10 pemain Chelsea tumbangkan juara bertahan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 25 April 2012 9:49 am

Bermain 10 pemain, ketinggalan 2-0 namun itu menjadi kenangan manis buat pasukan Chelsea dalam laluan ke final liga juara-juara menewaskan juara bertahan, Barcelona. Ketinggalan 2-0 melalui jaringan Busquets minit ke 35 dan Iniesta 43, Chelsea bangkit menyamakan aggregate melalui gol cantik Ramires dalam masa tambahan separuh masa pertama.

Torres, penyerang yang agak ‘berkarat’ menutup terus peluang Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan apabila menjaringkan gol penyamaan minit ke  92 untuk menjadikan aggregate 3-2.

Pemain terbaik dunia tiga kali, Messi pula terlepas sepakan penalty apabila sepakannya melambung tinggi untuk menggegar gawang. “Kami perlu berterima kasih kepada Messi untuk apa yang telah beliau sumbangkan kepada kelab” ujar Pep Guardiola merujuk kepada kegagalan Messi menjaringkan penalty.

Chelsea terpaksa bermain 10 pemain apabila John terry dilayangkan kad merah minit ke 37 lagi namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan barisan pemain bintang Barcelona.

Chelsea akan ke Munich dan menanti pemenang antara Real Madrid dan Bayern Munich.

“We have done very well in the tournament over the past four years but some you win, some you lose; that’s the beauty of sport”.Josep Guardiola

“The second half wasn’t so much about tactics as passion, pride and desire to get to the final. We knew we were just 45 minutes away” Di Matteo.

AVB dipecat Chelsea

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 5 March 2012 12:57 pm

Setelah berkhidmat hampir lapan bulan untuk majikannya, Chelsea akhirnya Andre Villa Boas dipecat ekoran kekalahan sekali lagi kepada West Brom. Pengurus berusia 34 tahun itu dipecat ekoran keputusan yang tidak memberansangkan sejak akhir-akhir ini.

Chelsea yang kini menduduki tangga keenam liga menamakan Roberto Di Matteo sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim ini.

Juan mata yang dibawa Villa-Boas ke Stamford Bridge berterima kasih kepadabekas pengurus Chelsea itu sepanjang beliau berada dikelab.

“Saya ingin ucapkan terima kasih dan doakan beliau sentisa berjaya”. Kami perlu bekerja keras dan pasti hari yang baik akan muncul. Terima kasih kerana menyokong kami”. Mata

Liga Juara-Juara, Chelsea menang, Barcelona Milan seri

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 14 September 2011 1:57 pm

Torres masih gagal menjaringkan gol disebalik kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Bayern Leverkusen pada aksi pertama peringkat kumpulan di Stamford Bridge. Namun demikian hasil gerakan beliau membolehkan Juan Mata  menjaringkan gol mudah minit ke 92. Gol pertama Chelsea dijaringkan oleh David Luiz minit ke 67.

Luiz membuat penampilan pertama musim ini mengantikan kapten, Terry dan menjaringkan gol pertama 23 minit sebelum masa dalam aksi menentang lawan yang penuh teknik dan skil sebelum Mata memastikan mata penuh pada masa kecederaan.

Torres yang memburu gol pertama beliau bekerja keras sepanjang perlawanan dan hamper menjaringkan gol pada minit ke 10 tapi percubaan beliau diselamatkan oleh Bernd Leno dengan tangan kiri.

Sementara itu Barcelona terus gagal mencatat kemenangan apabila diikat AC Milan di laman sendiri dengan keputusan dua sama. AC Milan menjaringkan gol dalam masa yang agak pelik iaitu minit pertama permainan melalui Pato dan minit terakhir melalui Thiago, 92’. Gol-gol Barcelona dijaringkan oleh Pedro minit ke 36 dan David Villa, 50.

Lain-lain keputusan:

Group E

KRC Genk 0-0 Valencia CF

Group F

Olympiacos FC 0-1 Olympique de Marseille

Borussia Dortmund 1-1 Arsenal FC

Group G

FC Porto 2-1 FC Shakhtar Donetsk

APOEL FC 2-1 FC Zenit St Petersburg

Group H

FK Viktoria Plzeň 1-1 FC BATE Borisov

Arsenal sudah boleh lupakan takhta liga

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 25 April 2011 1:35 pm

Secara logiknya Arsenal sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga apabila sekali lagi gagal meraih mata setelah tewas kepada Bolton 2-1. Dengan kedudukan Manchester United yang mendahului dengan sembilan mata adalah agak mustahil Arsenal untuk merampas takhta liga yang kini diterajui United dengan 74 mata diikuti oleh Chelsea 67 mata. Baki perlawanan liga hanya tinggal empat perlawanan lagi. Satu-satunya pasukan yang boleh mengugat Manchester hanyalah Chelsea kini.

Dalam perlawanan itu Arsenal terpaksa berputih mata dengan jaringan minit ke 90 Tamir Cohen. Pemain dari Israel itu menanduk masuk gol kemenangan melepasi jangkauan Wojciech Szczesny yang kemudiannya membuka baju yang mempamerkan gambar mendiang ayahnya yang meninggal akibat kemalangan motosikal Disember lalu.

Bolton mendahului Arsenal melalui jaringan Sturridge yang dipinjam dari Chelsea minit ke 37 sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke 48. Bolton boleh menambah jaringan namun Kevin Davies gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Sekitar Keputusan BPL Perlawanan ke 22

Posted by admin | Barclays Premier League | Friday 7 January 2011 5:34 pm

BPL atau Barclays Premier Leauge memasuki perlawanan 22 untuk sesetangan pasukan. Keputusan pada perlawanan terkini menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan di mana kuasa besar BPL tersungkur dalm perebutan juara liga.

Chelsea terus ditimpa malang apabila apabila tumpas kepada pasukan ditangga tercorot, Wolves 1-0. Jika dilihat daripada keputusan terkini, Chelsea sudah boleh dianggap sudah ketinggalan dalam perebutan takhta liga BPL.

Satu lagi kelab terkemuka England, Liverpool juga dilanda kemerosotan yang kian meruncing. Prestasi turun naik mereka mengakibatkan mereka sekali lagi dilanda kekalahan kepada kelab Blackburn Rovers yang kini memintas mereka untuk kedudukan yang lebih baik. Liverpool tewas 3-1 untuk terus berada dikelompok pertengahan liga.

Pendahulu liga, Manchester United terus unggul memimpin carta apabila menewaskan Stoke City 2-1. Gol hasil jaringan Hernandez minit ke26 dan Nani minit ke 61. Gol Stoke dijaringkan Whitehead pada minit ke 50. Dalam pada itu, Manchester City dan Arsenal masing-masing yang berkedudukan tempat kedua dan ketiga liga sekadar seri tanpa jaringan.

Tottenham Hostpur yang memburu kejuaraan sulung mereka juga dikejutkan dengan kekalahan kepada Everton 2-1. Keputusan ini sedikit merencatkan urusan mereka untuk mendapatkan bintang LA Galaxy, David Beckham.

Manchester United kini mendahului liga dengan 44 mata tetapi kurang dua perlawanan untuk membolehkan mereka dalam keadaan terbaik untuk merebut kejuaraan musim ini.

Barclays Premier League
P Team Pld GD Pts
1 Man Utd 20 24 44
2 Manchester City 22 17 42
3 Arsenal 21 20 40
4 Tottenham 21 6 36
5 Chelsea 21 17 35
6 Sunderland 22 3 33
7 Bolton 22 5 30
8 Newcastle 21 3 28
9 Blackburn 22 -6 28
10 Stoke City 21 0 27
11 Everton 21 -2 25
12 Liverpool 20 -3 25
13 Blackpool 19 -5 25
14 Fulham 21 -2 22
15 Birmingham 20 -5 22
16 WBA 21 -13 22
17 Wolves 21 -13 21
18 Aston Villa 21 -15 21
19 Wigan Athletic 21 -15 21
20 West Ham Utd 22 -16 20
soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz