BPL – Aksi menarik The Reds, Red Devils

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 6 March 2011 11:36 am

Pertemuan menarik bakal disajikan apabila dua musuh tradisi bertemu dalam aksi liga perda Inggeris yang menyaksikan skuad Alex Ferguson akan bertandang ke Anfield dalam buruan untuk mendapatkan tiga mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga. Manchester yang tewas kepada Chelsea dalam perlawanan lalu perlu menang bagi menjarakkan diri dengan Arsenal yang sebelum ini gagal meraih tiga mata penuh setelah seri satu sama dengan Sunderland.

Tugas berat menanti Red Devils dalam pertemuan itu nanti apatah lagi Liverpool walaupun terumbang ambing masih lagi sebuah pasukan yang digeruni apatah lagi mereka tidak pernah tewas digelanggang sendiri dalam lima perlawanan lalu.

United telah mengalahkan Liverpool dua kali di Old Trafford musim ini tetapi mereka juga sudah dua kali tewas dalam kunjungan ke Anfield.

Barisan kemungkinan:

Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Agger, Skrtel, Aurelio, Lucas, Gerrard, Kuyt, Meireles, Rodriguez, Suarez, Gulacsi, Wilson, Poulsen, Cole, Carroll, Ngog, Spearing.

Manchester United: Van der Sar, Kuszczak, Lindegaard, O’Shea, Rafael, Smalling, Brown, Evra, Fabio, Nani, Carrick, Fletcher, Scholes, Gibson, Giggs, Obertan, Bebe, Berbatov, Hernandez, Rooney.

Lain-lain perlawanan akan menemukan Wolves melayan kunjugan Spurs dan Chelsea pula akan bertandang ke Blackpool. Kebangkitan Chelsea sudah pasti menghadirkan rasa gerun kepada skuad Blackpool nanti.

BPL – Keputusan Perlawanan 27 Februari 2011

Posted by admin | Barclays Premier League | Monday 28 February 2011 11:37 am

BPL – Arsenal, MU gigit jari

Posted by admin | Barclays Premier League | Sunday 6 February 2011 11:21 pm

Ada drama di St James’ Park. Newcastle mencipta keajaiban untuk menghampakan Arsenal yang mendahului 4-0 sebelum mereka menyamakan kedudukan empat sama. Newcastle bangkit dengan empat gol berturut-turut hasil jaringan Barton minit ke 68 melalui sepakan penalty dan 83 juga melalui sepakan penalty. Best memberi gol kedua untuk pasukan berbaju belang itu minit ke 74 sebelum Tiote menyudahkan malam yang cukup manis dengan rembatan kencang minit ke 87. Rembatan menarik Cheik Tiote dari luar kotak penalti memadamkan terus tiga mata yang dicari Arsenal untuk mengejar pendahulu liga. Lebih manis buat pemain itu kerana jaringan penyamaan tersebut merupakan gol sulung beliau untuk Newcastle. Arsenal dan Manchester United kini dipisahkan dengan empat mata.

Arsenal gagal mempertahankan kedudukan kukuh mereka setelah selesa mendahului 26 minit perlawanan dengan empat gol. Gol mereka hadir seawal minit pertama hasil jaringan Theo Walcott dan Djourou minit ketiga. van Persie menjaringkan dua gol untuk The Gunners mendahului dengan empat kosong pada minit ke 10 dan 26.

Malapetaka menimpa The Gunners apabila pemain tengah mereka Abou Diaby dibuang padang dan Newcastle mengunakan kesempatan itu untuk menghukum mereka dengan empat gol.

Sementara itu impian Manchester United untuk menyamai rekod Arsenal yang tidak pernah tewas dalam saingan liga lebur apabila diaibkan kelab bawahan liga Wolverhampton. Mereka tewas 2-1. Nani membuka jaringan untuk Manchester seawal minit ke 3 lagi untuk memberi permulaan menyakinkan kepada barisan Sir Alex namun kegembiraan mereka tidak lama apabila pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan melalui tandukan Elokobi minit ke 10 dan Doyle menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke 39. Gol penyamaan The Reds Devil tidak muncul tiba walaupun deretan peluang terhidang pada separuh masa kedua..

Keputusan lain:

Liga Perdana Inggeris – Merseyside Derby The Reds dan Everton

Posted by admin | Barclays Premier League | Saturday 15 January 2011 12:14 pm

Everton akan bertandang ke Liverpool dalam pertembungan setempat dalam Liga Perdana Inggeris setelah mereka menang di Goodison Park 2-0 pada awal musim. Pertembungan Merseyside Derby ini pasti menarik kerana kedua-dua pasukan berkongsi 25 mata berkelebihan jaringan untuk Everton dikedudukan tangga ke 12 dan Liverpool setangga di bawah.

Musim yang penuh dengan kemerosotan pasukan Liverpool dengan hanya tujuh kemenangan saja dicatat dalam 21 perlawanan. Menerima kunjungan Everton pastinya sesuatu tugas yang sukar apatah lagi mereka baru saja terima kekalahan ke 10 musim ini kepada kelab kurang ternama, Blackpool 2-1. Permulaan yang kurang baik buat pengurus baru Liverpool, Kenny Dalglish

Manakala Everton pasti akan bermatian untuk mencatat kemenangan bagi menamatkan musim ini mengatasi The Reds untuk kali pertama sepanjang tempoh sembilan tahun. Liverpool dan Everton sudah bertemu sesama sendiri sebanyak 215 kali dan kemenangan di Anfield ini pasti memberi kelebihan untuk mereka menamatkan liga mengatasi musuh setempat itu.

“Kami tidak pernah menang di Anfield tetapi kami berharap dapat mengakhirinya kali ini”, ujar Moyes. Everton mengatasi Liverpool di Goodison Park pada Oktober lalu dan mencari untuk kemenangan berganda menyamai rekod musim 1984-1985 di mana mereka muncul juara liga.

Kenny Dalglish yang baru mengambil alih Liverpool kalah dalam kedua-dua perlawanan pertamanya dan berharap pertemuan ahad ini memberi kemenangan pertama buat beliau setelah kembali semula ke Anfield sebagai pengurus setelah 20 tahun mengantikan Roy Hodgson yang dipecat minggu lalu.

Moyes pula menyatakan beliau tidak berasa bimbang bertandang ke Anfield kali ini. “ Jika Kenny yang bermain saya perlu bimbang kerana sebagai pemain beliau seorang pemain yang saya kagumi”. “Sebagai pengurus saya tidak berfikir itu memberi banyak perbezaan – tetapi dia juga seorang pengurus hebat”. Tambah pengurus berbangsa Scotland itu lagi.

Pertembungan Merseyside derby telah menjadi perlawanan yang panas apabila 10 kad merah dilayangkan dalam 12 perlawanan terakhir. Dalam perlawanan musim lalu Everton kehilangan Steven Pienaar dan Liverpool kehilangan Sotirios Kyrgiakos apabila kedua-duanya dilayangkan kad merah.

Pastinya pertemuan dua jiran tetangga ini memberi aksi yang menarik apatah lagi Fernando torres mula mendapat sentuhan pembunuhnya kembali. Bermain di laman sendiri Liverpool tidak rela berputih mata lagi. Tugas sukar menanti mereka apabila kapten, Gerrad digantung kerana kad merah dan Carragher pula masih dalam kecederaan.

Liverpool: Reina, Kelly, Skrtel, Agger, Aurelio, Lucas, Meireles, Johnson, Rodriguez, Kuyt, Torres, Gulacsi, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen, Shelvey, Cole, Ngog, Babel, Jovanovic, Pacheco.

Everton: Howard, Neville, Hibbert, Heitinga, Distin, Baines, Coleman, Pienaar, Osman, Rodwell, Fellaini, Arteta, Bilyaletdinov, Saha, Beckford, Anichebe, Gueye, Baxter, Duffy, Silva, Mucha.

soccerine Wordpress Theme

Copyright © 2011 Arena Bolasepak - Informasi Bola Sepak Dalam dan Luar Negara. Powered by XtremeBizz