Keputusan Liga Juara-Juara 28 September 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 28 September 2011 11:27 am

Liga Juara – Juara – Perlawanan 13 & 14/09/2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 13 September 2011 4:48 pm

Perlawanan 13 September 2011

Liga Juara-Juara – MU terlalu kuat untuk Schalke04

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 27 April 2011 1:52 pm

Pertembungan pendahulu liga Inggeris, Manchester United dengan Schalke04 di Jerman didominasi sepenuhnya oleh kelab dari EPL itu. Bermain di gelanggang Schalke, Manchester membuka tirai jaringan melalui sentuhan ‘orang lama’ Ryan Giggs minit ke 67. Dua minit kemudian Rooney mengukuhkan kedudukan menjadi 2-0 minit ke 69.

Keputusan itu memberi peluang cerah untuk Red Devils melangkah ke perlawanan akhir di Wembley setelah tugas mudah menanti mereka dalam perlawanan di Old Trafford nanti.

Dua gol United itu dihasilkan dalam situasi yang hampir serupa dimana Giggs dan Rooney bijak membuat larian untuk menewaskan pertahanan Schalke. Namun demikian United seharusnya lebih banyak mencetak gol dalam perlawanan tersebut tetapi deretan peluang gagal menerjah jaring.

Manchester berpeluang cerah untuk melangkah ke final buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun jika berjaya menyekat kebangkitan Schalke dalam pertemuan kedua di Old Trafford nanti. Penjaga gol Schalke, Manuel Neuer menyelamatkan sekurang-kurangnya lima peluang terbaik Manchester sebelum tewas kepada dua gol Rooney dan Giggs.

Liga Juara-Juara – Keputusan 22 Februari 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 23 February 2011 10:11 am

Karim Benzema hanya memerlukan seminit untuk menjaringkan gol buat Real Madrid. Beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 64 untuk mengantikan Adebayor dan seminit kemudian beliau menjaringkan gol penting untuk Real Madrid mencatat keputusan seri satu sama. Sekali lagi Real gagal menumpaskan Lyon di gelanggang lawan.

Dalam permainan awal pagi tadi kedua-dua pasukan bermain pantas. Pada babak pertama tidak banyak peluang yang dicipta oleh kedua-dua pasukan. Memasuki babak kedua Real hampir dua kali mendahului Lyon apabila sepakan percuma Ronaldo terkena tiang manakala tandukan Ramos beberapa minit kemudian hanya singgah di atas palang.

Bafétimbi Gomis menyamakan kedudukan pada lewat permainan untuk sekali lagi menafikan Real mencatat kemenangan di Lyon. Gomis yang tidak dikawal mudah melepaskan rembatan untuk menewaskan Cassilas pada minit ke 83.

Liga Juara-Juara – Arsenal mulakan langkah kanan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 17 February 2011 12:44 pm

Arsenal ketinggalan dengan jaringan David Villa ke 26 bangkit dalam 12 minit terakhir untuk menundukkan Barcelona 2-1 di Stadium Arsenal hasil jaringan van Persie minit ke 78 dan Arshavin minit ke 83. Kemenangan itu memberi suntikan berharga bagi pertemuan kedua bagi dua gergasi Eropah itu.

David Villa memberikan juara 2009 itu gol pendahuluan minit ke 12 dan Messi juga terlepas beberapa peluang cantik untuk menambah gol buat kelab dari Catalan itu. Namun demikian menjelang 12 minit terakhir van Persie dan Arshavin muncul wira bagi kemenangan dramatik The Gunners.

Van persie menjaringkan gol cantik dari sudut sukar yang memperdayakan Valdes untuk memberikan gol penyamaan dan Arshavin kemudiannya melencongkan bola untuk menewaskan Valdes sekali lagi.

Kali ini Arsenal turun dengan lebih yakin untuk menewaskan Barcelona berbanding musim lalu apabila meeka tumpas 2-0 dalam saingan suku akhir. The Gunners akan bertandang ke catalan dengan sedikit keyakinan walaupun menang tipis dan keputusan seri sudah memadai buat mereka. Barcelona akan turun tanpa Gerard Pique yang dilayangkan kad kuning ketiga dalam perlawanan tersebut dan digantung satu perlawanan.

“Kami menguasai perlawanan. Adalah sangat mengecewakan apabila tewas dan inilah bolasepak” Josep Guardiola

“ Malam yang sangat istimewa dan kami perlukan pasukan yang istimewa. Perlawanan menjanjikan banyak perkara dan ianya tidak mengecewakan” Arsene Wenger.

Sementara itu kelab dari Ukraine, Shakhtar Donetsk turut membuat keputusan mengejut apabila menewaskan kelab dari Itali, Roma untuk menang ditempat lawan 2-3.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz