KAFA, Butler berpisah akhirnya
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan kontrak Peter James Butler selaku ketua jurulatih Kelantan berkuatkuasa, semalam selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat khas di Wisma Kafa, Kubang Kerian, semalam.
Perbincangan selama sejam antara Butler dan pihak pengurusan itu akhirnya menemui jalan penyelesaian terbaik apabila kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak tanpa sebarang tuntutan.
Difahamkan dua lagi calon – Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin juga berada dalam senarai pengurusan pasukan ketika ini.
Kami ada calon yang tersenarai dan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri akan mengumumkan dalam masa terdekat siapa akan mengendalikan pasukan, katanya.
Butler sebelum ini mencetuskan isu apabila kelihatan tidak melatih pasukan berikutan perang dingin antara pengendali Inggeris berusia 46 tahun itu dengan pihak pengurusan, termasuk soal pemilihan kesebelasan pemain dan isu pemain import.
sumber: bharian.com.my











