Posted by admin | Italian Serie A | Saturday 13 August 2011 5:30 pm

Penyerang dari Cameroon, Samuel Eto’o telah pun bersetuju dengan syarat perjanjian dengan kelab dari Rusia, Anzhi Makhachkala yang bakal menyaksikan beliau akan berpindah dari Inter Milan. Mungkin tiada lagi sambutan ala bintang namun sesuatu yang lebih lumayan menanti beliau di sana.

The LifeNews.ru melaporkan penyerang berusia 30 tahun itu telah bersetuju dengan terma kontrak dan akan menandatanganinya sejurus melepasi ujian kesihatan.

Anzhi terpaksa membayar yuran perpindahan kepada Inter Milan sebanyak 40 juta Euro untuk mendapatkan Eto’o. Eto’o bakal menikmati gaji RM1.5 juta seminggu di sana. Gaji paling mahal dalam sejarah pemain bolasepak.

Liga Juara-Juara – Real, Schalke ke separuh akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 14 April 2011 11:53 am

FC Schalke 04 2-1 FC Internazionale Milano (agg: 7-3)

Impian juara bertahan, Inter Milan untuk menafikan kelebihan 5-2 Schalke04 tidak kesampaian apabila kelab dari Itali itu tumbang 2-1. Raul menjaringkan gol menarik minit ke 45 untuk meranapkan sisa-sia perjuangan Inter sebelum Motta menyamakan kedudukan minit ke 49 melalui tindakan susulan dari tandukan Lucio. Howedes menutup terus pintu kelayakan buat Inter Milan apabila rembatan deras beliau menerjah gawang.

Raul yang berpindah dari Real Madrid dua musim lalu terus memukau dengan aksi penyudah tajamnya yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Inter Milan sebelum membuat gerakan mengelirukan memperdaya penjaga gol Inter Julio Cesar. Gol tersebut merupakan gol ke 71 beliau dalam kancah Liga Juara-Juara. Schalke04 bakal bertemu Manchester United di separuh akhir dalam memburu kegemilangan kelab dari Jerman itu. Tugas yang sukar buat mereka apabila bertemu pendahulu liga Inggeris yang berada dikemuncak prestasi itu namun mereka telah membuktikan yang segala fantasi boleh menjadi realiti.

Tottenham Hotspur FC 0-1 Real Madrid CF (agg: 0-5)

Satu lagi aksi, Spurs menerima nasib yang serupa dengan Inter Milan apabila mereka juga tewas di laman sendiri 1-0 hasil rembatan padu jarak jauh bintang Portugal, Ronaldo minit ke 50. Rembatan itu sepatutnya tidak menghasilkan gol namun kesilapan penjaga gol mereka, Gomez menghadiahkan real kemenangan di White Hart Lane. Sebenarnya jika dilihat dari segi kelebihan 4-0 Real, Spurs sudah sepatutnya boleh melupakan impian mereka untuk melangkah ke separuh akhir. Namun demikian, pemain sayap mereka, Bale tetap berbangga dengan pencapaian mereka dalam aksi pertama mereka di Liga Juara-Juara.

Real Madrid bakal melayan musuh tradisi di La-Liga, Barcelona yang menjadi tugasan sukar buat anak buah Mourinho apatah lagi mereka tumpas pada aksi liga musim ini kepada kelab catalan itu. Disamping perebutan liga, Real-Barcelona juga bakal bertemu dalam aksi final Copa del Ray.

Undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Friday 18 March 2011 10:16 pm

Penyandang juara, Inter Milan diundi bertemu FC Schalke 04 dalam undian suku akhir Liga Juara-Juara 2011 yang dilakukan petang tadi. Inter membuat keajaiban untuk menafikan Bayern Munich pada aksi 16 pasukan apabila bangkit dari ketinggalan 3-1 aggregat sebelum berjaya mengikat aggregate 3-3 dan layak mengikut peraturan gol tempat lawan. Schalke pernah menewaskan Inter pada aksi final piala EUFA 1997.

Dua kelab gergasi Inggeris, Manchester United dan Chelsea akan berentap sesame sendiri. Pasukan Sir Alex Ferguson menafikan kejuaraan sulung Chelsea tiga tahun lalu melalui sepakan penalti dan kali ini The Blues berpeluang untuk membalas dendam. Ketika ini Manchester United mendahului liga Sembilan mata mengatasi Chelsea.

Juara Sembilan kali, Real Madrid akan menentang Tottenham Hotspur dalam aksi suku akhir pertama semenjak 2003/2004. ‘Doa’ Ronaldo dan hajat Messi untuk bertemu sesama sendiri  mungkin tercapai jikalau Barcelona dan Real mampu mengatasi lawan masing-masing. Barcelona diundi untuk bertemu ‘pembunuh gergasi’ Shakhtar Donetsk.

Liga Juara-Juara – Sneidjer laungkan keyakinan

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 15 March 2011 12:39 pm

Penyerang Inter Milam, Wesley Sneijder percaya pasukannya masih mempunyai masa untuk melangkah  ke suku akhir menjelang pertembungan dengan Bayern Munich awal pagi esok. Pemain antarabangsa Belanda itu mendesak rakan seperjuangannya untuk menunjukkan keyakinan dalam perlawanan kedua itu nanti. Beliau melaungkan nada yakin dan masih ada 90 minit lagi untuk mereka dan beliau dan rakan-rakannya berada di Munich untuk menang dan mara ke suku akhir bagi mempertahankan gelaran juara musim lalu.

Bayern Munich sedar semangat Inter Milan itu namun mereka juga masih segar dengan kemenangan besar ke atas Hamburger dalam liga sabtu lalu. Bayern menang 6-0 dan ini sedikit meresahkan Inter Milan walaupun Inter menewaskan Bayern dalam final musim lalu. Perlawanan kali ini nyata berbeza. Namun demikian Sneijder jelas tidak terpengaruh dengan kemenangan besar Bayern itu. “ Saya tidak memikirkan tentang Bayern tapi lebih berfikir untuk Milan”, dan saya ingin katakana bahawa kami dalam keadaan sangat baik”. Kelas pemain Inter itu lagi.

Inter menandatangani pertahanan antarabangsa Jepun, Yuto Nagatomo secara pinjaman dari AC Cesena dan akan membuat penampilannya malam ini jika Lucio gagal pulih dari kecederaan pada waktunya. Bercakap mengenai Tsunami yang melanda Jepun beliau turut merasa sedih apatah lagi mempunyai rakan dalam pasukan Inter. “ Kami akan membantunya sebaik mungkin dalam keadaan yang menyedihkan ini”.

Lain-lain perlawanan menyaksikan Manchester United menerima kunjugan Marseille

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz