Peminat harapkan perubahan

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Monday 25 July 2011 2:47 pm

Setelah berkahirnya perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan menentang SIngapura 23 Julai lalu, ramai yang tampil tidak puas hati dengan tektik dan pemilihan pemain oleh Dato Rajagobal, jurulatih skuad Harimau Malaya.

Rata-rata pengulas sukan, orang-orang lama dalam bolasepak, bekas pemain kebangsaan dan juga pastinya peminat mengkritik K Rajagobal memilih pemain pertahanan yang longlai. Setelah aksi menetang dua kelab EPL, Malaysia melepaskan 10 gol mudah hasil kelalaian pemain pertahanan. Namun benteng ini juga yang dipilh Raja untuk menyerap serangan Singapura dan hasilnya lima gol mudah diperolehi mereka.

Namun kita masih ada lagi 90 minit dan peminat-peminat Harimau Malaya sudah pastinya mahu melihat kebangkitan Raja dan anak buahnya. Defisit 5-3 pasti boleh dihapuskan oleh anak-anak harimau Malaya ini.

Harapan jutaan rakyat Malaysia juga mahu Rajagobal menilai semula pemain-pemainnya dan sudah pasti beliau lebih mengenali pemain-pemainnya. Ramai yang masih kecewa mengapa Khairul Fahmi Che Mat tidak diturunkan pada perlawanan penting ini sehingga Naib Presiden FAM sendiri, Dato Hamidin juga menggesa Rajagobal menurunkan Khairul Fahmi pada perlawanan kedua di Bukit Jalil khamis ini. Persoalan juga ditimbulkan mengapa pemain-pemain dari juara liga super Malaysia tidak diturunkan walau seorangpun dari senarai yang ada.

Tendangan penalti pelik

Posted by admin | Video Bolasepak | Tuesday 19 July 2011 3:15 pm

Menjelang perlawanan persahabatan vs Arsenal

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 12 July 2011 6:56 pm

“BERMAIN dengan strategi bertahan bukan formula terbaik menentang lawan hebat seperti Arsenal. Jadi, kami akan bermain secara menyerang dan menyerang,” kata jurulatih negara Datuk K Rajagobal menjelang pertemuan aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris itu, malam esok.

Mengakui lebih meminati Manchester United dan menjadikan aksi persahabatan itu sebagai medan menguji pemain, Rajagobal mengharapkan pemain yang melangkah masuk ke Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti turun dengan ‘berhati besar’ dan tidak gentar dengan reputasi lawan itu.

“Saya dan pemain tidak sabar menanti perlawanan ini kerana ia medan terbaik mereka memperagakan aksi masing-masing kerana saya menjadikan perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool (Sabtu) sebagai medan menilai keupayaan menjelang tugasan lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia,” katanya dalam sidang media bersama pengurus Gunners, Arsene Wenger di Subang, semalam.

Rajagobal yang mengakui berkongsi falsafah dengan Wenger mengenai bakat dan potensi pemain muda berjanji mencatur permainan menarik serta menghiburkan, sekali gus cuba memberi tentangan sengit kepada lawan yang diketuai Robin Van Persie.

Penyerang terbanyak Piala AFF, Safee Sali tidak akan diturunkan kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tetapi jurulatih Harimau Malaya itu mengakui ia bukan masalah besar kerana ada beberapa calon pengganti.

“Begitu juga penjaga gol, Khairul Fahmi (Che Mat) yang sudah pulih dan sedia beraksi. Namun, saya mungkin memberi peluang kepada semua pemain untuk mengutip pengalaman berharga dalam perlawanan istimewa dalam karier mereka,” katanya.

Malaysia pernah menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada 1975 hasil jaringan Mokhtar Dahari, tetapi lawan menebus kekalahan itu dengan angka jaringan sama ketika pada 1999 menerusi Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit.

sumber: bharian online

Bisa Norshahrul, Safee ditagih

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 5 July 2011 2:40 pm

GANDINGAN dua penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali akan menjadi senjata pemusnah apabila menentang Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 23 dan 28 Julai ini.

Kedua-dua pemain yang menjadi tonggak Harimau Malaya untuk memenangi Piala AFF pada penghujung tahun lalu itu tidak beraksi bersama pada dua perlawanan menentang Taiwan di pusingan pertama berikutan kecederaan yang dialami mereka.

Norshahrul mengalami hamstring sejak dua minggu lalu dan terlepas aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, minggu lalu sekali gus memaksa Mohd Safee bergandingan bersama Baddrol Bakhtiar di jentera serangan.

Manakala pada aksi timbal balik di Taipei, malam kelmarin giliran Mohd Safee pula mengalami kecederaan dan menjadi penonton dengan Norshahrul bergandingan bersama Abdul Hadi Yahaya.

Namun Mohd Safee yang juga penyerang Pelita Jaya FC menyatakan, dia bakal kembali pulih sepenuhnya apabila menentang Singapura sekali gus menghadirkan khabar gembira kepada ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.

“Saya berkeyakinan tinggi akan kembali cergas apabila menentang Singapura. Walaupun ranking mereka lebih tinggi saya yakin kami akan mendapat keputusan positif,” kata penyerang berusia 27 tahun itu.

Manakala bagi Norshahrul yang tetap turun beraksi malam kelmarin walaupun dilihat masih belum cergas sepenuhnya bakal mendapat kembali sentuhan terbaiknya dalam masa terdekat.

Baginya tempoh yang panjang untuk membuat persiapan menentang Singapura selepas aksi terakhir Liga Super malam esok akan memberikan kelebihan kepada Harimau Malaya.

sumber: hmetro online

Malaysia ikat ‘Perancis’

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 26 March 2011 11:06 pm

Malaysia Berjaya mengikat Etoile FC dengan keputusan satu sama, satu keputusan yang boleh dibanggakan. Menentang pasukan dari perancis yang rata-rata bertubuh tegap dan mempunyai kemahiran yang tinggi itu sedikit sebanyak memberikan satu pengajaran yang berguna buat Malaysia untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi nanti.

Malaysia tidak tenggelam punca menentang pasukan yang bermain di Liga S ini malahan mendahului Etoile FC melalui tandukan tajam Ahmad Fakri minit ke 6 lagi. Namun demikian aksi perlawanan persahabatan malam ini banyak dikuasai oleh pasukan Etoile FC yang sering mengasak ke kubu Malaysia. Ketangkasan Fahmi dan nasib tidak menyebelahi mereka apabila dua kali tandukan penyerang Etoile, Toto  terkena palang.

Etoile sekali lagi nyaris menyamakan kedudukan apabila tandukan ke belakang Ahmad Muslim kepada Khairul Fahmi disambar penyerang Etoile tapi bola tersasar di sisi pintu gol Malaysia.

Minit ke 33 Etoile nyaris mendapat gol sekali lagi apabila sepakan penjuru yang diambil Karim Boudjema terus menuju kearah pintu gol dan sekali lagi Fahmi dapat membaca untuk menumbuk bola keluar.

Memasuki babak kedua, khairul Fahmi dibawa keluar dan Sharbinee Alwi masuk menjaga gawang Malaysia. Nyata Sharbinee bertindak cemerlang apabila bertindak baik dengan melayangkan badan dalam keadaan bola sudah seakan-akan masuk.

Minit ke 61 Etoile FC akhirnya Berjaya menembusi gawang Malaysia melalui gerakan cantik Hisham Bouchemlat dan melepaskan rembatan mengelirukan untuk menewaskan Sharbinee. Namun demikian pujian harus diberi kepada Sharbinee yang banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia dari terus dibolosi.

Rizal Fahmi dibawa masuk pada minit ke 76 mengantikan Aidil untuk mengecapi cap pertama beliau bersama  skuad kebangsaan. Ashaari Shamsuddin nyaris memberikan gol kemenangan Malaysia melalui rembatan deras dari luar kotak penalti namun sempat ditepis penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

Secara keseluruhannya Malaysia bermain agak baik dengan hantaran-hantaran pendek dan juga serangan balas menarik dan berbahaya. Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi bermain baik malam ini bagi membuka ruang dan mengkucar-kacirkan pertahanan Etoile FC.

Hasil kutipan tiket dari perlawanan ini akan didermakan kepada mangsa bencana alam di Jepun.

Harimau Malaya atau Harimau Malaysia?

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 4 January 2011 10:48 pm

Setelah meraih kejuaraan Piala Suzuki AFF nama Harimau Malaya tiba-tiba turut meletup seiring dengan kejayaan skuad muda Malaysia.

Namun agak mendukacitakan apabila penggunaan nama tersebut mula dipersoalkan oleh sesetengah pihak mengapa menggunakan Malaya bukannya Malaysia?

Nama Malaya sebagaimana ulasan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, ianya bukanlah merujuk kepada Malaysia tetapi kepada sejenis Harimau yang terdapat di Semenanjung Malaysia atau bahasa santifiknya Panthera tigris jacksoni atau masyarakat melayu memangilnya Pak Belang. Kita menggunakan nama tersebut bagi mengaitkan dengan semangat juang haiwan terbabit. Sememangnya Harimau Malaysia tidak pernah wujud.

Persoalannya di sini ialah bagaimana sikap peminat atau penyokong atau lebih tepat lagi sesetengah pihak yang hanya memandang skuad Malaysia apabila sudah berjaya. Ketika pasukan bolasepak kita dalam keadaan terumbang ambing tiada siapa kisah gelaran apa yang mereka gunakan. Tiada siapa peduli. Namun apabila kejayaan mula diraih mula timbul pelbagai tuntutan, pujian dan ketidakpuashati sebagaimana penggunaan Malaya ini.

Sebagai penyokong yang setia kita tidak seharusnya menangguk diair keruh dan sentiasa berdiri teguh di belakang pejuang-pejuang kita walau apapun yang terjadi.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz