Liga Juara-Juara – suku akhir pertama

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 29 March 2012 10:29 am

Setelah tamat pusingan pertama peringkat suku akhir liga juara-juara, Real Madrid dan Bayern sudah menjamin selangkah ke separuh akhir. Jika tiada kejutan berlaku mereka akan berentap di separuh akhir.

AC Milan dan Barcelona seri dalam aksi pertama. Bermain di San Siro kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gold an peluang kini 50-50 untuk kedua-dua pasukan. Menanti mereka di separuh akhir ialah antara Chelsea dan Benfica. Jika dilihat pada kedudukan sekarang Chelsea lebih berpeluang melangkah ke separuh akhir setelah gol jaringan Kalou minit ke 75 memberikan sedikit kelebihan apabila bermain di gelanggang sendiri nanti.

Gol Gomez 44 dan Robben 69 memberi dua gol berharga di tempat lawan untuk dijadikan bekalan selesa dalam pertemuan kedua nanti. Pemenang antara Bayern dan Marseille akan menentang Real Madrid yang hampir pasti ke separuh akhir setelah menwaskan kelab dari Cyprus, Apoel FC 3-0 digelanggang lawan.

AC Milan hampir pasti ke suku akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Thursday 16 February 2012 10:02 am

AC Milan mempamirkan aksi mantap pada saingan pertama peringkat kalah mati apabila berjaya membenam Arsenal di San Siro 4-0. Kevin Prince Boateng yang kembali dari kecederaan memulakan pesta gol AC Milan pada minit ke 18 sebelum Robinho menemukan jarring dua kali pada minit ke 38 dan 49. Ibrahimovich melegkan malam serba menjadi buat gergasi Itali itu dengan sepakan penalti pada minit ke 79.

Liga Juara-Juara – Barcelona ke pentas akhir

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 4 May 2011 11:19 am

Barcelona melangkah ke perlawanan akhir setelah berjaya menundukkan Real Madrid dengan aggregat 3-1. Dalam perlawanan di Nou Camp awal pagi tadi, skuad Guardiola terikat satu sama dengan Real Madrid.

Gol Barcelona hasil jaringan Pedro Rodríguez minit ke 54 sebelum Marcello menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Josep Guardiola dan anak-anak buahnya menyatakan bilik persalinan mereka sebuah tempat yang mengembirakan setelah berjaya melangkah ke perlawanan akhir di Wembley 28 Mei nanti. Guardiola menyatakan rasa terima kasih kepada seluruh pemainnya atas hasil kerja keras mereka. Kali pertama mereka menjulang Piala Eropah adalah di Wembley pada tahun 1992 dan kini mereka dalam pemburuan trofi tersebut untuk kali keempat juga di Stadium yang sama.

Aitor Kranka yang bercakap bagi pihak Jose Mourinho menyatakan yang jurulatih itu mengucapkan tahniah kepada semua pemain Real walaupun mereka kalah. Jika sesuatu tidak terjadi pada perlawanan pertama dan keputusan 0-0 pasti malam ini milik mereka. Murinho merujuk kepada kes Pepe yang dibuang padang. Sejurus selepas itu Messi meledak dengan dua gol.

Liga Juara-Juara – Guardiola janji ‘bedil’ Arsenal

Posted by admin | Liga Juara Juara | Tuesday 8 March 2011 11:35 am

Menjelang perlawanan kedua di Nou Camp, jurulatih Barcelona berjanji skuadnya akan menyerang habis-habisan ke atas Arsenal malam ini. Barcelona kini ketinggalan dengan defisit 1-2 kepada Arsenal.  Dengan kekalahan mereka di London pemain-pemain Barcelona berjanji memberikan persembahan mutlak apatah lagi mereka kini dilabelkan sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir.

Menurut Guardiola beliau melihat Nicklas Bendtner sebagai pemain yang perlu diawasi kerana Bendtner pemain yang berkualiti. Begitu juga dengan Maroune Chamakh dan van Persie merupakan pemain-pemain hebat The Gunners. “ Kami perlu menyerang dengan lebih berhati-hati kerana Arsenal boleh membuat serangan balas pantas. Mereka mempunyai pemain sayap yang berkualiti dan pantas” tambah beliau lagi.

“Arsenal bukanlah sebuah pasukan yang rapuh. Mereka bersaing dalam perebutan liga Inggeris dan setiap musim mereka sentiasa lakukan yang bagus dalam aksi liga juara-juara ini. Fakta bahawa mereka berada di atas setiap musim bererti mereka adalah pasukan yang bagus. Kami akan menyerang dan anda boleh yakin yang kami akan cuba untuk menang. Sasaran kami adalah untuk mengalahkan mereka dan ianya satu-satu perkara yang penting dalam perlawanan ini”. Guaordiola.

Sementara itu, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yakin dengan tahap pemain-pemainnya walaupun Wilshere masih samar-samar untuk diturunkan atau tidak setelah pemain itu mengalami kecederaan dalam aksi liga menentang Sunderland.

“ Jika anda bertanya kepada setiap pemain kami, mereka akan memberikan ‘hidupnya’ untuk memenangi perlawanan ini. Kedua-dua pasukan mempunyai falsafa yang sama dan keduanya ingin menang. Kita lihat bagaimana kami boleh lakukan untuk melepasi tekanan dari Barcelona”. Arsene Wenger.

Liga Juara-Juara – Keputusan 22 Februari 2011

Posted by admin | Liga Juara Juara | Wednesday 23 February 2011 10:11 am

Karim Benzema hanya memerlukan seminit untuk menjaringkan gol buat Real Madrid. Beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 64 untuk mengantikan Adebayor dan seminit kemudian beliau menjaringkan gol penting untuk Real Madrid mencatat keputusan seri satu sama. Sekali lagi Real gagal menumpaskan Lyon di gelanggang lawan.

Dalam permainan awal pagi tadi kedua-dua pasukan bermain pantas. Pada babak pertama tidak banyak peluang yang dicipta oleh kedua-dua pasukan. Memasuki babak kedua Real hampir dua kali mendahului Lyon apabila sepakan percuma Ronaldo terkena tiang manakala tandukan Ramos beberapa minit kemudian hanya singgah di atas palang.

Bafétimbi Gomis menyamakan kedudukan pada lewat permainan untuk sekali lagi menafikan Real mencatat kemenangan di Lyon. Gomis yang tidak dikawal mudah melepaskan rembatan untuk menewaskan Cassilas pada minit ke 83.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz