Undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Friday 18 March 2011 10:16 pm

Penyandang juara, Inter Milan diundi bertemu FC Schalke 04 dalam undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011 yang dilakukan petang tadi. Inter membuat keajaiban untuk menafikan Bayern Munich pada aksi 16 pasukan apabila bangkit dari ketinggalan 3-1 aggregat sebelum berjaya mengikat aggregate 3-3 dan layak mengikut peraturan gol tempat lawan. Schalke pernah menewaskan Inter pada aksi final piala EUFA 1997.

Dua kelab gergasi Inggeris, Manchester United dan Chelsea akan berentap sesame sendiri. Pasukan Sir Alex Ferguson menafikan kejuaraan sulung Chelsea tiga tahun lalu melalui sepakan penalti dan kali ini The Blues berpeluang untuk membalas dendam. Ketika ini Manchester United mendahului liga Sembilan mata mengatasi Chelsea.

Juara Sembilan kali, Real Madrid akan menentang Tottenham Hotspur dalam aksi suku akhir pertama semenjak 2003/2004. ‘Doa’ Ronaldo dan hajat Messi untuk bertemu sesama sendiri  mungkin tercapai jikalau Barcelona dan Real mampu mengatasi lawan masing-masing. Barcelona diundi untuk bertemu ‘pembunuh gergasi’ Shakhtar Donetsk.

Liga Juara-Juara – Guardiola janji ‘bedil’ Arsenal

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 8 March 2011 11:35 am

Menjelang perlawanan kedua di Nou Camp, jurulatih Barcelona berjanji skuadnya akan menyerang habis-habisan ke atas Arsenal malam ini. Barcelona kini ketinggalan dengan defisit 1-2 kepada Arsenal.  Dengan kekalahan mereka di London pemain-pemain Barcelona berjanji memberikan persembahan mutlak apatah lagi mereka kini dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir.

Menurut Guardiola beliau melihat Nicklas Bendtner sebagai pemain yang perlu diawasi kerana Bendtner pemain yang berkualiti. Begitu juga dengan Maroune Chamakh dan van Persie merupakan pemain-pemain hebat The Gunners. “ Kami perlu menyerang dengan lebih berhati-hati kerana Arsenal boleh membuat serangan balas pantas. Mereka mempunyai pemain sayap yang berkualiti dan pantas” tambah beliau lagi.

“Arsenal bukanlah sebuah pasukan yang rapuh. Mereka bersaing dalam perebutan liga Inggeris dan setiap musim mereka sentiasa lakukan yang bagus dalam aksi liga juara-juara ini. Fakta bahawa mereka berada di atas setiap musim bererti mereka adalah pasukan yang bagus. Kami akan menyerang dan anda boleh yakin yang kami akan cuba untuk menang. Sasaran kami adalah untuk mengalahkan mereka dan ianya satu-satu perkara yang penting dalam perlawanan ini”. Guaordiola.

Sementara itu, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yakin dengan tahap pemain-pemainnya walaupun Wilshere masih samar-samar untuk diturunkan atau tidak setelah pemain itu mengalami kecederaan dalam aksi liga menentang Sunderland.

“ Jika anda bertanya kepada setiap pemain kami, mereka akan memberikan ‘hidupnya’ untuk memenangi perlawanan ini. Kedua-dua pasukan mempunyai falsafa yang sama dan keduanya ingin menang. Kita lihat bagaimana kami boleh lakukan untuk melepasi tekanan dari Barcelona”. Arsene Wenger.

La Liga – Kedudukan liga 07 Mac 2011

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 7 March 2011 11:49 am

La Liga – Barcelona sekadar seri

Posted by admin | Spanish La Liga | Sunday 13 February 2011 4:39 pm

Real Sporting de Gijón menyekat rentetan 16 kali kemenangan Barcelona apabila berjaya mengekang pendahulu La Liga itu dengan keputusan seri satu sama.

David Barral memberikan Sporting gol permulaan hanya dalam tempoh 16 minit perlawanan selepas berjaya menewaskan Gerard Pique dan Gabriel Milito sebelum merembat menewaskan Valdes. David Villa menyelamatkan maruah Barcelona dari diaibkan kelab bawahan itu apabila menyamakan kedudukan pada minit ke 80.Real Madrid boleh menjarakkan kedudukan kepada  lima mata jikalau mereka berjaya menumpaskan Espanyol malam ini di Espanyol.Keputusan seri ini adalah kali kedua buat Barcelona setelah mereka meraih keputusan yang sama 03 Oktober lalu dengan Mallorca.

Keputusan lain:

La Liga – fakta ringkas

Posted by admin | Spanish La Liga | Saturday 29 January 2011 1:10 am

Sepanyol muncul juara baru piala dunia FIFA 2010 setelah menewaskan Belanda 1-0 hasil jaringan Iniesta yang bermain untuk Barcelona. Tidak lengkap rasanya jika kita tidak review sedikit sebanyak info mengenai liga Sepanyol ataupun lebih dikenali sebagai La Liga. Berikut adalah fakta-fakta menarik yang diambil dari la Liga untuk musim 2010/2011.

1. Penonton paling ramai: 98,000 – Barcelona vs Real Madrid.

2. Penonton paling sedikit: 6,000 – Getafe v Real Zaragoza

3. Purata setiap perlawanan: 28,876.

4. Jumlah keseluruhan penonton: 5,746,395

5. Kemenangan besar tuan rumah: Barcelona 5-0 Real Madrid, Real Madrid 6-1 Deportivo La Coruña, Barcelona 5-0 Sevilla FC, Barcelona 5-0 Real Sociedad, Real Madrid 6-1 Racing Santander.

6. Kekalah besar tuan rumah: Almeria 0-8 Barcelona

7. Kemenangan berturut-turut: Barcelona 14 perlawanan

8. Kekalahan berturut-turut: Sevilla FC, 11 perlawanan

9. Kemenangan dengan 1- 0: 73 perlawanan.

10. Kemenangan terbanyak: Barcelona 18 perlawanan

11. Kekalahan paling sikit: Barcelona, Real Madrid 1 perlawanan

12. Pasukan paling banyak kalah: Málaga 13 perlawanan

13. Pasukan paling sedikit seri: Barcelona , Espanyol, Real Sociedad

14. Jaringan paling banyak: Barcelona 64 gol

15. Jaringan paling sedikit: Deportivo La Coruña, Racing Santander 15 gol

16. Penjaring terbanyak: Ronaldo, Real Madrid 22 gol

17. Pemain paling banyak dikenakan kad: Alberto Botía , Sporting Gijon – 9 kad kuning 1 merah

La Liga – Real menang tipis ke atas Mallorca

Posted by admin | Spanish La Liga | Monday 24 January 2011 4:25 pm

Real Madrid terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Barcelona apabila menumpaskan Mallorca dengan kemenangan tipis 1-0. Real kini ketinggalan 4 mata di belakang kelab dari Catalan itu.Benzema memberi Real Madrid kemenangan penting dan membuktikan kontroversi yang membabitkan perpindahan beliau adalah tidak tepat.

Jose Mourinho membuat permulaan perlawanan dengan merehatkan Xabi Alonso dan Ozil yang masuk mengantikan Gaga dan Kaka minit ke 48 bagi memberikan rehat yang mengcukupi kepada pemain-pemainnya bagi mengharungi Copa del Rey yang memasuki perlawanan separuh akhir rabu nanti. Real membuat permulaan perlahan apabila jarang sekali mengancam ke pintu gol Mallorca yang sekali sekala berjaya mengasak ke kubu Real Madrid.

Babak kedua Mourinho memasukkan Ozil dan Alonso bagi mengantikan Gago dan Kaka dan kemasukan dua pemain itu segera memberi kesan kepada permainan Real Madrid. Kemasukan Ozil memberi kesan kepada jentera serangan Real dengan larian-larian pantas beliau disamping corak permainan Alonso yang berjaya mengemudi bahagian tengah dan pantas membuat serangan balas. Namun demikian gol pertama yang dicari oleh kedua-dua pasukan belum muncul sehinggalah gol dari Karim Benzema pada minit ke 60.

Cristiano Ronaldo hampir menjaringkan gol kedua melalui tendangan percuma namun sedikit tersasar dari pintu gol Mallorca. Ronaldo sekali lagi mendapat peluang melalui tandukan namun juga tersasar. Mallorca juga berjaya mendapat peluang  melalui Webo dan Nsue namun digagalkan oleh Iker Casillas.

Dalam perlawanan itu  Sergio Ramos membuat penampilan ke 180 dalam liga buat The Whites yang memasuki musim keenam beliau bersama-sama gergasi Sepanyol itu. Ironinya Iker Cassilas juga membuat penampilan ke 180 dengan lawan yang sama, hari yang sama di venue yang sama juga untuk musim yang keenam bersama Real Madrid. Ramos merupakan pemain ke 39 yang membuat kemunculan yang mencecah 180 perlawanan liga buat Real Madrid.

Rekod pemain paling banyak berasksi untuk real Madrid masih lagi dipegang oleh bekas penyerang mereka, Raul Gonzales yang kini beraksi untuk Schalke 04. raul bermain sebanyak 550 perlawanan dan sukar untuk mana-mana pemain mengatasi rekod tersebut.

Ronaldinho bakal meninggalkan AC Milan

Posted by admin | Italian Serie A | Monday 3 January 2011 2:06 pm

Berita perpindahan bekas dua kali pemain terbaik dunia, Ronaldinho ke kelab asal beliau, Gremio mula bertiup kencang. Ronaldinho kini tidak berada ditahap terbaik di San Siro semenjak melalui prestasi menakjubkan di Barcelona. Aksi memukau beliau di Barcelona gagal dipersembahkan di Milan dan setelah tiga musim di sana beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Gremio kelab di mana beliau mula bermain.

Namun khabar angin itu turut dinafikan dengan berita perpindahan beliau juga ke kelab lamanya, Paris St Germain. Kemuncak prestasi beliau bermula di PSG semenjak berpindah dari Gremio pada tahun 2001 sehingga 2003. Beliau dipikat Barcelona untuk musim 2003 hingga 2008 setelah aksi memukau pada Piala Dunia 2002 yang membentuk gandingan 3R bersama Ronaldo dan Rivaldo.

Ronaldinho pernah meniti zaman kegemilangan dengan terpilih dua kali memenangi anugerah Ballon D’Or dan membantu Barcelona memenangi LA Liga untuk dua musim berturut-turut dan Liga Juara-Juara musim 2005-2006.

Memandangkan Milan telah mendapatkan Cassano, maka pemain berusia 30 tahun itu terpaksa memilih untuk berpindah dan Milan meletakkan harga perpindahan sebanyak €8million jika PSG mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu.

« Previous Page
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz