Kelayakan Olimpik – janji kami!

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Wednesday 22 February 2012 9:46 am

Harimau Muda tekad habis-habisan cipta sejarah benam Jepun hari ini

“KAMI sudah gagal ke Olimpik, tetapi kami ada maruah yang perlu dijaga!”

Itu pendorong yang menjadi bekalan buat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan rakan sepasukan menjelang aksi kelayakan Olimpik menentang Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Kita tahu Jepun adalah gergasi Asia dan jurang dengan Malaysia masih jauh, jadi mereka mempunyai reputasi yang perlu dijaga terutama apabila peluang menjuarai kumpulan dicabar sengit oleh Syria.

“Saya rasa tekanan kini lebih kepada Jepun kerana mereka memerlukan jaringan yang besar bagi mengatasi kedudukan Syria. Pada perlawanan pertama dulu, mereka sekadar menang 2-0 dengan Harimau Muda.

“Kami bermain bukan saja untuk negara, tetapi juga untuk peminat tempatan. Jika kemenangan dicapai di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (malam ini), ia akan menjadi hari paling bersejarah buat bola sepak negara.

“Itulah tekad dan azam yang membara dalam diri kami.”
Khairul Fahmi adalah antara tonggak utama yang memastikan gawang negara tidak banyak dibolosi pada perlawanan pertama di Fukuoka sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 17 percubaan tepat diselamatkan penjaga gol utama negara itu dan aksinya turut mendapat perhatian media Jepun. Seorang lagi pemain yang beraksi cemerlang ialah Wan Zack Haikal Wan Nor tetapi pemain sayap itu tidak dapat beraksi malam ini akibat digantung perlawanan.

“Pada perlawanan pertama dulu, kami agak gementar apatah lagi bermain di tempat lawan, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan kami semakin meningkat.

“Janji kami adalah berjuang habis-habisan malam esok (malam ini),” kata Fahmi.

sumber: bharian.com.my

Rasuah – FAM gantung 18 pemain

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Monday 6 February 2012 10:07 am

The Football Association of Malaysia (FAM) mengumumkan 18 pemain telah digantung permainan akibat terbabit dalam isu rasuah. 18 pemain remaja itu digantung 2 hingga 5 tahun. 18 pemain terbabit masing-masing dari negeri Sembilan, T-Team dan MP Muar yang terbabit dalam piala presiden 2011.

Dalam pada itu, jurulatih remaja Negeri Sembilan turut digantung seumur hidup dari terbabit dengan bolasepak apabila turut terbabit dengan gejala terbabit.

“Ia adalah satu kesalahan apabila terlibat dalam gejala penentuan perlawanan dan pemain harus sedar bahawa mereka harus menganggap diri mereka bertuah dibayar hanya untuk bermain bola sepak,” kata Sultan Ahmad.

Ketika Malaysia menuju kegemilangan dalam pentas bolasepak khasnya di Asia Tenggara tiba-tiba muncul lagi gejala yang boleh merosakkan maa depan bolasepak tanahair.

Dalam aksi kelayakan olimpik malam tadi, Malaysia gagal untuk mencari tiga mata apabila tewas kepada Bahrain 2-1 di Manama. Kekalahan ini menyaksikan Malaysia gagal meraih sebarang mata dan dikedudukan tercorot kumpulan.

Kelayakan Olimpik – Malaysia Bahrain

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 26 November 2011 11:09 am

Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluang playoff di Bukit Jalil

BERITA keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.

Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu.

“Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita. “Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati,” kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.

Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).

Aksi playoff secara liga sepusingan bakal membabitkan naib juara Kumpulan A, B dan C itu adalah untuk memilih satu pasukan bagi menghadapi pasukan keempat terbaik Zon Afrika dan pemenangnya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Namun untuk aksi malam esok, Kim Swee tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang cedera hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu manakala peluang Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim yang hanya menjalani latihan ringan semalam, masih 50-50.
“Tanpa Muslim, Fadhli Shas yang sudah pulih daripada demam panas akan bergandingan dengan Amer Saidin. Bukan memandang rendah Bahrain, tapi pemain sudah kembali segar dan bersedia untuk perlawanan itu,” jelas Kim Swee.

sumber: bharian.com.my

Malaysia atasi Pakistan aksi kelayakan Olimpik

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 24 February 2011 4:11 pm

Dua gol cantik babak pertama perlawanan menyaksikan skuad Harimau Muda menewaskan Pakistan 2-0. Anak buah Ong Kim Swee tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol pertama pada minit keempat apabila rembatan padu Wan Zaharulnizam dari luar kotak penalti menerjah jaring.

Malaysia menambah gol kedua pada lewat babak pertama hasil rembatan Irfan Fazail  juga dari luar kotak penalti. Pakistan terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Ansar Abbas menendang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi pada akhir babak pertama.

Pakistan memasukkan penjaga gol gantian pada, Omar dan percaturan itu nyata berhasil apabila beliau berjaya mengawal gol beliau tanpa dibolosi untuk menghidupkan peluang mereka pada pusingan kedua di Lahore nanti. Sekurang-kurangnya tiga percubaan Ahmad fakri dinafikan beliau.

Keputusan lain:

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz