Nani tak akan tinggalkan Man United

Posted by admin | Barclays Premier League | Wednesday 29 June 2011 11:41 am

SINGAPURA: Pemain sayap Manchester United, Nani menegaskan dia ‘tidak akan ke mana-mana’ walaupun dengan kehadiran pemain antarabangsa England, Ashley Young ke Old Trafford.

Pemain Portugal berusia 24 tahun itu berkata dia akan bekerja keras mencari tempat dalam kesebelasan pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas Young berpindah ke kelab berkenaan dengan nilai AS$25 (RM75 juta), minggu lalu.

“Sudah pasti saya tidak akan ke mana-mana,” kata Nani kepada akhbar Straits Times semasa lawatan ke Singapura. “Saingan mencari tempat dalam pasukan akan bertambah hebat dan dengan kelab seperti United anda harus lebih waspada dan dahagakan lebih banyak trofi.”
Kehadiran Young sudah mencetus spekulasi mengenai masa depan Nani selepas dia dikaitkan dengan Real Madrid dan Inter Milan.

Pemain lincah itu berkata dia belum berbincang mengenai peranannya bagi musim baru dengan pengurus pasukan, Alex Ferguson yang kini dalam proses membina pasukan selepas tewas kepada Barcelona 3-1 dalam final Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.

“United mengerti apa yang baik untuk pasukan selepas mereka mendapatkan tandatangan Young,” kata Nani.

Piala FA Inggeris – Manchester City julang piala

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 15 May 2011 1:02 pm

Yaya Toure menjadi hero untuk Manchester City setelah menjaringkan satu-satunya gol dalam aksi perlawanan akhir Piala FA Inggeris edisi ke 130 di Wembley menentang Stoke City. Kemenangan itu merupakan piala pertama buat skuad Manchini semenjak 1969 atau lebih tepat lagi dalam tempoh 35 tahun.

Yaya Toure membuktikan sekali lagi betapa beliau watak penting dalam laluan City meraih kejayaan musim ini setelah beliau juga yang membawa City ke final apabila menjaringkan gol tunggal ke atas United dalam aksi semi-final lalu.

Toure yang juga bekas pemain Barcelona itu menjaringkan gol minit ke 74 melalui rembatan deras setelah keadaan kelam kabut di pintu gol Stoke.

Manchester United ‘Juara’ Liga Perdana Inggeris

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 9 May 2011 9:56 am

Pertembungan menarik antara dua pasukan teratas, Manchester United dan Chelsea menyaksikan deretan peluang dan permainan pantas kedua-dua pasukan. Aksi menarik ditampilkan oleh kedua-dua pasukan elit Liga Perdana Inggeris itu kerana mereka perlu memburu kemenangan bagi menghidupkan peluang menjuarai EPL musim ini.

Namun demikian, Manchester United berjaya menewaskan The Blues 2-1 hasil gol pantas Hernandez sebaik sepak mula dan tandukan Vidic minit ke 23. Gol Chelsea dijaringkan oleh Lampard minit ke 68.

Hernandez hanya memerlukan 36 saat untuk menjaringkan gol hasil lorongan cantik Park yang melepasi Luiz. Manchester United hanya memerlukan satu mata lagi menentang Blackburn dan Blackpool untuk memecah rekod kejuaraan liga 18 kali yang dipegang Liverpool.

Arsenal sudah boleh lupakan takhta liga

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 25 April 2011 1:35 pm

Secara logiknya Arsenal sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga apabila sekali lagi gagal meraih mata setelah tewas kepada Bolton 2-1. Dengan kedudukan Manchester United yang mendahului dengan sembilan mata adalah agak mustahil Arsenal untuk merampas takhta liga yang kini diterajui United dengan 74 mata diikuti oleh Chelsea 67 mata. Baki perlawanan liga hanya tinggal empat perlawanan lagi. Satu-satunya pasukan yang boleh mengugat Manchester hanyalah Chelsea kini.

Dalam perlawanan itu Arsenal terpaksa berputih mata dengan jaringan minit ke 90 Tamir Cohen. Pemain dari Israel itu menanduk masuk gol kemenangan melepasi jangkauan Wojciech Szczesny yang kemudiannya membuka baju yang mempamerkan gambar mendiang ayahnya yang meninggal akibat kemalangan motosikal Disember lalu.

Bolton mendahului Arsenal melalui jaringan Sturridge yang dipinjam dari Chelsea minit ke 37 sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke 48. Bolton boleh menambah jaringan namun Kevin Davies gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Liverpool aibkan Manchester

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 6 March 2011 11:45 pm

Segalanya tidak menjadi buat Manchester United apabila berkunjung ke Anfields. Kali ini mereka diaibkan skuad Kelly Daglish 3-0 walaupun mereka menguasai permainan. Kuyt menjaringkan hatrick bagi membenam cabaran The Red Devils dan kedudukan mereka kian tergugat dengan kekalahan dua kali berturut-turut.

Minit ke 15 Barbatov nyaris memberikan gol pendahuluan buat Manchester United apabila rembatan beliau terkena tiang gol. Liverpool membuat serangan balas dan tandukan Meriless gagal disambut Kuyt.

Gol The Reds muncul juga apabila gerakan solo menarik Suarez menewaskan barisan pertahanan Manchester dan lorongan beliau mudah ditolak masuk Kuyt. Kuyt sekali lagi bijak mencuri peluang apabila kesilapan Nani yang cuba menanduk kebelakang namun bola menuju kea rah pintu gol dan beliau mudah menanduk untuk menewaskan van Der Sar untuk gol kedua The Reds minit ke 39.

Menuju ke penghujung babak pertama permainan menjadi tegang apabila terjahan keras Carragher ke atas Nani menyaksikan Nani terpaksa diusung keluar. Hernandez masuk menggantikan Nani.

Manchester nayris mendapatkan gol pertama apabila hantaran silang Barbatov gagal ditampan kemas Hernandez. Minit ke 61 Raul Meirelsess nyarismendapat gol ketiga untuk Liverpool apabila Berjaya melepasi perangkap offside dan percubaan beliau digagalkan van Der Sar.

Kuyt melengkapkan hatrick pertamanya minit ke 64 apabila tendangan percuma Luiz Suarez gagal ditangkap kemas van Der Sar dan bola yang termuntah disambar beliau untuk melengkapkan malam gemilang buat The Reds.

Gerrard juga hamper mencatat sebagai penjaring namun rembatannya sedikit tersasar.  Hernandez akhirnya memberikan gol saguhati buat Manchester apabila tandukan beliau minit ke 91 berjaya menewaskan Reina dan segalanya sudah terlewat buat skuad Alex Ferguson apabila terpaksa pulang hampa dengan kekalahan 3-1. Kekalahan ini adalah kekalahan ketiga Manchester dalam lima perlawanan terakhir.

BPL – Aksi menarik The Reds, Red Devils

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 6 March 2011 11:36 am

Pertemuan menarik bakal disajikan apabila dua musuh tradisi bertemu dalam aksi liga perda Inggeris yang menyaksikan skuad Alex Ferguson akan bertandang ke Anfield dalam buruan untuk mendapatkan tiga mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga. Manchester yang tewas kepada Chelsea dalam perlawanan lalu perlu menang bagi menjarakkan diri dengan Arsenal yang sebelum ini gagal meraih tiga mata penuh setelah seri satu sama dengan Sunderland.

Tugas berat menanti Red Devils dalam pertemuan itu nanti apatah lagi Liverpool walaupun terumbang ambing masih lagi sebuah pasukan yang digeruni apatah lagi mereka tidak pernah tewas digelanggang sendiri dalam lima perlawanan lalu.

United telah mengalahkan Liverpool dua kali di Old Trafford musim ini tetapi mereka juga sudah dua kali tewas dalam kunjungan ke Anfield.

Barisan kemungkinan:

Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Agger, Skrtel, Aurelio, Lucas, Gerrard, Kuyt, Meireles, Rodriguez, Suarez, Gulacsi, Wilson, Poulsen, Cole, Carroll, Ngog, Spearing.

Manchester United: Van der Sar, Kuszczak, Lindegaard, O’Shea, Rafael, Smalling, Brown, Evra, Fabio, Nani, Carrick, Fletcher, Scholes, Gibson, Giggs, Obertan, Bebe, Berbatov, Hernandez, Rooney.

Lain-lain perlawanan akan menemukan Wolves melayan kunjugan Spurs dan Chelsea pula akan bertandang ke Blackpool. Kebangkitan Chelsea sudah pasti menghadirkan rasa gerun kepada skuad Blackpool nanti.

BPL – Chelsea sekat kemaraan Manchester

Posted by admin | Barclays Premier League | Wednesday 2 March 2011 10:56 am

Keghairahan Manchester United memburu mata tersekat oleh musuh utama mereka Chelsea di Stamford Bridge. Manchester kecundang kepada The Blues 2-1.

Wayne Rooney membuka tirai jaringan dari jarak 25 meter untuk Manchester United mendahului pasukan tuan rumah pada minit ke 29. Chelsea bangkit pada babak kedua untuk menang 2-1 hasil jaringan David Luiz minit ke 54 dan jaringan penalti Frank Lampard minit ke 79. David Luiz menjaringkan gol pertama beliau semenjak berpindah dari Benfica.

Kemenangan ini memanjangkan rekod tanpa kalah Chelsea kepada Manchester semenjak April 2002 setelah mereka tewas 3-0 melalui gol Ruud van Nistelrooy, Paul Scholes dan Ole Gunnar Solskjaer.

Rekod 36 pertemuan kedua-dua pasukan menunjukkan Chelsea menang 12 kali, Manchester 10 dan seri 14 kali.

Malang buat manchester United apabila kapten mereka, Nemanja Vidic dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua dan beliau akan terlepas aksi menentang Liverpool dalam perlawanan pada 05 Mac nanti.

BPL – Manchester terus ungguli carta

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 27 February 2011 11:16 am

Empat gol terhasil di DW Stadium apabila Wigan yang mendominasi awal permainan mudah dijinakkan oleh Manchester United 4-0. Hernandez membuka tirai jaringan pada minit ke 17 apabila mudah menguis masuk hantaran Nani. Beliau menambah gol kedua minit ke 74 apabila melepasi perangkap offside hasil hantarn bijak Berbatov dan tiada masalah untuk menewaskan Ali ALHabsi untuk gol ke 13 musim ini..

Wayne Rooney dan Fabio menambah duka Wigan ditempat sendiri apabila menjaringkan gol ketiga dan keempat minit ke 83 dan 86. Wigan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan banyak peluang terhidang dan aksi menyelamat van Der Sar juga harus dipuji apabila menyelamat sekurang-kurangnya tiga kali peluang terbaik Wigan.

Ferguson sering kali menyatakan kekecewaan beliau apabila gagal membawa van Der Sar pada 1999 ke Old Trafford untuk menggantikan Peter Schmeichel.

Kesilapan Scholes mengeluarkan bola nyaris memberi Victor Moses gol pendahuluan buat Wigan namun van Der Sar berjaya menepis rembatan beliau. Bekas penjaga gol Fulham itu kini mencecah ke angka 40 tahun.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi tanggapan bos Manchester bahawa perebutan liga musim ini hanya akan tertumpu antara mereka dengan The Gunners sahaja apabila Liverpool dan Chelsea sudah jauh tercicir ke belakang.

Ringkas – Keputusan BPL 12 Februari 2011

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 13 February 2011 10:19 am

Priview – Perlawanan pilihan

Posted by admin | Barclays Premier League | Saturday 12 February 2011 10:03 am

Manchester United vs Manchester City

Pertemuan derby ini pasti menjanjikan perlawanan menarik apatah City kini dibarisi pemain-pemain bintang yang ditunjangi bekas penyerang United sendiri, Carlos Tevez. Perlawanan ini bukan saja menemukan dua jiran namun lebih kepada perlumbaan meraih juara liga. Kemenangan Manchester United pastinya mengukuhkan cengkama liga dan bakal mengaburkan harapan kelab berbelanja besar, City tercicir dalam perebutan takhta liga.

City pula sudah pastinya akan cuba mencari tiga mata penuh bagi menghidupkan peluang bersaing merebut pendahulu liga apatah lagi mereka kini hanya ketinggalan hanya lima mata dan lebih satu perlawanan.  Keputusan lalu mereka seri 0-0 di Eastlands pada November lepas dan pada musim lalu United menang dalam aksi dramatik apabila Owen menjaringkan gol kemenangan untuk United menang 4-3.

Next Page »
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz