Piala Asia Qatar – Jepun menang tipis
Perlawanan yang penuh dengan dramatik antara Jepun dan Syria berlangsung di Stadium Suheim Bin Hamad yang disaksikan oleh 10453 penonton. Jepun yang bermain dengan 10 pemain berjaya mengalahkan Syiria 2-1.
Gol pertama Jepun hadir pada minit ke 35 hasil jaringan kapten mereka Makoto Hasebe minit ke 35 untuk memberi kelebihan kepada Jepun pada separuh masa pertama. Gol berpunca dari rembatan Shinji Kagawa yang memaksa penjaga gol Syria membuat tampanan dan bola jatuh ke kaki Daisuke Matsui sebelum beliau membuka peluang kepada Hasebe yang merembat rendah untuk menewaskan penjaga gol Syria, Mosab Balhous.
Perlawanan nyata menarik kerana kedua-duanya perlu menang setelah pada perlawanan pertama Jepun sekadar seri 1-1 sama dengan Jordon manakala Syria pula membuat kejutan ke atas Arab Saudi untuk menang 2-1.
Memasuki separuh masa kedua, permainan mula menjadi semakin menarik dengan aksi tersusun kedua-dua pasukan. Minit ke 71 satu insiden kontroversi berlaku apabila pengadil menghadiahkan penalti kepada Syria apabila penjaga gol Jepun, Kawashima menjatuhkan pemain Syria dan beliau dilayangkan kad merah. Pemain Jepun membuat bantahan kerana penjaga garisan mengangkat bendera kerana pemain Syria dalam kedudukan offside tetapi pengadil tetap dengan keputusannya. Syria menyamakan kedudukan hasil jaringan Firas Alkatib minit ke 76 yang menewaskan Shusaku Nishikawa yang masuk mengantikan Kawashima.
Jepun yang bermain dengan 10 pemain tetap menguasai permainan dengan membuat serangan demi serangan. Hasilnya 10 minit sebelum tamat permainan mereka dihadiahkan sepakan penalti apabila Shinji Okazaki dijatuhkan oleh dua pertahanan Syria. Honda tidak mengsia-siakan peluang untuk memberi tiga mata berharga kepada Jepun. Syria juga terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Nadim Sabag dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan.
Bermain di Stadium Qatar Sports Club itu Jepun terlebih dahulu mendapat peluang pada minit keenam lagi apabila Atsuto Uchida menyilangkan bola kepada Ryoichi Maeda tetapi tandukan pemain Jubilo Iwata itu sedikit tersasar. Syria juga mendapat peluang terbaik apabila gerakan solo Wael Ayan dari sebelah kiri gagal disudahkan dengan sempurna oleh Muhammad AL Zino.
Syria yang mendominasi minit-minit akhir perlawanan gagal memecah kebuntuan untuk mencari gol penyamaan.









