Maafkan saya: Khairul

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 30 July 2011 7:10 pm

AKSI Khairul Fahmi Che Mat yang tersandar di tiang gol sejurus wisel penamat ditiupkan membuktikan betapa kecewanya penjaga gol itu.

Selepas tangkas menafikan pelbagai ancaman dari setiap sudut, akhirnya pemain naturalisasi Singapura, Shi Jiayi membolosi gawangnya pada minit ke-71, sekali gus menyaksikan harapan Harimau Malaya yang pada mulanya kembali menyala selepas gol Safee Sali pada minit ke-57, mula padam.

AKSI Khairul Fahmi Che Mat yang tersandar di tiang gol sejurus wisel penamat ditiupkan membuktikan betapa kecewanya penjaga gol itu.

Selepas tangkas menafikan pelbagai ancaman dari setiap sudut, akhirnya pemain naturalisasi Singapura, Shi Jiayi membolosi gawangnya pada minit ke-71, sekali gus menyaksikan harapan Harimau Malaya yang pada mulanya kembali menyala selepas gol Safee Sali pada minit ke-57, mula padam.

“Saya minta maaf kerana gagal menghalang jaringan itu, apalagi tugas menghalang bola daripada memasuki gawang sukar kerana hanya berdepan satu dengan satu pemain lawan itu. Saya akui jaringan itu menyentap terus semangat pasukan yang sedang ghairah memburu gol kedua,” katanya.

Sebelum jaringan itu, Safee yang mengambil alih tugas kapten daripada Safiq Rahim yang digantung perlawanan, menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila melepaskan rembatan padu untuk meletakkan Malaysia di depan, sekali gus hanya perlu memburu satu gol lagi untuk menyamakan kedudukan agregat.

Namun semuanya musnah selepas gawang Khairul yang lebih mesra dengan panggilan ‘Apek’ dibocori lawan yang mengikat kedudukan 1-1 dan agregat 4-6.

“Saya tidak mahu menyalahkan benteng pertahanan kerana semua pemain sudah bekerja keras dan bersemangat untuk menewaskan lawan. Apalagi, kami mahu membalas semula sokongan penyokong yang memenuhi setiap tempat duduk.
“Nampaknya tuah tidak bersama kami,” katanya yang diturunkan semula selepas tidak beraksi dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar ketika skuad negara tewas 3-5.

sumber: bharian online

Kelayakan Piala Dunia – Singapura 5 – Malaysia 3

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Saturday 23 July 2011 9:53 pm

Singapura menjaringkan empat gol dalam masa pertama untuk memadamkan jaringan awal Safee Sali 16 saat perlawanan. Ternyata Sarbinee Alawi tidak berada dalam persembahan terbaik apabila mudah melepaskan empat gol mudah untuk Singapura. Bermain di atas padang rumput sintetik memberikan sedikit kelebihan untuk pasukan tuan rumah dalam mengawal bola ke atas Malaysia.

Sekali lagi masalah pertahanan yang lemah dan lalai mengundang padah buat pasukan harimau Malaya apabila mudah dirobek lima kali dengan gol-gol mudah untuk dilepaskan. Kemasukan Amirulhadi Zainal dan Abdul hadi Yahya memberi sedikit tentangan dan hasilnya dua gol lagi dapat dijaringkan oleh Safee Sali dan Abdul Hadi Yahya bagi membawa bekal pulang 3 gol penting ke Bukit Jalil 28 Julai nanti.

Malaysia sekurang-kurangnya memerlukan dua gol bagi memadam kelebihan pasukan SIngapura di Bukit Jalil nanti bagi menempatkan dalam kalangan 20 pasukan terbaik Asia dalam peringkat seterusnya.

video dari sokernet.com:

Bisa Norshahrul, Safee ditagih

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Tuesday 5 July 2011 2:40 pm

GANDINGAN dua penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali akan menjadi senjata pemusnah apabila menentang Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 23 dan 28 Julai ini.

Kedua-dua pemain yang menjadi tonggak Harimau Malaya untuk memenangi Piala AFF pada penghujung tahun lalu itu tidak beraksi bersama pada dua perlawanan menentang Taiwan di pusingan pertama berikutan kecederaan yang dialami mereka.

Norshahrul mengalami hamstring sejak dua minggu lalu dan terlepas aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, minggu lalu sekali gus memaksa Mohd Safee bergandingan bersama Baddrol Bakhtiar di jentera serangan.

Manakala pada aksi timbal balik di Taipei, malam kelmarin giliran Mohd Safee pula mengalami kecederaan dan menjadi penonton dengan Norshahrul bergandingan bersama Abdul Hadi Yahaya.

Namun Mohd Safee yang juga penyerang Pelita Jaya FC menyatakan, dia bakal kembali pulih sepenuhnya apabila menentang Singapura sekali gus menghadirkan khabar gembira kepada ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.

“Saya berkeyakinan tinggi akan kembali cergas apabila menentang Singapura. Walaupun ranking mereka lebih tinggi saya yakin kami akan mendapat keputusan positif,” kata penyerang berusia 27 tahun itu.

Manakala bagi Norshahrul yang tetap turun beraksi malam kelmarin walaupun dilihat masih belum cergas sepenuhnya bakal mendapat kembali sentuhan terbaiknya dalam masa terdekat.

Baginya tempoh yang panjang untuk membuat persiapan menentang Singapura selepas aksi terakhir Liga Super malam esok akan memberikan kelebihan kepada Harimau Malaya.

sumber: hmetro online

Malaysia Layak kepusingan kedua, Tewas 3-2

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Sunday 3 July 2011 9:27 pm

Dua gol cantik dari Aidil minit ke 7 dan Kapten pasukan Syafiq Rahim membawa Malaysia layak ke pusingan kedua untuk bertemu SIngapura pada 23 Julai nanti. Aidil membuat rembatan deras dari sepakan percuma sebelum terkena palang dan Syafiq rahim juga membuat tendangan percuma menarik untuk menewaskan penjaga gol Taiwan. Kedua-dua pemain itu juga menjaringkan gol pada aksi pertama di Bukit Jalil.

Malaysia tetap layak walaupun tewas 3-2 di arena lawan melalui kiraan gol tempat lawan. Dalam aksi sebentar tadi Taiwan dihadiahkan tiga kali sepakan penalti namun salah satunya diselamatkan oleh Sarbinee Alawi. Norsharul juga hampir menjaringkan gol apabila gerakan solonya disudahkan dengan rembatan deras yang hanya mengegar tiang gol.

Rajagobal lega tetapi kecewa

Posted by admin | Arena Bolasepak Malaysia | Thursday 30 June 2011 9:59 am

Kata benteng negara ‘tidur’ pada separuh masa kedua temui Taiwan

LEGA tetapi kecewa. Itu reaksi ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia yang menyaksikan skuad negara menang 2-1 ke atas Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

“Selepas mendahului dua gol, barisan pertahanan ‘tidur’ sehingga membolehkan Taiwan memperoleh gol di tempat lawan,” kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan malam tadi. “Kita sepatutnya mendapat dua gol lagi pada babak kedua menerusi Baddrol Bakhtiar tetapi gagal disempurnakan. Sebaliknya kita membiarkan lawan mengasak dan mendapat bekalan satu gol di tempat lawan.

“Saya jangkakan perlawanan di Taiwan Ahad ini akan lebih sengit dan saya tetap yakin pemain kita akan berusaha lebih keras memastikan kemenangan pusingan ini. Walaupun kemenangan ini tipis, ia tetap satu kemenangan dan kita mempunyai kelebihan apabila bertandang ke sana.”

Secara keseluruhan, Rajagobal berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang berehat panjang selepas kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki tujuh bulan lalu. “Ini permulaan baik buat skuad negara dan saya optimis dengan peluang kita pada pusingan awal ini.”

Sementara itu, jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung mengakui kehebatan anak buah Rajagobal dan bertekad mahu menebus kekalahan malam tadi dalam pertemuan timbal balik di laman sendiri nanti.
“Jelas pasukan Malaysia lebih baik berbanding kami,” kata Chih-Tsung. “Kami terpaksa bertahan pada malam ini (malam tadi) walaupun kelebihan pasukan ini ialah permainan menyerang.

“Kami benar-benar mahu memenangi pusingan kelayakan ini dan saya pasti apabila di Taiwan nanti, kami berupaya mempamerkan permainan sebenar untuk mencapai sasaran. Sekurang-kurangnya matlamat awal mendapat gol di sini sudah tercapai.”

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz