Real Madrid, Schalke 04 mengamuk, selangkah ke sperauh akhir
Real Madrid, juara sembilan kali liga juara-juara dalam landasan tepat untuk melangkah ke separuh akhir semenjak 2003 apabila membelasah Spurs 4-0 di Barnebeu. Pemain pinjaman Real, Emmanuel Adebayor menjaringkan dua gol menentang 10 pemain Spurs.
Real Madrid berpeluang melangkah ke separuh akhir semenjak lapan tahun lalu setelah dua gol Adebayor. Angel Di Maria dan Ronaldo menyumbangkan satu. Adebayor menjaringkan lapan gol menentang Spurs ketika bersama Arsenal. Pemain pinjaman dari City itu membuka jaringan pada minit keempat lagi. Spurs terpaksa bermian dengan 10 pemain apabila penyerang mereka, Peter Crouch menerima kad merah.
Bersambung babak kedua Real Madrid menambah gol melalui Adebayor sekali lagi pada minit ke 57. Di Maria berjaya menembusi gawang Spurs yang dikawal Gomez minit ke 72 melalui rembatan menarik dari luar kotak penalti. Gol keempat Real dijaringkan oleh Ronaldo yang baru pulih dari kecederaan hasil hantaran silang Kaka minit ke 87.
Peter Crouch menerima dua kad kuning hanya dalam 15 minit perlawanan untuk melengkapkan malam derita buat kelab dari England itu.
Namun demikian kemenangan ini masih tidak menjamin kejayaan lagi, menurut Mourinho kerana pengalaman menjadi jurulatih di England membuatkan beliau sedar Spurs bila-bila masa saja boleh bangkit jika Real leka dengan kemenangan ini.
“ Anda perlukan keajaiban untuk bermain dengan 10 pemain di sini. Ianya umpama mendaki bukit dan sesuatu tugas yang mustahil” Harry Redknapp.
Dalam satu lagi aksi suku akhir, Schalke 04 yang ditunjangi bekas penyerang Real, Raul mengejutkan juara bertahan Inter Milan dengan menewaskan Inter di San Siro 5-2. Raul masih berbisa apabila menjaringkan satu gol untuk Schalke.
Stankovic menjaringkan gol hanya 25 saat perlawanan bermula melalui sepakan jarak jauh “ajaib”dari kawasan tengah padang ketika penjaga gol Schalke berada diluar posisi ketika cuba menyelamatkan serangan Inter. Matip menyamakan kedudukan minit ke 17 untuk Schalke. Pergelutan di depan pintu gol Inter itu bijak disambar Matip namun Milito memberikan gol pendahuluan buat Inter minit ke 34 setelah beliau melepasi perangkap offside dan mudah menyepak masuk untuk gol kedua Inter. Edu sekali lagi memberikan gol penyamaan buat Schalke minit ke 40.
Raul yang bijak mengawal bola dan membuat pusingan kebelakang berjaya menewaskan penjaga gol Inter Julio Cesar minit ke 53. Dua gol Schalke 04 lagi dijaringkan oleh Edu minit ke 75 dan gol sendiri Andrea Ranocchia minit ke 57.
Pusinagan kedua suku akhir akan berlangsung pada 12 April 2011.










