu ditempuh sesama mereka dalam tiga minggu ini. Jika dilihat dalam aksi awal pagi tadi Barcelona dilihat berpeluang cerah untuk merangkul Copa del Ray dan juga menewaskan Real dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Rekod pertemuan lalu:

Berita ringkas Arenabolasepak

Posted by admin | Arena Bolasepak Dunia | Wednesday 23 March 2011 10:48 pm

- Legenda Brazil, Ronaldo kini menjadi ejen kepada bakat-bakat baru Brazil melalui syarikatnya ‘9ine’

- Penyerang Parma berusia 35 tahun, Herman Crespo menyatakan ada beberapa kelab masih berminat dengannya, namun buat masa sekarang tidak berminat untuk berpindah.

- Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan, bakal berehat tiga minggu

- Lionel Messi menerima bayaran tertinggi dengan €31 juta setahun dan jurulatih real, Mourinho terima bayaran tertinggi selaku jurulatih dengan pendapatan €13.5 juta setahun.

- Messi sempat bertemu timbalan presiden AC Milan Adriano Galliani dalam lawatan komersial namun ianya bukan mengenai perpindahan ke Milan. “ Saya akan habiskan karier di sini dan mungkin di Argentina”. Messi, ungkapan itu menafikan perpindahan itu.

- Ronaldo, bekas penyerang Real, Barcelona dan legenda dari Brazil itu berkata beliau lebih sukakan Real Madrid dari Barcelona dan Mourinho dari Pep Guardiola.

Undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Friday 18 March 2011 10:16 pm

Penyandang juara, Inter Milan diundi bertemu FC Schalke 04 dalam undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011 yang dilakukan petang tadi. Inter membuat keajaiban untuk menafikan Bayern Munich pada aksi 16 pasukan apabila bangkit dari ketinggalan 3-1 aggregat sebelum berjaya mengikat aggregate 3-3 dan layak mengikut peraturan gol tempat lawan. Schalke pernah menewaskan Inter pada aksi final piala EUFA 1997.

Dua kelab gergasi Inggeris, Manchester United dan Chelsea akan berentap sesame sendiri. Pasukan Sir Alex Ferguson menafikan kejuaraan sulung Chelsea tiga tahun lalu melalui sepakan penalti dan kali ini The Blues berpeluang untuk membalas dendam. Ketika ini Manchester United mendahului liga Sembilan mata mengatasi Chelsea.

Juara Sembilan kali, Real Madrid akan menentang Tottenham Hotspur dalam aksi suku akhir pertama semenjak 2003/2004. ‘Doa’ Ronaldo dan hajat Messi untuk bertemu sesama sendiri  mungkin tercapai jikalau Barcelona dan Real mampu mengatasi lawan masing-masing. Barcelona diundi untuk bertemu ‘pembunuh gergasi’ Shakhtar Donetsk.

Liga Juara-Juara – Guardiola janji ‘bedil’ Arsenal

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 8 March 2011 11:35 am

Menjelang perlawanan kedua di Nou Camp, jurulatih Barcelona berjanji skuadnya akan menyerang habis-habisan ke atas Arsenal malam ini. Barcelona kini ketinggalan dengan defisit 1-2 kepada Arsenal.  Dengan kekalahan mereka di London pemain-pemain Barcelona berjanji memberikan persembahan mutlak apatah lagi mereka kini dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir.

Menurut Guardiola beliau melihat Nicklas Bendtner sebagai pemain yang perlu diawasi kerana Bendtner pemain yang berkualiti. Begitu juga dengan Maroune Chamakh dan van Persie merupakan pemain-pemain hebat The Gunners. “ Kami perlu menyerang dengan lebih berhati-hati kerana Arsenal boleh membuat serangan balas pantas. Mereka mempunyai pemain sayap yang berkualiti dan pantas” tambah beliau lagi.

“Arsenal bukanlah sebuah pasukan yang rapuh. Mereka bersaing dalam perebutan liga Inggeris dan setiap musim mereka sentiasa lakukan yang bagus dalam aksi liga juara-juara ini. Fakta bahawa mereka berada di atas setiap musim bererti mereka adalah pasukan yang bagus. Kami akan menyerang dan anda boleh yakin yang kami akan cuba untuk menang. Sasaran kami adalah untuk mengalahkan mereka dan ianya satu-satu perkara yang penting dalam perlawanan ini”. Guaordiola.

Sementara itu, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yakin dengan tahap pemain-pemainnya walaupun Wilshere masih samar-samar untuk diturunkan atau tidak setelah pemain itu mengalami kecederaan dalam aksi liga menentang Sunderland.

“ Jika anda bertanya kepada setiap pemain kami, mereka akan memberikan ‘hidupnya’ untuk memenangi perlawanan ini. Kedua-dua pasukan mempunyai falsafa yang sama dan keduanya ingin menang. Kita lihat bagaimana kami boleh lakukan untuk melepasi tekanan dari Barcelona”. Arsene Wenger.

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz